Friday, July 2, 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU.

1. BIODATA DIRI 

2.CERITA SOSIAL 1

3. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

4. PENDEKATAN ANALISIS WACANA

5. ASAS GRAFIK MUDAH

6. ASAS GRAFIK WARNA

7. ASAS GRAFIK TEKS

8. ASAS GRAFIK KESESUAIAN

9. ASAS GRAFIK KESEIMBANGAN

10. CLOSE UP

11. MUGSHOT

12. CERITA SOSIAL 2

13. TEORI STUBBS

14. CELIK BAHASA ISYARAT

15. BAHAN ASAS GRAFIK

16. LONG SHOT

17. MEDIUM SHOT

18. POTRAIT

19. PERMANDANGAN

20. SILUET

21. KABUR

22. OVER THE SHOULDER

23. PENDUA

24. BIRDVIEW

25. PETA MINDA ASAS FOTOGRAFI

26. CERITA SOSIAL 3

27. DILEMA PENGGEMBARA

28. FLATLAY

29. TEORI ANALISIS WACANA VANDIJK (1977)

30. TEORI ANALISIS WACANA FAIRCLOUGH (1995)

31. NOTA FLATLAY

32. INSTAGRAM

33. TWITTER

34. SIMPULAN BAHASA

35. DOKUMENTARI HARI RAYA

36. VIDEO SETEMPAT

37. STRATEGI KOMUNIKASI

38. ONE SHOT

39. PANTUN EMPAT KERAT

40. KESILAPAN

41. KEMANUSIAAN

42. TAKSONOMI DAN STRATEGI PENDEKATAN KOMUNIKASI

43. VIDEO SERAM

44. VIDEO FOKUS

45. VIDEO TRAGEDI

46. TEKA TEKI

47. PERUBAHAN

48. KESEDARAN

49. DRAMA KOREA REALITI ATAU FANTASI

50. ALAM SEMULA JADI

51. KISAH SEDIH

52. KEINDAHAN

53. MISTERI KOPI

54. SUASANA

55. TEMU BUAL

56. RESENSI

57. KESEPIAN


SAYA, NUR ANIS SYAZWANI BT MUHAMMAD MASULAN BER NO MATRIK 203012 MENGAKUI BAHAWA SEMUA KERJA YANG TELAH SAYA LAMPIRKAN DALAM BENTUK PAUTAN DI ATAS MERUPAKAN HASIL KERJA DIRI SAYA SENDIRI. SAYA JUGA MENGAKUI BAHAWA SAYA TELAH MENYIAPKAN KESEMUA KERJA KURSUS BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA. SEKIAN TERIMA KASIH.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Dr Normaliza Abd Rahim atas segala ilmu yang telah dicurahkan sepanjang 14 minggu ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang lain iaitu DIEZ atas kerjasama yang tak pernah putus-putus dalam menyiapkan tugasan dan tidak dilupakan juga rakan sekelas saya yang lain. Sesungguhnya kalian adalah syukur saya yang paling ikhlas.

Setakat itu sahaja, anyeonggggg ~

Monday, June 28, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-KESEPIAN (INSTAGRAM)

Assalamualaikum ! Ah sunyi ahahaha TIBER ! Okay macam yang hampa tengok kat tajuk atas tu, harini kita nak cakap pasal kesepian. Hampa pernah ke rasa sunyi? rasa sepi? Aku selalu. HAHAHAH JAP sebab ODL ni lah ! Kalau tak mesti dah berlari-larian kat bukit ekspo tu! bagi makan ikan bagai. Hm yelah tu, padahal dulu banyak tido je kat bilik HAHAHAH sekarang baru lah tahu erti penyesalan. Sumpah kalau balik UPM sem depan ni, memang setiap petang nak turun jalan-jalan kampus. Hampa tolonglah aminkan sekali ya ! Nak balik UPM ni srs srs :(

