Sunday, May 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT-DIEZ

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.

Hai assalamualaikum, selamat malam semuanya, sihat? Masih dalam bulan syawal nampaknya kita. Pejam celik pejam celik esok dah week 9 guys! Wah cepatnya masa, dateline assignment makin dekat ya. Dah siap ka semua assignment yang bersusun tu? susun-susun juga jangan sampai berteraboq orang penang kata hahaha.

Okay harini kita nak sembang-sembang ilmiah macam biasa. Untuk topik harini kita nak bercakap pasal one shot. Haaa hampa taudak oneshot tu apa dia? Ni nak mai terang ni sat nah.

One shot merupakan video yang dirakamkan tanpa perlu menggerakkan alat perakam video seperti telefon atau kamera. Oleh itu, alatan ini berada dalam keadaan statistik. Pelakon yang membawa lakonan sahaja yang perlu bergerak sesuai keadaan dan jalan penceritaan. Video ini juga tidak memerlukan sebarang suntingan kecuali dibahagian akhir yang memerlukan penambahan kredit. Video oneshot ini haruslah memiliki sebuah lagu yang sesuai dan pelakon haruslah membuat mimik nyanyian. Video one shot yang menarik melibatkan individu atau kumpulan yang keluar masuk sepanjang dalam rakaman.

Terdapat 3 jenis video one shot yang dapat dirakam iaitu one shot one layer, one shot two layer dan one shot three layer. Ketiga-tiga jenis one shot ini dapat dibezakan dengan melihat jumlah lapisan yang ada dalam video. Video one shot one layer hanya terdiri daripada pelakon yang mempunyai mimik muka sahaja tanpa melibatkan apa-apa props atau pelakon lain di belakang. Bagi one shot two layer pula ia melibatkan pelakon tambahan yang menjalankan lakonan berdasarkan jalan cerita lagu. Oleh itu, video yang dihasilkan lebih menarik. Bagi one shot three layer pula ia sama seperti video one shot two layer namun mempunyai tambahan satu lapisan iaitu lapisan ketiga yang melibatkan pergerakan objek lain seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. 

Setakat itu sahaja perkongsian mengenai video one shot ini. Tapi takkan nak akhir macam tu ja kan? Mestilah ada sesuatu buat jamu mata betul? hahaha. Jaranglah terang sahaja tanpa buat video kan? Sudah semestinya DIEZ ada sediakan sesuatu untuk hampaaaa semua. Jadi terima lah video oneshot yang dirakam oleh Mekyat, Dayah, Alin dan Akma. Harap hampa semua terhibur okay?!

Anyeongggg ~


ONESHOT ONE LAYER


ONESHOT TWO LAYER


ONESHOT THREE LAYER

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...