RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
1. BILANGAN KATA KERJA, KATA ADJEKTIF, KATA KATA NAMA, KATA GANTI NAMA, KATA SENDI, KATA ARAHAN DAN KATA TANYA
Kata/ Cerita Sosial |
Cerita Sosial 1: Nenek dan datuk |
Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa |
Cerita Sosial 3: Keluarga saya |
Cerita Sosial 4: Hati |
Cerita Sosial 5: Jiran |
Kata Nama |
Alim - 46 Nenek dan datuk- 14 Ibu- 3 Bapa- 3 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Melaka- 1 Reban- 7 Ayam dan itik- 10 Kampung- 5 Rumah- 5 |
Alim - 30 Ibu- 14 Bapa- 7 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 3 Sulaiman- 12 Jiran- 2 Rumah- 5 Buah-buahan - 5 Buah rambutan- 2 Buah manggis- 4 Buah duku- 1 Buah langsat- 1 Buah durian - 1 Pasar tani- 1 |
Alim - 43 Ibu- 16 Bapa- 6 Kak Madinah- 3 Abang Imran- 3 Aisyah- 4 Jiran- 2 Rumah- 5 Keluarga- 7 |
Alim - 40 Nenek- 1 Ibu-10 Bapa- 1 Kak Madinah- 1 Abang Imran- 1 Aisyah- 1 Guru besar- 1 Rakan- 6 Sekolah 5 Jiran - 1 Kek cawan- 5 Sayur bayam- 1 |
Alim - 36 Ibu- 5 Bapa- 2 Kak Madinah- 4 Abang Imran- 6 Aisyah- 4 Sulaiman- 7 Klinik- 1 Jiran- 3 Buku- 10 |
Kata Ganti Nama |
Mereka- 3 |
Dia- 2 Kita- 4 Kamu- 1 -nya - 4 |
Dia- 2 Saya- 9 Kami- 1 Mereka- 2 -nya - 1 |
Tiada |
Dia- 3 Saya- 1 Kamu- 1 Mereka- 5 -nya - 1 |
Kata Adjektif |
Hairan- 1 Keliru- 1 Marah - 1 Sedih- 3 |
Sedih- 3 Tersenyum- 2 Gemar- 1 Baik- 8 |
Ketawa- 1 Tersenyum- 5 Baik- 1 Sayang- 3 Rindu- 2 Penyayang- 1 Rajin- 2 Tersengih- 1 Sabar- 1 |
Tersenyum- 1 Rajin- 1 Pandai- 5 Bangga- 1 Suka- 1 Baik hati- 1 |
Sedih- 2 Tersenyum- 1 Gembira- 1 Suka - 1 Pemurah- 2 Sakit- 3 Kaku- 1 Sembuh- 2 Sihat- 2 |
Kata Kerja |
Pulang- 1 Bermain- 1 Mengeluarkan- 1 Menangis- 8 Mengangkat- 1 Berjalan- 1 Berdiri- 1 Menonton- 2 Menolong- 1 |
Menolong- 1 Membawa- 1 Membeli- 3 Panggil- 1 Melompat-lompat - 1 Berkongsi - 4 Mengasingkan- 1 Mengambil- 1 Memberikan- 1 Menyapu- 1 Memandang- 1 |
Bermain- 1 Berjalan- 1 Menolong- 6 Mengutip- 1 Mengemas- 1 Menyimpan- 1 Menyapu- 2 Memegang- 2 Memujuk- 1 Belajar- 2 |
Membawa- 3 Berkongsi- 2 Memberikan- 1 Mengemas- 1 Belajar- 1 Beritahu- 1 Mengusap-usap - 1 Memakai- 1 Mengajar- 3 Membeli-3 Membayar-2 Duduk-1 |
Menangis- 2 Membawa- 1 Berkongsi- 3 Memberikan- 1 Mengemas- 1 Menyusun- 2 Membaca- 2 Melambai-lambai - 1 |
Kata Sendi |
Ke - 6 Di - 16 Untuk - 2 Dari - 3 Kepada - 1 Daripada - 1 |
Ke - 9 Di - 2 Dari - 2 Kepada - 4 Pada - 1 |
Ke - 7 Di - 6 Untuk - 9 Kepada - 2 |
Ke - 6 Di - 5 Untuk - 9 Kepada - 2 Daripada - 1 Pada - 1 |
Ke - 3 Di - 3 Kepada - 1 Pada - 1 Tentang - 1 |