Back to topic, ni merupakan posting instagram yang paling last la untuk subjek Multimedia, dan untuk hampa yang taktau, demi assignment posting ig ni saya sampaikan buat instagram baru tau! Twitter pun. Maleh ah post guna main acc sbb tak feel HAHAHAHA. So taktau lah nak buat apa dengan acc baru tu lepasni, pastu mesti rindu hmmmmm. Hampa mesti nak tengok kan gambaq-gambaq saya dengan rakan-rakan saya yang lain? So selamat menelaah okay ! hahahah

Anyeongggggg ~


POSTING IG TUAN TANAH


POSTING IG RAKAN-RAKAN


BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI

Assalamualaikum semua, alhamdulillah minggu 14 akhirnya berakhir! So sekarang ni nak langsaikan apa yang belum dilangsaikan lagi sebelum kita kosongkan fikiran untuk sumbat segala ilmu untuk final nanti. Hahahaha. So macam mana hampa? Saya yakin ada yang dah habis final, ada yang tengah final mungkin juga tengah menanti hari nak final kan? Walau apa pun yang hampa lalui sekarang ni, semoga terus kuat dan tabah. HAMPA HEBAT !. TIBER KAN AHAHAHHA. Okay back to the topic, entry harini kita nak bercakap pasal resensi. So hampa tau tak resensi tu apa? Mula-mula saya pun taktau tapi lepas dah faham kan barulah tahu. Basically resensi ni macam penilaian buku. Jadi buku apa yang saya nak nilai tu? hehe.

Kalau hampa betul dah follow up blog ni lama, hampa mesti tahukan buku apa ja yang saya selalu guna? HINT: ADA DUA JE. Yap buku multimedia dalam bahasa dengan kajian wacana. So buku yang aku actually dah review ialah buku Kajian Wacana. So taknak tunggu lama-lama, hampa tengok sajalah ya video yang dah dilampirkan kat bawah tu !


VIDEO RESENSI


BUKTI KEHADIRAN



BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019) Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia: Serdang. 

Assalamualaikum wahai penghujung semester ! yessss minggu depan study week ! CUTI WOI hahahaha. Okay baiklah berbalik kepada topik perbincangan. New week new assignment ya brother and sister sekalian. So untuk tugasan minggu ni, kami di minta untuk merakam video temu bual. Jadi macam mana video temu bual tu? Eh jangan tak tahu nak buat video temu bual pun ada caranya tau !

Berdasarkan buku Multimedia dalam Bahasa video temu bual ada dua kaedah. Kaedah yang pertama penemu bual duduk di tepi kamera iaitu luar daripada rakaman, orang yang di temu bual pula akan memandang penemu bual tanpa melihat pada kamera. Kaedah yang kedua pula, penemu bual dan orang yang ditemu bual kedua-duanya harus berada di depan kamera dan melakukan eye-contact antara satu sama lain. Sesekali penemu bual dan orang yang ditemu bual haruslah memandang kamera. Jadi itulah kaedah yang boleh dilakukan untuk merakam video temu bual. Jadi faham tak? hehe.

Jadi pada beberapa hari lepas, saya berkesempatan untuk menemu bual salah seorang rakan baik saya yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan. Topik utama yang mejadi bahan temu bual adalah berkaitan dengan ODL atau kelas secara maya. Macam kita ketahui dah hampir setahun setengah kita berkuliah secara maya, jadi banyak isu yang boleh dibangkitkan.

Nak tengok tak ? Jangan risau saya akan lampirkan video dibawah untuk tatapan hampa semua! Selamat menonton! 

Anyeonggggggg ~


VIDEO TEMU BUAL

BUKTI KEHADIRAN



Wednesday, June 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

Assalamualaikum hampa semua! Selamat malam hihihi ~ Tengah buat apa tu? Dah makan? Dah tengok tajuk so hampa tau kot malam ni saya nak post apa. Hahahaha macam biasa nak menjamu mata hampa dengan posting-posting dekat instagram. So hampa nak tengok dak?

