Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 RINGKASAN CERITA SOSIAL 2 SAYA YANG ISTIMEWA

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.


RINGKASAN CERITA SOSIAL 2

Cerita sosial 2 yang bertajuk Saya yang Istimewa mengisahkan sebuah keluarga iaitu Bapa, Ibu, Alim, abang Imran, kak Madihah dan Aisyah sedang menikmati masa lapang pada waktu hujung minggu. Mereka berkumpul bersama-sama sambil menikmati hidangan buah-buahan tempatan yang dibeli oleh bapa di Pasar Tani. Semasa sedang seronok menikmati buah-buahan itu, Alim telah menunjukkan sikap yang mulia dan wajar untuk dijadikan teladan. Alim memberitahu ibu bapanya bahawa dia ingin memberi sedikit daripada buah-buahan yang mereka ada kepada jiran baik mereka yang kebetulan pada ketika itu sedang menyiram pokok bunga. Jiran tersebut ialah Sulaiman iaitu merupakan anak kepada Mak Cik Timah dan Pak Cik Yaakub. Perbuatan Alim yang memuliakan jiran itu menyentuh hati ibunya yang berada bersamanya ketika itu. Ibunya memuji tindakannya itu lalu tanpa berlengah menyiapkan bungkusan plastik untuk diisi dengan buah-buahan untuk diberikan kepada jiran mereka iaitu Sulaiman. Alim sendiri yang menghantar buah-buahan itu kepada Sulaiman. Sulaiman yang menerima buah tangan itu berasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Alim sekeluarga. Kebaikan yang dilakukan Alim juga tidak terhenti disitu. Selepas makan, Alim membantu ibu dan ayahnya untuk mengemas sisa-sisa sampah daripada buah-buahan lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang patut dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat. Hal ini demikian kerana, tolong menolong itu merupakan perbuatan yang mulia. Selepas selesai mengemas, Alim keluar untuk membasuh basikalnya. Semasa membasuh basikalnya, dia didatangi Mak Cik Timah iaitu mak kepada Sulaiman. Mak Cik Timah menyapanya untuk mengucapkan terima kasih kepada Alim dan keluarganya kerana telah berkongsi sedikit rezeki bersama mereka. Alim kemudiaannya menunjukkan sikap yang baik lagi apabila bercakap dengan Mak Cik Timah dengan penuh kesantunan dan budi bahasa. Alim memberitahu Mak Cik Timah bahawa itu sudah menjadi tanggungjawab setiap jiran untuk berlaku baik dengan jiran-jirannya yang lain. Alim juga turut mengambil hati Mak Cik Timah dengan memuji kebaikan yang ada pada keluarganya. Mak Cik Timah kemudiannya tertarik dengan budi bahasa yang ditunjukkan oleh Alim terhadapnya menyebabkan Mak Cik Timah memuji Alim kembali. Bukan itu sahaja, Mak Cik Timah turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga. Itulah ganjaran yang selayaknya diperoleh oleh mereka yang mengamalkan sikap yang baik terhadap insan lain. Banyak pengajaran yang dapat diperolehi daripada Alim. Walaupun Alim masih kecil namun sikap dan perwatakan yang dibawanya cukup matang.  Ini menunjukkan dia mendapat Pendidikan yang sempurna daripada kedua ibu bapanya. Alim dididik untuk mementingkan orang di sekitarnya melebihi dirinya. Benarlah kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Antara sikap baik yang ditunjukkan Alim dalam cerita sosial 2 Saya yang Istimewa adalah suka berkongsi. Sikap suka berkongsi tidak dapat dinafikan lagi merupakan satu amalan yang mulia. Sikap ini juga dituntut dalam agama. Selain itu, Alim juga seseorang yang sangat mementingkan jiran. Sikap berbuat baik terhadap jiran juga merupakan suatu tuntutan. Alim juga mengamalkan sikap tolong menolong antara keluarga. Sikap tersebut dapat mengeratkan lagi tali ikatan antara keluarga dan memupuk rasa kasih saying yang mendalam. Akhir sekali, Alim menunjukkan kesantunan dan budi bicara yang sangat tinggi semasa dia bercakap dengan orang yang lebih tua padanya. Alim merupakan contoh teladan yang baik dan boleh diikuti dalam kehidupan harian kita.

(510 PATAH PERKATAAN)



 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...