Kata Arahan |
Tiada |
Mari - 1 Jangan - 1 |
Mari - 1 Tolong - 1 |
Tiada |
Tiada |
Kata Tanya |
Kenapa - 1 Apa - 1 Di mana - 1 |
Kenapa - 1 Di mana - 1 |
Bagaimana - 3 Apa - 1 |
Kenapa - 1 |
Kenapa - 1 |
CERITA SOSIAL 1 : NENEK DAN DATUK
WATAK
& PERWATAKAN |
1. Alim Merupakan seorang
kanak-kanak yang penyayang yang sangat sayang akan keluarganya dan juga
haiwan peliharaan atuk dan neneknya iaitu ayam dan itik. 2. Ibu Mana tak tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi, seperti Alim, ibu juga merupakan seorang yang penyayang,
lemah lembut dan mempunyai nilai keibuan yang tinggi. Ibu sangat sayang akan
anak-anak serta keluarganya. 3. Ayah Merupakan seorang yang
sangat bertanggungjawab terhadap keluarganya. Ayah juga merupakan seseorang
yang sangat menekankan nilai kekeluargaan yang tinggi. 4. Abang Imran Merupakan anak sulung
dalam keluarga tersebut. Imran merupakan abang yang bertanggungjawab terhadap
adik beradiknya. 5. Kak Madinah Merupakan anak kedua
daripada 4 adik beradik tersebut. Madinah merupakan seorang kakak yang
bertanggungjawab terhadap keluarganya dan adik-beradiknya 6. Aisyah Merupakan anak bongsu
dalam keluarga. Namun begitu aisyah merupakan seseorang yang sangat bertolak
ansur. 7. Nenek Merupakan seorang yang
sangat lemah lembut dan penyayang terhadap anak dan cucunya. 8. Datuk Merupakan seorang yang
penyayang terhadap anak dan juga cucunya. |
LATAR MASA | - 30 Minit perjalanan pulang ke kampung |
LATAR TEMPAT |
Reban ayam : tempat
Alim bermain dengan ayam dan itik peliharaan Datuk dan Nenek Ruang tamu rumah datuk
dan nenek : tempat Alim dan adik beradiknya yang lain menonton
televisyen Kereta : tempat
Ayah, Kak Madinah, Abang Imran, mengambil beg dan Aisyah mencari mainannya Dapur : tempat Alim
dan adik beradiknya bergelak ketawa |
LATAR MASYARAKAT | - Masyarakat yang penyayang dan berkasih sayang - Masyarakat yang bertanggungjawab - Masyarakat yang tinggal di Kampung - Masyarakat yang berkeluarga |
SINOPSIS |
Cerita sosial mengisahkan
tentang Alim dan keluarganya yang pulang ke kampung halaman mereka yang
terletak di Kajang, Selangor. Alim sangat teruja dengan perjalanan pulang ke
Kampung ini kerana dia tidak sabar untuk bermain dengan itik dan ayam
peliharaan datuk dan neneknya kerana Alim merupakan seorang yang sukakan
haiwan. Setibanya di Kampung selepas 30 minit perjalanan, kegembiraan Alim
berubah apabila dia mendapati reban ayam dan itik itu sudah tiada. Alim
merasa begitu sedih sehingga dia tidak dapat menyorokkan kekecewaannya itu.
