Monday, June 28, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019) Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia: Serdang. 

Assalamualaikum wahai penghujung semester ! yessss minggu depan study week ! CUTI WOI hahahaha. Okay baiklah berbalik kepada topik perbincangan. New week new assignment ya brother and sister sekalian. So untuk tugasan minggu ni, kami di minta untuk merakam video temu bual. Jadi macam mana video temu bual tu? Eh jangan tak tahu nak buat video temu bual pun ada caranya tau !

Berdasarkan buku Multimedia dalam Bahasa video temu bual ada dua kaedah. Kaedah yang pertama penemu bual duduk di tepi kamera iaitu luar daripada rakaman, orang yang di temu bual pula akan memandang penemu bual tanpa melihat pada kamera. Kaedah yang kedua pula, penemu bual dan orang yang ditemu bual kedua-duanya harus berada di depan kamera dan melakukan eye-contact antara satu sama lain. Sesekali penemu bual dan orang yang ditemu bual haruslah memandang kamera. Jadi itulah kaedah yang boleh dilakukan untuk merakam video temu bual. Jadi faham tak? hehe.

Jadi pada beberapa hari lepas, saya berkesempatan untuk menemu bual salah seorang rakan baik saya yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan. Topik utama yang mejadi bahan temu bual adalah berkaitan dengan ODL atau kelas secara maya. Macam kita ketahui dah hampir setahun setengah kita berkuliah secara maya, jadi banyak isu yang boleh dibangkitkan.

Nak tengok tak ? Jangan risau saya akan lampirkan video dibawah untuk tatapan hampa semua! Selamat menonton! 

Anyeonggggggg ~


VIDEO TEMU BUAL

BUKTI KEHADIRAN



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...