Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia
BAHAN ASAS GRAFIK
- Banner/Banting
- Pamplet
- Poster
- Gambar/Poster
- Billboard
- Video
BANNER/
BANTING
Banner atau Bunting merupakan salah satu medium yang
digunakan dalam industri pengiklanan. Kedua-dua medium ini boleh dijadikan
medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika digunakan dengan betul. Dalam
sesebuah pengiklanan yang menggunakan medium Banner atau Bunting, rekaan dengan
imej dan warna yang menarik memainkan peranan yang penting dalam menarik
audiens untuk melihat atau membaca apa yang tertera pada banner atau bunting
tersebut.
Kedua-dua
baner dan bunting mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai medium pengiklanan.
Yang membezakan kedua-duanya adalah, baner dicetak secara melintang manakala,
bunting pula dicerak secara menegak. Banner sesuai digunakan untuk iklan yang
bersaiz besar dan kebiasaanya banner akan digantung diantara 2 pokok atau 2 tiang.
Bunting pula mempunyai ukuran yang bersaiz lebih kecil dan kebiasaanya
digunakan di sekitar booth/gerai jualan. Selain digantung, Bunting juga boleh
dipasang menggunakan stand.
Gambar
yang disertakan diatas merupakan hasil rekaan banner dan bunting daripada
kumpulan Diez yang jelas sekali bertujuan untuk mempromosikan kasut mereka yang
terbaru. Dalam banner dan bunting tersebut, Diez memfokuskan kepada keluaran
kasut mereka yang kelihatan sangat cantik. Imej grafik kaki dan kasut putih dan
latar batu dan langit kebiruan serta hutan yang kehijauan yang digunakan dalam
banner dan bunting tersebut menunjukkan kesesuaian antara satu sama lain.
Slogan ‘Run with Diez’ disertakan dalam promosi tersebut untuk
memperoleh kebolehpercayaan pelanggan terhadap keluaran kasut Diez ini.
Ayat-ayat sokongan seperti harga potongan promosi dan ayat ‘Go Faster, Go
Stronger, Never Stop’ pula bertujuan untuk menarik minat pelanggan untuk
membeli kasut tersebut.
PAMPLET
Pamplet ialah sejenis gambar yang mempunyai tulisan yang menjelaskan huraian gambar tersebut. Pamplet ini juga disebut sebagai risalah dan juga tidak dijilid atau tidak mempunyai muka surat hadapan. Pamplet dilipat kemas dengan cara menggunakan sekeping kertas khusus yang panjang dan saling terhubung satu sama lain. Pamplet juga dipotong setengah atau sepertiga untuk terlihat lebih kecil. Pamplet digunakan untuk memberikan maklumat tentang produk-produk yang dipromosi atau pengenalan untuk sesuatu acara.
POSTER
Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak. Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan digantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain. Sebagai contoh, poster dapat menonjolkan keistimewaan mesej kepada masyarakat dan di poster iklan tersebut dapat dipertontonkan di tempat menunggu bas dan sebagainya.
GAMBAR/FOTO
Gambar atau foto ialah imej yang dicipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya. Kebanyakan gambar atau foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta untuk memfokus daripada sesuatu pemandangan demi membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Proses dalam mencipta gambar foto dikenali sebagai fotografi. Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya.
Gambar di atas merupakan gambar yang dikeluarkan oleh kumpulan Diez bagi mempromosikan keluaran terbaru kasut sukan mereka. Gambar di atas menunjukkan dengan jelas bahawa produk kasut yang dipromosikan, dan dengan penggunaan warna latarnya yang sesuai dapat menarik minat masyarakat yang memandangnya. Gambar ini juga memaparkan teks yang jelas mesejnya iaitu “Run with Diez” yang turut merupakan moto utama bagi keluaran kasut ini dalam mempromosikan kasut sukan Diez. Moto “Run with Diez” yang bermaksud “Lari bersama Diez” cukup jelas menunjukkan kasut tersebut dicipta untuk aktiviti sukan larian. Gambar ini juga menunjukkan bahawa dua kasut yang berlainan warna yang mana ingin menyatakan Diez mengeluarkan kasut yang berbeza warna bagi memenuhi minat masing-masing. Gambar ini juga memaparkan teks yang berlainan iaitu “Always your choice” yang mana kumpulan Diez ini menyatakan bahawa kasut keluaran Diez semestinya menjadi pilihan pembeli. Gambar dan teks yang sesuai dan menarik mampu membuatkan orang ramai tertarik untuk melihat gambar ini dan membeli produk ini.