Alim kemudiannya menangis teresak-esak. Nenek yang sedari akan kejadian itu,
kemudiannya menenangkan alim dan memujuknya dengan memimpin tangan Alim dan
mereka menuju ke suatu tempat. Tempat tersebut merupakan reban ayam dan itik
yang baru. Ayam dan itik yang disangkakan telah hilang oleh Alim, rupanya telah
dipindahkan oleh datuk dan nenek ke reban yang baru. Emosi Alim daripada
sedih terus berbah menjadi gembira. Kegembiraan Alim kemudiannya dapat
dilihat apabila dia bergelak ketawa Bersama adik beradiknya di dapur. |
WATAK
& PERWATAKAN |
1. Alim Seorang kanak-kanak yang sayangkan keluarganya dan suka berkongsi
sesuatu dengan semua orang. 2. Bapa Seorang yang bertanggungjawab dan sayang akan keluarganya. 3. Ibu Seorang wanita yang baik hati, penyayang dan pembersih. 4. Abang Imran Seorang abang yang bertanggunjawab dan sentiasa menjaga adik-adiknya
dengan baik. 5. Sulaiman Seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan rumah Alim, dan
merupakan kawan baik Alim. 6. Mak Cik Timah Ibu kepada Sulaiman dan
seorang yang penyayang dan baik hati. |
LATAR MASA | Pada hari Ahad yang lalu, … - Bapa membeli buah-buahan di pasar tani pada hari Ahad yang lalu. |
LATAR TEMPAT |
Pasar tani : Bapa membeli buah-buahan dari pasar tani pada hari
Ahad yang lalu. Rumah : Bapa menyuruh Abang Imran memanggil Kak Madinah, Alim,
Aisyah dan ibu untuk makan buah-buahan bersama-sama. Rumah Sulaiman :
Alim pergi ke rumah Sulaiman untuk berkongsi buah-buahan yang dibeli bapa. |
LATAR MASYARAKAT |
- Masyarakat yang suka berkongsi - Masyarakat yang bertanggungjawab - Masyarakat yang penyayang - Masyarakat yang mementingkan kebersihan |
SINOPSIS |
Cerita sosial 2 ini
mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim suka
berkongsi apa sahaja yang dimilikinya dengan orang lain kerana dia belajar
yang berkongsi itu adalah perkara yang baik. Pada hari Ahad yang lalu, bapa
membeli buah-buahan dari pasar tani untuk dimakan bersama di rumah. Ketika
sedang makan bersama, Alim meminta izin dari ibu untuk memberi buah-buahan
kepada Sulaiman. Ibu membenarkan Alim untuk berkongsi buah-buahan kerana
sifat berkongsi adalah sifat yang baik. Dalam perjalanan pulang ke rumah
setelah memberi buah-buahan kepada Sulaiman, Ali terserempak dengan Mak Cik
Timah (ibu Sulaiman). Mak Cik Timah memuji sikap Alim yang baik hati dan suka
berkongsi dengan orang lain. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kerana
memberi buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Alim pulang ke rumah dengan
rasa gembira kerana dia dapat berkongsi rezeki dengan orang lain. |
WATAK &
PERWATAKAN |
1. Alim Seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun, periang, baik hati, suka
menolong ibu bapa dan sayang akan keluarganya. 2. Bapa Bapa bernama Ismail, seorang yang bertanggujawab dalam mendidik
anak-anak dan penyayang. 3. Ibu Ibu bernama Kamilah, seorang yang lemah-lembut, sopan-santun dan
penyayang akan keluarganya. 4. Abang Imran Abang bernama Imran, merupakan anak sulung, sangat bertanggujawab dan
saling tolong-menolong 5. Kakak Madinah Kakak bernama Madinah, rajin, selalu mengajar Alim untuk mengemas
rumah, baik hati dan rajin. 6. Aisyah Adik perempuan yang
bernama Aisyah dan seorang periang. |
LATAR MASA | - Setiap hari, adik-beradik Alim akan menolong untuk membuat kerja rumah - Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. |
LATAR TEMPAT |
Rumah :Tempat tinggal Alim dan keluarganya Dapur :Tempat untuk makan
dan memasak Alim dan keluarganya. |
LATAR MASYARAKAT | 1. Masyarakat yang rajin Alim dan adik-beradiknya rajin membuat kerja rumah. 2. Masyarakat yang saling tolong-menolong Alim sering menolong adik perempuannya untuk mengemas permainan setelah bermain. 3. Masyarakat yang bersabar Ibu sentiasa bersabar ketika mengajar Alim untuk menggunakan penyapu dengan betul. 4. Masyarakat yang penyayang Alim sangat sayang akan keluarganya. |
SINOPSIS |
Cerita Sosial 3 ini
mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim dan keluarganya.
Alim sangat sayang akan keluarganya. Pada setiap hari, Alim dan
adik-beradiknya akan menolong ibu bapa untuk mengemas rumah. Abang dan kakak
mengajar Alim untuk menyapu sampah dengan betul. Kadang-kala, Alim gagal
untuk menggunakan penyapu dengan betul dan menyebabkan dia berasa sedih.
