BBM3410-2021-MINGGU 2-MUDAH-INTERNET
Elemen:
Mudah
Tema: Papan Tanda Makanan
Rujukan: (2021). Diakses pada 2 April, 2021, daripada Detik.net.id website: https://awsimages.detik.net.id/community/media/visual/2017/07/31/0c3300d9-26e6-4974-ad7d-0bb058a10ceb.jpg?a=1
Huraian: Berikut merupakan papan tanda bagi makanan segera yang popular di Malaysia iaitu McDonald. Papan tanda tersebut
menggunakan elemen grafik mudah. Ianya kerana semua rakyat
Malaysia memahami maksud yang ingin
disampaikan iaitu kedai tersebut berada di situ. Papan tanda tersebut menggunakan elemen yang mudah dengan
penggunaan huruf M sebagai logo makanan tersebut.
Elemen : Mudah
Tema :
Makanan
Rujukan : Lau, K. (24 September, 2018). OREO
Advertisement Design. Daripada Dribble: https://dribbble.com/shots/5301283-OREO Advertisement-Design
Huraian : Menerusi gambar iklan yang dilampirkan,
dapat kita lihat bahawa penyunting iklan tersebut sedang mempromosikan biskut
Oreo kepada audiens. Gambar iklan tersebut memiliki elemen asas grafik terutama
dalam elemen mudah kerana mesej yang ingin disampaikan oleh editor dapat
difahami dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan. Gambar iklan tersebut jelas
sekali adalah untuk mempromosikan biskut keluaran OREO. Latar belakangnya yang
ringkas menonjolkan item utama iklan tersebut, iaitu biskut.
Tema : Makanan
Rujukan : Internet, Pinterest. https://ar.pinterest.com/pin/544443042451013300/
Huraian : Berdasarkan gambar di atas, sudah jelas bahawa gambar tersebut merupakan sebuah kek hari lahir. Gambar tersebut amat mudah difahami kerana kek telah menjadi makanan yang sering kali ada pada setiap hari lahir. Gambar kek itu juga merupakan sebuah kek hari lahir kerana adanya tanda perkataan happy birthday yang diletakkan di atas kek. Kek hari lahir akan sentiasa dihidangkan bagi menyambut hari lahir seseorang yang membawa kebahagiaan pada hari istimewa tersebut.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Rujukan : Gambar digital. Diakses
pada 30 Mac, 2021, daripada https://static.onecms.io/wcontent/uploads/sites/9/2018/09/mcdonalds-french-fries-FT-BLOG0818.jpg
Huraian : Berdasarkan gambar di atas, sudah
jelas memperlihatkan menu kegemaran
orang ramai iaitu kentang goreng. Kentang goreng tersebut pula merupakan antara menu popular
di restoran makanan segera yang terkenal
diseluruh dunia iaitu Mcdonalds. Antara sebab mengapa gambar itu dapat dikategorikan
dengan elemen mudah adalah kerana gambarnya yang jelas menunjukkan
kentang goreng tanpa melibatkan sebarang
objek latar yang lain. Selain itu, logo Mcdonalds yang jelas terpampang pada bekas kentang
goreng tersebut telah menunjukkan dengan
jelas bahawa kentang goreng tersebut merupakan kentang goreng
yang disajikan di Mcdonalds.