Sebelum saya  tunjuk, saya nak bagitau dulu tema untuk minggu ni. Minggu ni kami kena update posting dekat instagram berkenaan dengan suasana. Jadi apa maksud suasana bagi hampa? Kalau bagi saya suasana tu kebahagiaan. Penuh dengan gelak tawa dan kegembiraan. Kalau sedih saya tak panggil keadaan tu sebagai satu suasana hahaha. 

Okay back to the topic. Banyak yang kongsikan suasana yang mereka rindui melalui posting baru-baru ni. Saya pun ada buat posting juga dekat Ig dan sempat juga komen dekat sebahagian daripada posting kawan-kawan yang lain. Jadi jom lah kita tengok, suasana apa yang dirindukan sangat tu.


POSTING TUAN TANAH


POSTING RAKAN-RAKAN


BUKTI KEHADIRAN




BBM3410-2021-MINGGU 12-MISTERI KOPI


KREDIT: Dewan Bahasa dan Pustaka
LINK: https://youtu.be/d-q-toRLmD4

Assalamualaikum semua ~ Apa khabar hampa? sihat dak. Sekarang pukul 1:07 pagi dan dekat luar tengah hujan lebat. Alahai syahdu betul lah, pagi-pagi buta dengan hujannya update blog. Jap macam ada benda yang kurang pula, tengah malam pastu sejuk pula, mata pun dah layu sepatutnya kena ada kopi segelas ni baru padu. Tapi itulah saya tak minum kopi, tak minum teh. Hahahahaha pelik-pelik memang saya la. 

Haa sebut pasal kopi, hampa suka minum kopi tak? Kalau suka minum kopi, kopi apa yang hampa suka? Sebab kalau kat rumah saya ni, jarang nak minum kopi sebab family saya terutama abah lebih gemar minum susu. Takpun teh. Kopi tu ikut mood la. Kalau minum kopi, family saya suka minum kopi cap gantang. Kopi ni famous teruk kalau belah utara ni. Paduuuu, pekat, likat pastu terangkat. Tu apa yang family saya kata la, sebab macam saya kata, saya tak minum kopi hihihi.

Semalam dekat facebook Dewan Bahasa dan Pustaka, ada satu live ni yang bertajuk misteri kopi. Fuh tajuk pun dah macam menarik kan, memanggil-manggil diri ini untuk join. Live ni disampaikan oleh Dr Alia. Boleh dikatakan Dr Alia ni seorang coffee lover. Dah banyak sangat kafe yang beliau lawati dan dah bermacam juga jenis kopi yang beliau cuba. Jadi dalam live semalam, Dr Alia ada berkongsi mengenai jenis jenis kopi mcm Latte, Flat white dan sebagainya.

Menarik okay live tu! Memang sesuai la untuk golongan Coffee Lover bagi menambahkan lagi pengetahuan tentang kopi. Jangan lupa tengok ya semua! Dr Alia pun ada berkongsikan resepi membuat latte dengan mudah, jadi boleh buat sendiri kat rumah ! Okay la setakat ni saja, make sure korang semua support Dr Alia okiesssss ~

Anyeongggggg ~


KOMEN 1


KOMEN 2


KOMEN 3


Sunday, June 20, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 12-KEINDAHAN (INSTGRAM)

Assalamualaikum semua, hai apa khabar? Semoga semua dalam keadaan baik yaaaa. Hampa bosan tak? sebab saya nak ajak hampa semua untuk cuci-cuci mata lihat keindahan hehe.

Baru-baru ni kami diarahkan untuk membuat posting di Instagram dan posting kami tu bertemakan keindahan. Jadi beramai-ramai lah kami membuat postingan tentang keindahan. Ada yang post gambar laut, ada yang post gambar sungai, ada yang post gambar langit, ada yang post gambar sendiri dan bermacam-macam lagi lah. Kan indah itu sifatnya subjektif, bergantung kepada mata yang melihat. Hehe. Okay jom kita tengok sama-sama ya.