Billboard ataupun papan iklan adalah sebuah papan yang berukuran besar yang mengandungi tulisan atau gambar yang bertujuan untuk iklan, penguguman atau promosi. Billboard mengandungi ilustrasi atau slogan yang menarik untuk dibaca supaya orang ramai tahu apa yang ingin disampaikan oleh billboard tersebut. Kebiasaanya, billboard diletakkan di tempat yang tinggi supaya dapat dilihat oleh orang ramai dan seringkali ditemui di sekitar jalan raya. Gambar di bawah menunjukkan hasil rekaan billboard oleh kumpulan Diez yang bertujuan untuk mempromosikan iklan kasut mereka yang terbaru.
Billboard di atas memaparkan tentang iklan kasut Diez yang terbaru. Ilustrasi kasut yang digunakan menunjukkan bahawa kumpulan Diez bakal mengeluarkan kasut sukan terbaru yang hadir dengan pelbagai spesifikasi yang menarik. Kasut keluaran terbaru itu hadir dengan pelbagai warna dan mempunyai tapak kasut yang elastik. Kelembutan bahagaian hadapan kasut Diez akan memberi keselesaan kepada pemakai. Kasut Diez juga muat pada kaki pemakai kerana dicipta mengikut bentuk tapak kaki yang sebenar dan pelbagai saiz. Jadi, kesemua para pemakai kasut Diez akan tampil elegan ketika mengayakan kasut ini. Slogan ‘Run With Diez’ menunjukkan bahawa kasut Diez ini akan sentiasa menemani pemakai kerana sifatnya yang elastik, elegan dan tahan lasak memberikannya kesesuaian untuk dipakai di mana sahaja. Sesuailah dengan ayat ‘Providing the best, comfy and elegant partner to stay with you all the time’, kasut Diez akan membekalkan keseronokan, keselesaan dan keanggunan pada pemakainya. Jangan lupa untuk dapatkan kasut terbaru keluar Diez ini!
VIDEO
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, video merupakan alatan yang digunakan untuk
merakamkan dan menayangkan filem. Video juga merupakan sebuah perbuatan
memvideokan dan merakamkan sesuatu peristiwa, adegan dan sebagainya dalam media
elektronik seperti telefon atau kamera. Secara amnya, Video berasal dari kata
bahasa Latin, yang bermaksud Saya lihat. Video ialah teknologi memprosess
isyarat elektronik (electronic signals) bagi menghasilkan gambar bergerak.
Aplikasi umum dari teknologi video adalah televisyen. Perkataan
"video" biasanya merujuk kepada jenis format pembawa (carrier) sama
ada isyarat digital (DVD, QuickTime, MPEG-4) atau isyarat analog videotape
(VHS, Betamax).
Video di atas menunjukkan iklan jenama Diez yang mengeluarkan produk baru iaitu kasut sukan. Video tersebut menjelaskan keunikkan dan kelebihan kasut sukan Diez. Dengan sekali imbas, orang ramai dapat mengetahui bahawa video tersebut adalah berkaitan dengan kasut sukan. Dengan ini, mesej yang terdapat dalam video tersebut dapat difahami dan disampaikan tanpa sebarang kekeliruan. Di samping itu, teks “EASY TO WEAR, LIGHTWEIGHT, DURABLE, COMFORTABLE, STYLIST, dan EASY TO REMOVE” menggambarkan sifat dan kelebihan kasut sukan tersebut. Teks ini dapat menarik perhatian orang ramai kerana saiz dan jenis font yang terpapar dalam video tersebut adalah jelas. Teks slogan “RUN WITH DIEZ” pula dapat meyakinkan lagi orang ramai bahawa kasut sukan tersebut merupakan suatu produk yang baik dan bermutu tinggi serta diserlahkan lagi dengan kesenangan dan keselesaan yang ditunjukkan oleh pemakai. Video tersebut jelas menunjukkan bahawa pemakai berasa selesa dalam segala keadaan dan bentuk muka bumi yang diterokai. Oleh itu, mesej dapat disampaikan dengan baik dan mempengaruhi orang ramai untuk membeli kasut sukan Diez. Setiap langkah yang dilakukan bersama kasut sukan Diez dapat menyakinkan pemakai dalam mengorak langkah menuju masa depan yang sempurna.
No comments:
Post a Comment