Elemen : Mudah
Tema
:
Makanan
Rujukan : Frunchie Confetti. (1 Februari,
2021). Diakses pada 30 Mac, 2021, daripada
https://www.google.com/search?q=frunchie&rlz=1C1CHFX_enMY667MY667&sxsrf=ALeKk02qMVQkaMABFYDNrHJ7eRReTjBYtg:1617115286360&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiG7tDxn9jvAhX4yzgGHdocD-QQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1366&bih=600#imgrc=euQ5Cus-wjhr6M
Huraian :
Gambar di atas sangat jelas dan mudah difahami oleh audiens terutamanya oleh penggemar biskut yang popular atau
viral di laman sosial seperti Instagram (Frunchie). Gambar di
atas mempunyai unsur
mudah yang memaparkan unsur yang sangat ringkas tidak menggunakan warna, atau corak yang banyak. Selain itu,
cara susunan balang
biskut di tengah-tengah juga memudahkan pelanggan faham apa yang hendak disampaikan melalui gambar tersebut
serta dapat menjadi tarikan. Grafik biskut dan kacang badam di
sebelah balang biskut sangat
jelas dan mudah untuk pelanggan yang tidak mengetahui isi atau bentuk biskut tersebut.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Rujukan
: Gambar digital. Diakses
pada 30 Mac, 2021, daripada https://cdn1.vectorstock.com/i/1000x1000/61/45/realistic-oat-cookies-poster-vector-28366145.jpg
Huraian : Gambar cookies diletakkan dalam sebuah
poster. Sesiapa yang melihat poster ini dapat tahu dengan mudah bahawa
poster ini tentang cookies perisa oat. Gambar cookies yang jelas dan mudah dilihat akan membantu
untuk menyampaikan mesej kepada sesiapa yang melihatnya. Mesej yang ingin disampaikan daripada
poster tersebut adalah tentang pelancaran oat cookies yang
baru.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Rujukan : Nazrien Zaraini, C. (13 April, 2013).
Contoh Iklan Makanan Yang Sangat
Cool dan Menyelerakan. Diakses pada 30 Mac, 2021, daripada http://cisdel.com/2011/10/31/contoh-iklan-makanan-yang-sangat-cool- dan-menyelerakan/
Huraian : Berdasarkan gambar diatas, kita
dapat memahami bahawa penyunting ingin
menenyampaikan iklan mi segera untuk dipromosikan kepada audiens. Terdapat elemen
asas grafik iaitu mudah dalam gambar iklan tersebut.
Penggunaan teks yang terdapat dalam gambar itu dapat memudahkan audiens mengetahui jenis produk
yang dipromosi. Gambar iklan tersebut ringkas dan
tidak terlalu pada dapat difahami tanpa
kekeliruan.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Rujukan : Gambar digital. Diakses pada 30 Mac,
2021, daripada https://www.google.com/imgres?imgurl=https://i.pinimg.com/originals/4b/d6/ed/4bd6ed770139c803eb14285f99b31288.png&imgrefurl=https://www.pinterest.com/pin/855050679240435018/&tbnid=Se5gDAB8tfidZM&vet=1&docid =RnKetQ2mP_TrlM&w=1000&h=750&itg=1&hl=en-US&source=sh/x/im
Huraian : Gambar di atas memperlihatkan makanan
kegemaran orang ramai diseluruh
dunia iaitu pizza. Pizza merupakan suatu menu makanan yang tidak asing lagi dan sering
kali dijadikan sebagai makanan harian oleh kebanyakkan
orang. Gambar tersebut dikatogerikan sebagai elemen mudah asas grafik ialah kerana pada sekali
imbas, individu yang melihat gambar itu akan mendapat
gambaran pizza dengan jelas tanpa ada
sebarang kekeliruan. Selain itu, logo Pizza Hut yang terdapat pada gambar tersebut menyokong bahawa
pizza tersebut adalah menu di restoran
Pizza Hut.
Tema : Makanan
Rujukan :KFC MALAYSIA. (2019). Diakses pada 25 Mac, 2021, daripada:https://www.bing.com/images/searchview=detailV2&ccid=fa%2ffvfrt&id=B48000EB77D6392049470BE12EB32F26DB40DE5B&thid=OIP.fa_fvfrtEi3m_4JnAyhTSQHaF4&mediaurl=https%3a%2f%2fcdn.kfc.com.my%2fdinein.kfc.com.my%2fimages%2fpromotion%2fsuperjimatbox.jpg%3f2009804903c25ba97981a203f3915ef5a45f3362be022a5bdf9e16432c4b179a&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR7dafdfbdfaed122de6ff826703285349%3frik%3dW95A2yYvsy7hCw%26pid%3dImgRaw&exph=500&expw=630&q=iklan+kfc+malaysia&simid=607999449652071997&ck=73C4740D4BE5B8810E4D077477D5C300&selectedIndex=9&FORM=IRPRST&ajaxhist=0
Huraian : Menerusi
gambar ini, kita dapat melihat Kentucky Fried Chicken (KFC) membuat promosi. Dalam promosi tersebut, terdapat
seketul ayam, french fries, pepsi dan cheesy wedges dalam Snacker
ini menunjukn pelanggan KFC boleh menikmati pelbagai bentuk
makanan dengan hanya harga RM9.20 sahaja. Oleh sebab itu,
bukan hanya kalangan orang berada sahaja yang menikmati KFC,
KFC kini milik semua orang.
