RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Assalamualaikum, hai semua! Pejam celik pejam celik eh dah siap video seram! kalau korang nak tahu lah video seram ni yang paling aku ambil tahu, sejak minggu pertama okay ahahah. Masa tu ada lah search dekat youtube sebab nak tengok hasil kerja senior-senior dulu lepastu nak tahu gambaran tugasan untuk subjek ni. Sekali hampa oi terjumpa video seram ni. Masa tu panik ahhhh aku kena jadi hantu ka apa ni hahaha. Tengok-tengok dah siap dan pun. Alhamdulillah tak kena jadi hantu tapi buli kawan jadi hantu hahahaha.
Berkenaan dengan video hampa sendiri pun rasa dah tau kot apa tu video seram. Ya seperti namanya video ni berkenaan dengan benda mistik-mistik lah. Tapi takda lah kami sampai pi memuja atas busut ataupun main spirit malam-malam, itu syirik tu. Ouh sebelum tu nak bagitau yang ni tugasan berkumpulan jadi memang best lah berlakon ramai-ramai dengan Diez ahahaha.
Untuk video seram ni kami memang sepakat nak buat cerita pasal kami tengok satu movie yang berhantu yang mana siapa tengok movie tu mesti kena kacau. Lepastu terjadilah satu persatu gangguan yang berbeza. Ada yang anak patung jatuh la, ada yang menari ulek mayang lah. Macam-macam hampa wei, sampai kadang tu confius ni seram ka komedi. Tapi anggap ja lah komedi seram okay! Sebab biasalah bila dengan kawan-kawan ni hantu pun takut hahaha.
Jadi takmau sembang panjang-panjang hampa tengoklah sendiri rupa apa video kami ahahaha. Selamat menonton dan semoga terhibur tau hahaha.
Haih untuk sejenis yang sentimental macam aku ni kan, tengok video seram pun nak nangis rasa. Lepas grad kalau tengok balik mesti rindu haih. okay anis stop hahaha.
Anyeongggg ~
No comments:
Post a Comment