Akhirnya, Ibu mengajar Alim dengan betul. Setiap hari, Alim cuba memahami
kerja mengemas rumah dan belajar bersabar serta menjadi rajin. Kini, Alim
pandai mengemas rumah dan dia sangat sayangkan keluarganya. |
WATAK & PERWATAKAN |
1. Alim Seorang kanak-kanak yang baik hati, ceria, sayang
akan keluarganya dan bercita-cita tinggi. 2. Ibu Seorang wanita yang baik hati, lemah lembut,
penyayang dan bertanggungjawab. 3. Bapa Seorang yang bertanggungjawab dan penyayang akan
keluarganya. 4. Cikgu Anis Seorang guru yang baik hati, penyayang dan
prihatin. |
LATAR MASA | - Semalam, ibu beritahu hari ini hari lahir Alim. - Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. - Hari ini hari lahir Alim - Minggu lepas Cikgu Anis membawa Alim dan rakan-rakan ke pasar tani. |
LATAR TEMPAT |
Sekolah : Tempat belajar bagi Alim dan
rakan-rakan, serta tempat kerja bagi cikgu Anis dan guru-guru lain. Kelas : Tempat Alim dan rakan-rakan belajar. Pasar tani : Tempat Alim, rakan-rakan dan
cikgu Anis melawat yang menjual sayur-sayuran dan makanan laut. |
LATAR MASYARAKAT | - Masyarakat yang berkongsi - Masyarakat yang baik hati - Masyarakat yang hormat menghormati - Masyarakat yang berterima kasih - Masyarakat yang berkasih sayang |
SINOPSIS |
Cerita Sosial 4 ini
mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Hari ini merupakan
hari lahir Alim. Semalam, ibu sudah memaklumkan kepada Alim bahawa hari ini
hari lahir Alim. Sebelum ke sekolah, Alim tidak lupa untuk bersalaman dengan
bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Ibu bangga dengan Alim kerana Alim
sudah pandai dan boleh menjaga diri sendiri. Hal ini kerana di sekolah Cikgu
Anis selalu mengajar Alim dan rakan-rakannya untuk menjaga diri dan
nilai-nilai murni yang lain seperti menghormati orang tua, menunduk apabila
berjalan di hadapan orang tua, mengucapkan terima kasih dan mengucapkan
selamat pagi kepada guru besar dan cikgu lain. Oleh kerana hari ini merupakan
hari lahir Alim, Alim berkongsi kek cawan yang dibawa dari rumah kepada
rakan-rakannya. Rakan-rakan Alim mengucapkan terima kasih dan Cikgu Anis
mengucapkan selamat hari lahir kepada Alim. Alim suka Cikgu Anis kerana Cikgu
Anis merupakan seorang guru yang baik hati dan Alim mahu belajar
bersungguh-sungguh serta menjadi seorang guru seperti Cikgu Anis. |
WATAK &
PERWATAKAN |
1. Alim Seorang kanak-kanak yang
sangat ceria, baik hati, pemurah dan penyayang. 2. Sulaiman Seorang kanak-kanak yang
merupakan jiran kepada Alim serta berperwatakan baik hati, pemurah dan suka
berkongsi. 3. Ibu Seorang wanita yang
sangat penyayang dan bertanggungjawab menggalas tugas sebagai ibu serta
merupakan ibu kepada Alim 4. Abang Imran Seorang abang yang
prihatin terhadap kesihatan adiknya. 5. Kakak Madinah Seorang kakak yang
prihatin terhadap kesihatan adiknya. 6. Aisyah Seorang adik yang
prihatin dan penyayang terhadap kesihatan abangnya. |
LATAR MASA | - Pada waktu petang dan malam, Alim akan membaca buku. - Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. |
LATAR TEMPAT |
Klinik : Tempat
Alim mendapat rawatan kerana Alim jatuh sakit. Pagar rumah : Tempat
Alim menyerahkan buku cerita kepada Sulaiman. |
LATAR MASYARAKAT | - Masyarakat yang suka berkongsi. - Masyarakat yang suka membaca buku. - Masyarakat yang penyayang. |
SINOPSIS |
Cerita sosial 5
mengisahkan tentang Alim merupakan seorang kanak-kanak mengemari membaca
buku. Buku tersebut diberi oleh bapa, ibu, kakak dan abang. Buku-buku
tersebut akan disusun mengikut abjad. Alim berasa amat gembira mendapat
banyak buku. Alim juga suka berkongsi buku ceritanya kepada jirannya,
Sulaiman. Alim dan Sulaiman sering berkongsi apa yang mereka ada. Mereka
tidak lokek antara satu sama lain. Pada suatu hari, Alim jatuh sakit dan
dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Abang, kakak, adik
berasa sedih apabila melihat Alim terlantar sakit. Mereka berdoa agar Alim
segera sembuh. Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Alim pun hidup seperti
sedia kala kembali membaca buku dengan abang, kakak, dan adiknya. |
Kandungan dalam Cerita Sosial
Judul |
Teks |
Tema |
Sampel/Bahan |
Jenis |
Nenek dan Datuk |
Cerita pendek |
Kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa,
Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Saya yang Istimewa |
Cerita pendek |
kekeluargaan |
Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Keluarga |
Cerita pendek |
kekeluargaan |
Ibu, bapa, Imran, Madinah,
Aisyah, Alim |
Penceritaan |
Hati |
Cerita pendek |
Kemasyarakatan |
Ibu, cikgu, Alim, rakan-rakan |
Penceritaan |
Jiran |
Cerita pendek |
Kejiranan |
Ibu, Madinah, Imran, Aisyah,
Sulaiman, Alim |
Penceritaa |
Jadual di atas menunjukkan kandungan dalam cerita sosial yang Model
Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak ( Normaliza Abd Rahim, 2018
). Kandungan bermaksud teks/tulisan atau ucapan/interaksi dalam sesebuah
konteks ( pendekatan analsiis wacana , rajah 5 dalam bab 2 ).
Cerita berjudul “ Nenek dan Datuk”, “ Keluarga Saya”, “ Saya yang
Istimewa”, “ Hati” dan “Jiran” ialah cerita kanak-kanak. Setiap cerita
mempunyai temanya iaitu “ Nenek dan
Datuk”, “ Keluarga Saya”, “ Saya yang Istimewa” bertemakan kekeluargaan, “Hati”
bertemakan kemasyarakatan dan “Jiran” bertemakan kejiranan. Cerita sosial di
atas menunjukkan kepelbagaian tema dalam kehidupan.
Setiap cerita terdiri daripada watak-watak ahli keluarga seperti watak
ibu, bapa, datuk, nenek, abang Imran, kak Madinah, Aisyah serta Alim.
Seterusnya, watak jiran pula terdiri daripada watak Mak Cik Timah dan anaknya
Sulaiman (seorang kanak-kanak istimewa). Watak cikgu Anis dan rakan-rakan Alim
pula watak di sekolah.
Kelima-lima cerita sosial di atas memaparkan bentuk penceritaan kerana
terdapat jalan cerita (plot) bentuk penceritaan dan dialog. Tujuan dialog dalam
penceritaan adalah untuk memperkuatkan lagi jalan cerita dan setiap watak
berpeluang untuk memberikan ujaran.
Konteks dalam Cerita Sosial
Judul |
Tatabahasa |
Latar |
Emosi |
Nenek dan Datuk |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Kampung nenek dan datuk. |
Gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati |
Saya yang Istimewa |
Penggunaan kata dan ayat yng mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu dan bapa |
Gembira, puas hati, sedih |
Keluarga |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu dan bapa |
Gembira, resah |
Hati |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Sekolah, rumah, jiran |
Gembira |
Jiran |
Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk
semua termasuk kanak-kanak istimewa. |
Rumah ibu bapa dan jiran |
Gembira, simpati, ambil berta, sedih |
ANDAIAN
Tajuk Cerita Sosial |
Andaian |
Keluarga Saya |
- Cerita ini memerihalkan mengenai keluarga Alim, seorang
budak lelaki berumur 9 tahun. Keluarganya terdiri daripada ibu, bapa, abang,
kakak dan adik Alim. Keluarga Alim memastikan bahawa Alim kenal setiap ahli
keluarga. Perkara ini jelas apabila Alim menyebut setiap ahli keluarga sambil
menunjuk dengan jarinya ke arah gambar yang terletak pada dinding rumah. Alim
sentiasa ingat nama mereka kerana nilai kasih sayang dalam keluarga Alim
telah diterapkan sejak awal lagi supaya setiap ahli keluarga dikenali dengan
nama dan wajah mereka. - Alim merupakan seorang anak yang suka menolong membuat
kerja rumah kerana diajar sejak kecil untuk mengemas permainan. Bukan sahaja
Alim, tetapi adiknya Aisyah juga diajar untuk mengemas setelah bermain
walaupun kadangkala Aisyah terlupa, tetapi dia selalu melihat Alim membuat
