Sunday, May 30, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS-DIEZ

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Assalamualaikum dan hai hampa semua, macam mana hampa, okay dak tu? 1 Jun ni nak start lockdown dah. Kalau ini yang terbaik untuk kita, kita akur dan patuh arahan. Marilah kita sama-sama doakan supaya kes dekat Malaysia ni berkurangan dan kita dapat kembali semula ke Kampus pada semester hadapan. Walaupun dah 3 kali semester mengharapkan perkara yang sama dan masih tiada rezeki tapi semoga kita tak berputus asa dalam percaya perancangan Allah. Inshaallah.

Walaupun negara nak lockdown tapi assignment dan hal-hal universiti tak lockdown yaaaa sentiasa ada dan akan ada. Jadi marilah kita sama-sama hadap ya. Sikit je lagi esok dah week 10. Hehe. Okay haritu kita dah bercakap pasal video seramkan? Okay sekarang kita nak bercakap pasal video fokus pula. Tahu tak video fokus tu apa? Video fokus tu video yang tak ada dialog dan hanya menunjukkan pergerakan ja. Tak ada mimik ataupun ekpresi muka sebab kamera hanya fokus pada bahagian badan dan juga pergerakan tangan dan kaki. Haa macam mana dah faham kan? 

Untuk video fokus ni, istimewa sikit bagi saya sebab saya sendiri yang berlakon dan sendiri juga yang edit hahaha. Allah je tahu penat nak buat video tu padahal video tiga minit je pun. Shoot video dari siang ke malam, tah berapa banyak take. Semua tu semata-mata nak figure out angle kamera ja okay. Untuk mengedit pula ada lah sampai ke lepas subuh semalam. hahaha. Tak apa yang penting siap dan puas betul tak? Thank you banyak-banyak kat sahabat zaman sekolah yang terpaksa jadi bidan terjun tolong saya berlakon. 

Selamat menonton ya semua, anyeongg ~



BUKTI KEHADIRAN

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...