POSTING TUAN TANAH


POSTING RAKAN-RAKAN


Amacam? Cantik tak? okay sekian daripada saya.


Anyeongggggg ~


BUKTI KEHADIRAN



BBM3410-2021-MINGGU 11- KISAH SEDIH (FACEBOOK)

Assalamualaikum semua, apa khabar? semoga semua sihat hendaknya. Walaupun sesibuk mana pun kita, kesihatan diri jangan dilupakan ya. Jangan sampai jatuh sakit okiesss ? <3

Okay berbalik kepada topik, apa benda yang sedih-sedih ni? tenang. Bukan saya yang sedih hehehe tapi tugasan kami memang begitu. Biasalah kan dalam hidup ni tak selamanya kita gembira, ada masa bercucuran airmata juga, betul kan? Tengok langit sudah la, tak selamanya terang ada masa mendung juga, hujan pun selalu turun. So its okay not to be okay tau ! Jadi baru-baru ni kami diarah untuk menggunakan platform facebook untuk meluahkan rasa sedih. Jadi semua pakat menulis cerita sedih. Haih kadang tu sampai tak percaya, betul ke kawan-kawan aku kena lalui benda ni. Kuatnya, tengok depan-depan macam tak ada masalah. 

Okaylah usahlah berlama-lama kita tengok ye cerita saya dan rakan-rakan yang sempat terakam kan.


POSTING TUAN TANAH


POSTING RAKAN-RAKAN

Okay baiklah cukuplah setakat tu. Anyeongggg ~

BBM3410-2021-MINGGU 11-ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

Assalamualaikum semua, apa khabar hampa? sihat? Harap semua baik-baik sahaja nah. Nak-nak lagi kita tinggal berapa minggu saja lagi sebelum masuk nak masuk musim exam. Masa-masa macam ni ramai yang dah mula tak sihat, terutamanya dari sudut mental. Termasuk saya lah tu... tak apa lah semoga semua penat lelah kita terbayarkan yaa.

Okay kalau bercakap pasal alam semula jadi, apa yang terlintas dalam benak fikiran hampa? Kalau saya dah semestinya Cameron Highland. Hm sejak dua menjak ni rindu nak pergi Cameron Highland. Sebab dah terlampau lama sangat tenung dinding. Nak sangat rasanya, lari-lari kat ladang teh tu, minum teh panas dengan scone strawberry, nak-nak pula dengan udara sejuk. Senang cerita nak keluar daripada rumah ni, nak cari idea dan ilham baru. Tepu sangat dah rasanya. Bila lah agaknya semua isu Covid-19 ni nak habis. Haih. 

Memandangkan macam lama juga PKP ni jadi kita tengok alam semula jadi dalam gambar je lah ye. Baru-baru ni geng BLM ada tugasan untuk kongsikan bebenang dekat twitter berkenaan dengan alam semula jadi, jadi banyak gambar-gambar menarik yang dikongsikan oleh rakan yang lain sempat saya rakam. Saya kongsikannya di bawah ye...

TWEET TUAN TANAH


TWEET RAKAN-RAKAN


Itu sahaja daripada saya :)

Anyeonggggg ~

Friday, June 18, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11- DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

Anyeonghasaeyooo chinguya ~ Haaaa mengikut tema sangat kan salam perkenalan kita minggu ni hahaha... Seperti yang hampa semua boleh tengok sendiri kat tajuk atas tu ya benar tepat sekali kita nak bersembang pasal drama korea. Hah kenapa pula ni tiba-tiba nak bercakap pasal drama korea? Tenang semua tenang. Sat lagi saya bagitau. 