Elemen : Mudah
Tema : Lambang
Rujukan : Internet. Google Image. Diakses pada
2 April 2021, https://www.google.com/search?q=puma&tbm=isch&ved=2ahUKEwjY- d7O39_vAhXJB7cAHUETAKAQ2- cCegQIABAA&oq=puma&gs_lcp=CgNpbWcQAzIFCAAQsQMyAggAMgUIABCxAzICCAAyBQgAELEDMgIIADICCAAyAggAMgIIADIICAAQsQMQgwE6BwgjEOoCECc6BAgjECdQre sBWJaTAmCumAJoAXAAeACAAaECiAGEBpIBBTAuMy4xmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWewAQrAAQE&sclient=img&ei=7yZnYJjGDcmP3LUPwaaAgAo#imgrc=IEDvCncu7S tUTM
Huraian : Berdasarkan gambar di atas, sudah jelas memperlihatkan lambang untuk pelbagai barang kesukaan ramai terutamanya dari segi pakaian, iaitu PUMA. PUMA kebiasaannya amat popular dalam kalangan atlet di serata dunia kerana jenamanya yang tahan lasak dan menjadikannya kesukaan ramai. Antara sebab mengapa gambar ini dikategorikan sebagai eleman mudah adalah kerana gambarnya yang jelas menunjukkan lambang PUMA tanpa sebarang latar teks. Selain itu, dengan sekali imbasnya orang ramai dapat tahu bahawa lambang ini adalah milik PUMA.
BBM3410-2021-MINGGU
2-MUDAH-SENDIRI
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Rujukan :
Gambar sendiri
Huraian :
Berdasarkan gambar di atas, kita mudah faham akan apa yang hendak
disampaikan oleh juru gambar. Gambar tersebut
menunjukkan aneka pencuci mulut yang dapat menarik minat orang yang
melihat gambar tersebut. Kita juga dapat melihat adanya logo ‘My
Kori’ iaitu kedai yang menjual pencuci mulut tersebut. Ini bermakna,
kita dengan mudah dapat mengandaikan bahawa pencuci mulut itu
boleh didapati di kedai tersebut.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Menerusi gambar yang dilampirkan diatas, dapat dilihat bahawa penyunting sedang mempromosikan item tart yang berbagai-bagai jenis. Latar belakang yang ringkas telah menonjolkan item utama yang ingin dipromosikan. Penggunaan teks juga boleh dilihat dengan jelas. Secara keseluruhanya, gambar diatas memenuhi elemen asas grafik terutama sekali elemen mudah. Hal ini demikian kerana, mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh audiens melalui gambaran foto tersebut.
Elemen : Mudah
Tema : Ketenangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas merupakan gambar
seorang pendaki yang telah berjaya
sampai ke puncak gunung. Gambar tersebut menjelaskan bahawa pendaki takjub dengan keindahan
alam yang dilihat daripada puncak
gunung. Pendaki sangat gembira dan berpuas hati dengan pemandangan yang dilihat setelah
melalui pelbagai cabaran semasa mendaki gunung yang tinggi. Pendaki
juga mendapat sebuah ketenangan
apabila melihat pemandangan yang amat menakjubkan.
Elemen : Mudah
Tema :
Ketenangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan suasana
senja di pinggir pantai. Gambar tersebut
dapat dikategorikan sebagai elemen mudah kerana dengan sekali imbas penonton dapat mengetahui
bahawa suasana senja dipinggir
pantai merupakan perkara yang cuba ditonjolkan dalam gambar tersebut. Hal ini demikian kerana,
langit yang berwarna jingga keemasan dan juga bot-bot nelayan
yang berlabuh di pinggir pantai membawa
gambaran keadaan atau suasana sesebuah senja itu. Gambar tersebut juga bertemakan
ketenangan kerana senja dapat menenangkan jiwa-jiwa
yang kacau dengan keindahannya yang singkat.
