Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO SETEMPAT

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya semua! ya masih raya ya hahaha. Apa khabar semua? Baik? Untuk harini kita akan bercakap pasal kerja kedua yang dititipkan untuk geng BLM hehe. Macam sebelum ni kitorang kena buat video dokumentari secara berkumpulan, betul tak? Tapi kalini kitorang kena buat video setempat pula tapi secara individu.

Untuk video setempat ni saya memilih tema suasana raya juga, dimana saya ada menerangkan berkenaan dengan jenis-jenis kuih raya yang ada dekat rumah saya hahaha. Menarik tak? Rasa nak tengok? Okay baik kejap lagi saya kongsikan ya. Tapi sebelum tu macam biasalah kita kena suntik sikit pengetahuan berkaitan dengan video setempat ni supaya ada juga faedah yang dapat kita peroleh.

APA ITU VIDEO SETEMPAT?

Video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan yang tidak berubah tempat dan kawasan. Video ini dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan dan humor yang diselit dalam video ini. Video menggunakan kaedah ini digemari oleh pengguna telefon bimbit kerana mudah melakukannya tanpa memerlukan alat elektronik yang lainnya.

Haa macam mana? Dapat tak serba sedikit pengetahuan daripada penerangan di atas? Harapnya ada lah ya. Okay seperti yang dijanjikan saya akan berkongsikan video setempat yang saya telah rakam tempoh hari. Harap korang suka ya ~

Ouh sebelum saya terlupa, saya nak cerita la sedikit proses yang saya lalui bagi menyiapkan video setempat ni.

Untuk video setempat ni saya rakamnya pada hari raya ketiga sebelah malam dalam rumah ja. Al maklumlah sekarang ni musim PKP. Nak keluar kang takut di kompaun jadi kita buat je video dalam rumah. Terus terang saya cakap saya memang tak rancang sebarang skrip pun sebelum mulakan video. Ya lah dah nama pun spontan kan jadi saya ambil keputusan memang cakap ja apa yang terlintas di fikiran. Hahaha kalau kedengaran merapu tu saya minta maaf ya ... Bagi video setempat tu saya dah buat keputusan untuk bercakap tentang topik yang mudah dan saya tahu. Jadi saya pilih untuk bercakap pasal kuih raya. Siapa ja yang tak tahu pasal kuih raya kan hahaha. Jadi dalam video tersebut saya ada bercakap pasal jenis kuih raya, bahan-bahan yang digunakan dan juga kenangan yang saya ada disebalik setiap jenis kuih raya tu hehe. Alhamdulillah one take saja, saya dah dapat sempurnakan video setempat tu. Walaupun pada mulanya saya risau akan durasi video tapi sekali bercakap haaa kauuuu melebih lebih hahaha. Itu je lah kaedah dan juga proses yang saya lalui. Betul-betul santai habis, takda skrip takda latihan. Main cakap ja... Nanti korang tengok lah sendiri ya hehe.

Anyeong~


VIDEO SETEMPAT


BUKTI KEHADIRAN




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...