Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

NAMA : Nur Anis Syazwani Bt Muhammad Masulan
NO MATRIK : 203012


Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

1. Positif

1. Diri

1. Bahasa pertama /kedua / ketiga.

 

1. Rumusan Keseluruhan

2. Konteks

 

·         Penerimaan

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

2. Negatif

2. Masyarakat

2. Formal/ Tidak Formal

2. Rumusan Topik Perbincangan

 

 

3. Emosi Bercampur

 

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

3. Adat

 

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kejiranan, kesyukuran, kesederhanaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental serta kesantunan, Kerjasama, semangat bermasyarakat

·         Hormat Menghormati

·         Keadilan, kebebasan, rasional

 

3. Kesalahan Bahasa

 

3. Penutup Kata

 

 

 

4. Linguistik

 

 

HURAIAN

 

Pra-andaian

 

Pra-andaian merupakan perkara yang diandaikan terlebih dahulu sebelum permulaan garis hujah ataupun tindakan. Kebiasaannya pra-andaian tidak semestinya betul kerana perkara yang diandaikan hanya bergantung kepada cara pemikiran seseorang individu itu dan tidak berpaksikan fakta yang benar. Pra-andaian ini juga tidak melibatkan pemikiran secara rasional dan intelektual tetapi hanya sekadar mengikut gerak hati dan naluri diri seseorang itu. Pemahaman pra-andaian ini timbul diluar kesedaran seseorang. Konteks ini dianalisis berdasarkan aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

Emosi

 

Emosi dapat didefinisikan sebagai perasaan atau gejolak yang sering bermain dalam jiwa seseorang. Perkara ini merujuk pada reaksi terhadap seseorang ataupun sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Emosi dapat dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi yang bersifat positif melibatkan keadaan yang menggembirakan manakala emosi negatif melibatkan emosi yang sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Emosi sering dikaitkan dengan perasaan, perangai, keperibadian, disposisi dan motivasi. Dalam beberapa teori, kognisi adalah aspek terpenting emosi.

 

Nilai Dan Budaya

 

Nilai dan budaya dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai dan budaya ini turut melibatkan institusi seperti sekolah kerana perkara tersebut terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Nilai-nilai budaya ini sangat penting kerana bertalian dengan norma, keyakinan, adat dan juga praktik. Antara contoh nilai adalah jujur, ikhlas, baik hati, penyayang dan sebagainya. Nilai-nilai budaya ini perlu sentiasa dirawat, dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

 

Bahasa

Bahasa yang dianalisis memfokuskan kepada bahasa pertama/kedua/ketiga dan lain-lain. Bahasa ini kemudiannya dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan juga tidak formal. Bahasa formal digunakan dalam situasi rasmi seperti majlis-majlis kerajaan dan sebagainya. Bahasa tidak formal pula digunakan dalam situasi santai seperti perbualan harian dan sebagainya. Aspek linguistik ini dianalisis supaya huraian lebih jelas dan padat.

 

Inferens

Inferens merupakan kesimpulan awal yang dibuat bagi meneka-neka pelbagai sebab yang dirasakan relevan. Namun begitu, inferens tidak dapat dianggap sebagai perkara yang betul selagi tidak dijalankan sebarang penyiasatan diatas kesimpulan tersebut. Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap satu aspek analisis itu perlulah dibincangkan dengan lengkap dan jelas agar dapat menjawab sejauh mana kebenaran inferens tersebut


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi: Teori Dan Aplikasi, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus.



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...