Elemen : Mudah
Tema
: Makanan
Rujukan : Gambar
sendiri
Huraian :
Gambar di atas sangat jelas, terang dan mudah fahami iaitu air batu campur atau lebih terkenal dengan nama ABC. Bentuk
atau rupa ABC yang biasa dilihat sangat mudah untuk dikenal pasti. Gambar tersebut juga sangat mudah kerana hanya memfokuskan kepada ABC
itu sahaja dan tidak serabut. Selain itu, latar belakang yang bertemakan alam
semula jadi menaikkan lagi selera audiens yang melihat
gambar tersebut. Gambar di atas diambil pada waktu petang, jadi di sini
jelas menunjukan bahawa ABC sangat sedap dimakan pada waktu
petang terutamanya bersama keluarga.
Elemen : Mudah
Tema : Ilmu
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menrupakan gambar seorang pelajar perempuan
yang berada di Perpustakaan Sultan Ahmad Samad, UPM. Gambar
tersebut menunjukkan bahawa pelajar itu sedang khusyuk membelek
buku di kawasan rak tersebut. Sesiapa yang melihat gambar ini
dapat meneka dengan mudah yang pelajar tersebut sedang mencari buku
yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukannya. Kekhusyukan pelajar
tersebut membelek buku dapat dilihat dengan jelas apabila dia
tidak menyedari yang gambar dirinya sedang ditangkap oleh kawannya.
Elemen : Mudah
Tema : Ketenangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan seseorang
perempuan yang sedang menikmati
permandangan di tepi pantai. Gambar tersebut menjelaskan menjelaskan keunikan dan
keindahan alam semulajadi. Persekitaran yang
menghijau dan air laut yang biru dapat mendamaikan jiwa seseorang. Permandangan di tepi pantai
dapat menjadikan seseorang lebih
tenang dan menghargai alam semulajadi.
Elemen : Mudah
Tema : Pemandangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan pemandangan kota raya Kuala Lumpur. Gambar tersebut mempamerkan pemandangan kota yang dilengkapi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang berdiri megah terutamanya Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC). Antara sebab mengapa gambar tersebut dikatogerikan sebagai elemen mudah asas grafik ialah kerana pada sekali imbas, dapat dilihat bangunan pencakar langit KLCC dengan jelas dan mesej dapat disampaikan dengan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana bangunan pencakar langit KLCC tersebut dikenali ramai dan sudah tidak asing lagi dengan Malaysia.
Elemen : Mudah
Tema : Kecantikan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Menerusi gambar tersebut, kita dapat melihat beberapa jenis produk kecantikan. Produk tersebut merupakan produk penjagaan
rambut dari jenama Faith Fleur. Produk tersebut adalah untuk merawat
rambut bagi pelanggan yang mempunyai masalah rambut. Bagi sesiapa
yang mempunyai masalah rambut, mereka boleh mencari produk
jenama Faith Fleur.
Elemen : Mudah
Tema : Ketenangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan
pemandangan dari atas kapal terbang.Gambar
tersebut dapat dikategorikan sebagai elemen mudah kerana dengan sekali imbas penonton dapat
mentafsirkan bahawa ianya pemandangan
langit dan kawasan hijau dari kapal terbang. Hal ini demikian kerana awan memutih dan
sedikit kelabu dan air pantai membiru dan imbasan sedikit dari
sayap kapal terbang.
Carta Organisasasi Elemen Mudah
Ketua : Hidayah 203937
Penolong : Akma 203935
Editor : Hapizah 2033936
Penolong Editor 1 : Nuradhlin 203308
Penolong Editor 2 : Anis 203012
Penolong Editor 3 : Adilla 201848
AJK Publisiti : Afiah 203943
AJK Multimedia : Hayati 203007
AJK Emel : Adreana 204113
AJK Semakan : Vivian 202967
No comments:
Post a Comment