Assalamualaikum semua, apa khabar hampa? sihat? Harap semua baik-baik sahaja nah. Nak-nak lagi kita tinggal berapa minggu saja lagi sebelum masuk nak masuk musim exam. Masa-masa macam ni ramai yang dah mula tak sihat, terutamanya dari sudut mental. Termasuk saya lah tu... tak apa lah semoga semua penat lelah kita terbayarkan yaa.
Okay kalau bercakap pasal alam semula jadi, apa yang terlintas dalam benak fikiran hampa? Kalau saya dah semestinya Cameron Highland. Hm sejak dua menjak ni rindu nak pergi Cameron Highland. Sebab dah terlampau lama sangat tenung dinding. Nak sangat rasanya, lari-lari kat ladang teh tu, minum teh panas dengan scone strawberry, nak-nak pula dengan udara sejuk. Senang cerita nak keluar daripada rumah ni, nak cari idea dan ilham baru. Tepu sangat dah rasanya. Bila lah agaknya semua isu Covid-19 ni nak habis. Haih.
Memandangkan macam lama juga PKP ni jadi kita tengok alam semula jadi dalam gambar je lah ye. Baru-baru ni geng BLM ada tugasan untuk kongsikan bebenang dekat twitter berkenaan dengan alam semula jadi, jadi banyak gambar-gambar menarik yang dikongsikan oleh rakan yang lain sempat saya rakam. Saya kongsikannya di bawah ye...
TWEET TUAN TANAH
TWEET RAKAN-RAKAN
Itu sahaja daripada saya :)
Anyeonggggg ~
No comments:
Post a Comment