RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk keseribu kalinya harini. Weh penat sumpah ahahaha tapi tak apa dah nama pun student. Kita kena kuat yedokkk? Makin hampir minggu-minggu akhir ni makin banyak tugasan kena buat. Masa tidurnya entah berlari ke mana. Pengorbanan demi kejayaan semoga ada manisnya nanti ya. Inshaallah, aminkan please !
Okay kalau korang tengok tajuk mesti korang macam pelik en, apa benda lah taksonomi ni ahaha. Jangan risau anda tak keseorangan, minggu lepas saya macam anda, alhamdulillah hari ni dah tahu apa itu taksonomi. Korang nak tahu juga ke ?
Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka taksonomi ni merupakan kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Jadi boleh disimpulkan dekat sini, yang taksonomi ni mengelaskan sesuatu perkara pada tempat yang betul yang berlandaskan prinsip dan peraturan.
Back to topic, Taksonomi dan Strategi Perancangan Komunikasi ni merupakan sebuah topik yang berada pada bab 5 dalam buku Kajian Wacana yang telah ditulis oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Hehe. Di bawah topik ini kita akan mempelajari banyak strategi perancangan komunikasi yang diberikan melalui pandangan-pandangan para tokoh yang berbeza. Jadi banyak sebenarnya maklumat dan penerangan berkaitan dengan topik ini dapat kita perolehi dalam buku tersebut.
Buat korang yang tak faham atau masih tertanya-tanya lagi berkenaan topik ini. Jangan risau sebab saya akan kongsikan nota yang saya buat dalam bentuk PPT untuk mudahkan pemahaman korang tentang topik ini ya.
Jemput tengok ya. Anyeongggg ~
No comments:
Post a Comment