Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU1A

NAMA : NUR ANIS SYAZWANI BINTI MUHAMMAD MASULAN

NO MATRIK :  203012 





Assalamualaikum wbt, salam perkenalan. Nama diberi Nur Anis Syazwani Binti Muhammad Masulan, No matrik 203012 berusia 22 tahun dan berasal dari negeri utara semenanjung iaitu Pulau Pinang. Siapa saja tak kenal Penang, negeri penuh dengan makanan sedap atau paling terkenal 'Nasi Kandaq' bak kata orang penang sendiri kalau orang penang tapi tak suka nasi kandaq, sah hang penang murtad 😂. Saya merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik yang mana kedua-dua adik saya adalah lelaki. Jadi daripada saya kecil memang saya dah biasa bertumbuk, tapi tumbuk-tumbuk manja adik beradiklah. Adik-adik saya panggil saya kak ros. Entah kenapa, tapi semua tu dah berakhir bila masing-masing melonjak dewasa. Sekarang masing-masing dah tak cari pasal dah antara satu sama lain. Kami adik beradik dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, cukup makan pakai dan juga keperluan harian. Mak dengan ayah saya kedua-duanya mencari rezeki dengan berkerja di kilang. Mama merupakan leader manakala abah pula merupakan juruteknik. Namun begitu, mama dan abah saya kedua-duanya sangat mementingkan pelajaran. Pada mereka duit tu boleh cari dekat mana-mana yang penting kemahuan nak belajar. 

Oleh sebab itu, lepas dapat keputusan SPM, saya melupakan hasrat untuk sambung diploma, demi mencari jalan singkat untuk menyambung degree. Saya pilih untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Pra-Universiti iaitu STPM. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan STPM dan berjaya membawa kedua-dua mama abah saya naik ke pentas. Kenangan yang paling tiada harganya 💓. Lepas sahaja menamatkan STPM saya terus apply beberapa bidang yang saya minat, antaranya bidang bahasa dan linguistik. Saya memilih bidang ini kerana terinspirasi daripada salah seorang guru Bahasa Melayu sewaktu saya berada ditingkatan enam. Selain daripada terinspirasi, kawan-kawan saya selalu mendoakan yang saya akhirnya akan menjadi seperti cikgu itu. Sangat klasik namun ada kelasnya yang tersendiri. Berdirinya saya di tempat saya sekarang ini mungkin atas sebab adanya salah satu doa orang-orang sekeliling saya yang dimakbulkan oleh DIA yang diatas. Alhamdulillah 💜 Selepas keputusan UPU keluar, sekali lagi syukur kepada Allah, saya mendapat tempat pada pilihan kedua saya iaitu Bacelor Bahasa Dan Linguistik Melayu, di UPM. 

Pertama kali menjejakkan kaki ke kampus hijau ini, terasa begitu janggal kerana ini merupakan kali pertama saya berjauhan daripada keluarga setelah 20 tahun dilahirkan ke dunia tetapi saya masih teguh dengan prinsip hidup saya, jika benar benih yang baik, dicampak kelaut menjadi pulau, di campak ke langit menjadi kejora, jatuh kedaratan menjadi pohon berbuah nan rendang. Jadi mahu tak mahu tetap saya jalani, nikmati saja prosesnya. Disitu saya berkenalan dengan ramai kawan, dan semuanya, alhamdulillah orang yang baik-baik. Doakan perjalanan ijazah saya yang berbaki 3 semester ini ya💛 Dan sebelum penabunga ini menemui nokhtah dihujung penulisan ini, kenapa dan ada apa dengan Penabunga? Penabunga merupakan sisi saya yang kedua atau dikenali sebagai alterego. Penabunga merupakan sisi yang lebih cekal dan kental. Saya menulis puisi sebagai hobi atas nama penabunga. Begitulah tentang penabunga, nama pena yang diciptakan sejak saya berusia belasan tahun. Sekian dahulu daripada saya. Sampai ketemu di lain masa.

IKHLAS, PENABUNGA.



2 comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...