Pengisian berkaitan bahasa isyarat yang dikongsikan oleh Prof Dr Normaliza yang berdurasi lebih kurang satu jam dalam program Celik Bahasa Isyarat anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka ini sangat menarik. Perkongsian tersebut telah membuka mata dan minda saya tentang kepentingan mempelajari bahasa isyarat dalam kehidupan bermasyarakat pada hari ini. Prof Dr Normaliza ada menyatakan, hati beliau terdetik untuk mempelajari bahasa isyarat apabila beliau terserempak dengan remaja yang menggunakan bahasa isyarat. Pada ketika itu, beliau tidak memahaminya namun perkara tersebut menjadi batu loncatan kepada beliau untuk terus mempelajari bahasa isyarat. Beliau turut menceritakan mengenai pengalamannya dalam mempelajari bahasa isyarat. Disebabkan oleh minat yang mendalam untuk mempelajari bahasa isyarat, Prof Dr Normaliza berjaya mendalami ilmu tersebut dalam masa dua bulan sahaja. Benar kata pepatah, hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Berkat tekad serta usaha yang cekal yang ditunjukkan, beliau berjaya mendalami ilmu tersebut dalam masa yang singkat. Selain itu, Prof Dr Normaliza juga mempelajari bahasa isyarat ini hanya melalui laman sesawang twitter sahaja. Bukan setakat itu, Prof Dr Normaliza juga mahir menggunakan bahasa isyarat pada usia 60 tahun. Begitulah, di mana ada kemahuan pasti akan ada jalannya.
Selain berkongsikan pengalaman mempelajari bahasa isyarat, Prof Dr Normaliza juga turut berkongsi tentang kebaikan mempelajari bahasa isyarat. Terdapat banyak kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi semasa belajar mengenai bahasa isyarat. Antaranya ialah kita dapat memahami dengan lebih jelas pertuturan golongan kurang upaya ini dan juga dapat membolehkan kita untuk berkomunikasi dengan mereka. Bayangkan sajalah mereka terpaksa hidup tanpa ada seseorang yang dapat mendengar luahan dan isi hati mereka, pastinya sangat memeritkan. Oleh itu, melalui bahasa isyarat ini kita akan dapat membuat golongan orang kurang upaya ini berasa lebih dihargai dan didengari. Prof Dr Normaliza juga turut menjelaskan bahawa konteks bahasa isyarat ini tidak hanya terhad penggunaannya kepada golongan kurang upaya, malah dapat digunakan semasa sedang bercuti di luar negara khususnya negara-negara yang mempunyai bahasa yang berbeza. Hal ini demikian kerana tidak semua boleh berbahasa inggeris.
Selain daripada perkongsian pengalaman dan kebaikan bahasa isyarat, Prof Dr Normaliza juga turut mencadang untuk memperkasakan penggunaan bahasa isyarat ini diperingkat sekolah dengan menyelitkan subjek bahasa isyarat sebagai sebuah subjek yang wajib.Hal ini demikian kerana menurutnya, bahasa isyarat merupakan salah satu komponen ilmu yang tidak rugi untuk dipelajari. Berikut merupakan sedikit perkongsian yang diberikan oleh Prof Dr Normaliza.
KEHADIRAN (8/4/2021)
No comments:
Post a Comment