Wednesday, June 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 12-MISTERI KOPI


KREDIT: Dewan Bahasa dan Pustaka
LINK: https://youtu.be/d-q-toRLmD4

Assalamualaikum semua ~ Apa khabar hampa? sihat dak. Sekarang pukul 1:07 pagi dan dekat luar tengah hujan lebat. Alahai syahdu betul lah, pagi-pagi buta dengan hujannya update blog. Jap macam ada benda yang kurang pula, tengah malam pastu sejuk pula, mata pun dah layu sepatutnya kena ada kopi segelas ni baru padu. Tapi itulah saya tak minum kopi, tak minum teh. Hahahahaha pelik-pelik memang saya la. 

Haa sebut pasal kopi, hampa suka minum kopi tak? Kalau suka minum kopi, kopi apa yang hampa suka? Sebab kalau kat rumah saya ni, jarang nak minum kopi sebab family saya terutama abah lebih gemar minum susu. Takpun teh. Kopi tu ikut mood la. Kalau minum kopi, family saya suka minum kopi cap gantang. Kopi ni famous teruk kalau belah utara ni. Paduuuu, pekat, likat pastu terangkat. Tu apa yang family saya kata la, sebab macam saya kata, saya tak minum kopi hihihi.

Semalam dekat facebook Dewan Bahasa dan Pustaka, ada satu live ni yang bertajuk misteri kopi. Fuh tajuk pun dah macam menarik kan, memanggil-manggil diri ini untuk join. Live ni disampaikan oleh Dr Alia. Boleh dikatakan Dr Alia ni seorang coffee lover. Dah banyak sangat kafe yang beliau lawati dan dah bermacam juga jenis kopi yang beliau cuba. Jadi dalam live semalam, Dr Alia ada berkongsi mengenai jenis jenis kopi mcm Latte, Flat white dan sebagainya.

Menarik okay live tu! Memang sesuai la untuk golongan Coffee Lover bagi menambahkan lagi pengetahuan tentang kopi. Jangan lupa tengok ya semua! Dr Alia pun ada berkongsikan resepi membuat latte dengan mudah, jadi boleh buat sendiri kat rumah ! Okay la setakat ni saja, make sure korang semua support Dr Alia okiesssss ~

Anyeongggggg ~


KOMEN 1


KOMEN 2


KOMEN 3


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...