Assalamualaikum, hai semua! selamat malam, dah pukul 2 pagi masih sahaja menaip hehe. Okay meh kita nak bercerita mengenai tugasan minggu keenam pula. Haaa untuk minggu keenam ni geng BLM ditugaskan untuk bermain-main dengan simpulan bahasa. Tahu tak simpulan bahasa tu apa? Idioms la kalau mat salleh sebut. Okay kami diarahkan dalam kumpulan untuk mengambil gambar berkaitan dengan 20 simpulan bahasa. Semestinya lah saya berkolaborasi dengan kumpulan Diez yang paling disayangi hehe. Nak tahu tak kumpulan Diez dapat simpulan bahasa apa ? Kejap eh saya senaraikan satu per satu.
1. Bekas Tangan
2. Bendera Putih
3. Berat Badan
4. Hati Batu
5. Darah Daging
6. Hati Ayam
7. Darah Gemuruh
8. Mati Akal
9. Darah Muda
10. Dalam Tangan
11. Darah Manis
12. Durian Runtuh
13. Darah Panas
14. Buta Huruf
15. Anak Bapa
16. Ikat Perut
17. Buruk Hati
18. Buruk Laku
19. Bunga Dedap
20. Lapang Dada
Jadi kami perlu bergambar bagi menerangkan maksud simpulan bahasa ni. Kalau maknanya disalah ertikan maka gagal lah kerja ni. Haih takut juga.
Haaa banyak kan? Jadi untuk berlaku adil dan saksama, Diez mengambil keputusan untuk membahagikan setiap simpulan bahasa itu seorang dua. Jadi saya mendapat simpulan bahasa Durian Runtuh dan juga Darah Manis.
Mesti ada di antara korang yang tertanya-tanyakan bagaimana hasil kerja kumpulan Diez? Meh saya tunjukkan. Jadi tanpa berlengah lagi saya akan lampirkan video yang menunjukkan usaha kami dalam menerangkan makna simpulan bahasa itu berpandukan gambar. Mak aiii pening kepala memikirkan idea nak bergambar.
No comments:
Post a Comment