Okay back to main topic, hampa semua suka tak tengok drama korea? Mestilah suka betoi dak? Saya pun suka! drama yang bagi impak paling besar dalam hidup seorang anis syazwani adalah drama Scarlet Heart Ryeo dengan To The Beautiful You. Okay kenapa anis suka sangat dengan Scarlet Heart Ryeo ni, sampaikan dah 5 tahun habis pun still tak boleh move on dan masih berharap season 2. Sebab dia rasa macam real gila weh! sumpah rasa mcm hidup zaman goryeo, rasa mcm semua 14 Prince tu bebetul ada, rasa macam diri sendiri Hae Soo HAHAHAHHAHA. Dalam 14-14 prince tu yang jadi pilihan hati ofcourse lah Wang So, bapak handsome masa dia naik kuda tuuuuuu ! HAHAHAHA pastu sorang lagi Wang Wook. Aduh masa scene dia berjalan atas salji dengan Hae Soo tu waduhhhh level diabetes :') Haaa ni malas nak sembang pasal topik ni susah berhenti, haih fokus plssss. Kalau To The Beautiful pula, tu lah king segala drama yang menjadi pemula kepada seorang anis syazwani untuk minat kdrama. Lepas habis tengok To The Beautiful You tu lah baru start maraton drama lama-lama macam Winter Sonata, Full House, Stairways To Heaven then baru start cita yang baru-baru. So terima kasih Choi Min Ho crush pertama ku ahahahhaha. OKAY SUDAH !

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni dekat laman facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka, ada satu perkongsian menarik yang dibuat oleh Prof Dr Normaliza Abdul Rahim, dalam live tersebut Prof bercakap mengenai topik Drama Korea: Realiti Atau Fantasi. So sebagai seorang yang kaki tengok drama dan suka buat drama ahahhaha saya tak lepaskan peluang untuk menyaksikan live tersebut. Memang best sangat! bukan setakat kita dapat tahu pasal kisah sebenar disebalik setiap drama yang Prof dah kongsikan tu, kita juga dapat tahu tentang drama yang best dan banyak iktibar, kita juga boleh dapat update pasal drama baru! Haaaa mcm mana hampa? Terliur dak nak tengok? Jangan risau saya akan kongsikan link dekat bawah ye :)

Selamat menonton, anyeong ! 

Rancangan Sembang Tamu Drama Korea: Realiti atau Fantasi


LINK: https://youtu.be/zNx2BjyJmlA

KREDIT: Dewan Bahasa dan Pustaka

Monday, June 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-KESEDARAN (TWITTER)

 Assalamualaikum, salam posting ketiga untuk minggu ni. Jemu dah ka tengok saya asyik post ja? Hahahahaha sabaq sat bagi lah peluang hahahah. Okay masih dengan assignment yang lebih kurang dengan entry yang lepas-lepas. Haritu dah berteka teki dekat facebook, dah luah perasaan kat instagram jadi kalini kita berpindah pula ke Twitter. Nak kena buat apa? Haaa soalan yang bagus. 


Untuk twitter, kami dikehendaki mentweet (ya ka mentweet? astaga budak linguistik melayu ka niii) tweet yang memiliki tema kesedaran. Jadi tema kesedaran ni sebenarnya memang betul-betul dekat dengan diri kita sebagai manusia ni. Jadi berbagai tweet yang telah dikarang oleh rakan-rakan yang lain yang pada saya cukup menarik. Saya juga tidak ketinggalan untuk quote tweet rakan-rakan saya yang lain dengan memberikan sedikit maklum balas dan juga pendapat seperti yang telah saya lampirkan di bawah.

Korang boleh lah cuci-cuci mata tengok tweet-tweet yang sempat saya screenshot dan berikan pandangan. Hihi anyeonggg ~

TWEET TUAN TANAH


TWEET KAWAN-KAWAN TUAN TANAH

BUKTI KEHADIRAN


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...