Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-DOKUMENTARI HARI RAYA

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Assalamualaikum semua dah dua minggu tak update seberang penulisan dalam blog ni sampai habuk dah setebal 2 inci dah hahaha. Ouh ya pejam celik pejam celik eh dah raya ! Selamat Hari Raya Aidilfitri semua, andai ada kekhilafan maaf zahir dan batin saya pinta. Kita kosong-kosong ya?. Tak dilupakan juga semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan ramadan diterima oleh DIA yang maha kuasa. 

Dalam sibuk beraya, ziarah-menziarahi dari bilik ke bilik (hehehe PKP ke tu) makan lemang, ketupat dan rendang, tugas dan amanah sebagai seorang mahasiswa tidak dilupakan juga. Seperti kebiasaan setiap minggu, pasti ada tugasan yang dititipkan. Jadi untuk minggu 7 ni, kitorang geng BLM kena buat video dokumentari secara berkumpulan. Video ni berkaitan dengan suasana raya. Oleh itu, setiap ahli kumpulan kena rakam video suasana raya di rumah masing-masing dan dicompilekan menjadi satu video dokumentari. Bayangkan ada 10 rumah dengan suasana yang berbeza-beza. Wah menarik kan ! mesti korang tak sabar nak tengok kan? Saya pun! tapi sebelum tu izinkan saya berkongsi sedikit buah fikiran berkaitan dengan apa itu dokumentari ya? Lepas ni saya janji saya share video group DIEZ ! hehehe.

APA ITU VIDEO DOKUMENTARI ?

Video dokumentari merupakan video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari merupakan sebuah video yang berperanan dalam memberikan pengetahuan berkenaan dengan sesuatu perkara. Video ini dirakam terlebih dahulu tanpa suara kemudiannya apabila telah siap akan terdapat seorang yang akan menjadi pengulas video tersebut. Pengulas tersebut haruslah mempunyai pengetahuan tentang pengisian video. Ulasan yang diberikan haruslah selaras dengan rakaman, oleh itu penyelidikan yang mendalam haruslah dilakukan oleh pengulas.

Haa amacam? faham tak dengan penerangan di atas tu? Harapnya pengetahuan yang cuba disampaikan tu tersampai ke minda anda semua walaupun sedikit ya. Seperti yang dijanjikan saya akan berkongsikan video dokumentari daripada kami bersepuluh iaitu KUMPULAN DIEZ ! harap korang terhibur ya !

Anyeong ~


DOKUMENTARI: RIUH LEBARAN 3.0



BUKTI KEHADIRAN







No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...