perkara tersebut dan mengikutinya. Alim seorang kanak-kanak istimewa tetapi
mempunyai daya ingatan lebih kuat berbanding Aisyah. - Ibu selalu memuji Alim untuk memberikan motivasi kepada
Alim dan untuk mengingatkan Alim untuk membuat perkara-perkara yang baik. - Alim bersifat selalu ingin belajar. Alim belajar
menyapu sampah daripada Abang Imran dan Kakak Madinah. Kedua-dua kakak dan
abang Alim menunjukkan nilai baik hati, bertanggungjawab dan tolong menolong
kerana mereka tahu bahawa Alim seorang adik istimewa dan perlu diberikan
contoh teladan yang baik. - Kasih sayang ibu terhadap Alim terserlah kerana ibu
sentiasa menunjukkan nilai kasih sayang dalam diri Alim. Ibu selalu memujuk
Alim apabila Alim berasa keliru, resah dan kecewa. Nilai kesabaran dalam diri
ibu memberikan ruang kepada Alim untuk mencuba perkara baharu. - Alim sentiasa berusaha setiap hari walaupun kadangkala
berjaya dan juga gagal. Alim berusaha dengan pertolongan ahli keluarganya.
Walaupun Alim tidak tahu erti sabar dan rajin, dia telah menunjukkan nilai
tersebut dalam dirinya |
Nenek dan Datuk |
- Cerita ini memerihalkan mengenai Alim dan keluarganya
yang pulang ke kampung. Alim kelihatan gembira dan tidak sabar untuk bermain
dengan binatang ternakan nenek. Hal ini jelas apabila setiba di kampung, Alim
pertama sekali mencari binatang ternakan neneknya itu namun, Alim kelihatan
resah apabila tidak berjumpa dengan binatang yang dicari. - Alim tidak tentu hala emosinya. Alim sedih, marah dan
menangis kerana tidak tahu mengapa ayam dan itik tidak ada di kampung. “ Alim buat apa di sini?” “Ayam dan itik tidak ada!” Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tidak aada di dalam reban. Alim
sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim sedih. Alim menangis “ Alim, tengok tu,” kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam
dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Kelihatan datuk berdiri
di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama. “ kenapa ayam dan itik tinggal di sana?,” tanya Alim keliru. Alim
berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim
tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang
berdiri di sebelah Alim. - Perbualan antara Alim dan nenek serta datuknya
menunjukkan bahawa terdapat persoalan dan rujukan. Soalan “Alim buat apa di
sini” dan “kenapa ayam dan itik tinggal di sana” kedua-duanya jelas
menunjukkan bahawa nenek dan datuk serta Alim menginginkan kepastian - Soalan yang ditanyakan oleh nenek adalah untuk
mendapatkan kepastian tentang mengapa Alim menangis kerana mungkin mereka
beranggapan bahawa Alim sakit ataupun lapar sehingga menangis. - Alim pula masih tidak faham dan masih sedih dengan
keadaan tersebut dan beranggapan bahawa ayam dan itik sudah mati. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa Alim sangat
menyayangi binatang tersebut lalu dia menangis kerana kecewa. Namun,
setelah mendapat jawapan tentang ayam dan itik, Alim gembira semula dan pergi
bermain dengan ayam dan itik dan meninggalkan datuk dan nenek yang berdiri di
sebelahnya. - Alim mempunyai kedaan dan perasaan yang tidak stabil,
iaitu dia akan keliru pada bila-bila masa sahaja. Dia tidak akan berpuas hati
jika satu-satu perubahan itu berlaku. Sebagai contohnya, Alim keliru apabila
keadaan dan susunan perabot dirumah nenek dan datuk tampak berlainan daripada
sebelumnya. Perasaan Alim menjadi sedih dan dia terus menangis. - Nenek dalam cerita ini berperwatakan lemah lembut dan penyayang.
Nenek akan cuba memujuk alim dengan bercerita secara terperinci tentang
setiap perabot dalam rumah tersebut. Sejajar dengan itu, ibu bapa Alim juga
turut membantu Alim dalam setiap keadaan. - Cerita ini jelas menujukkan kasih sayang dalam keluarga
Alim. Buktinya, walaupun emosi Alim kadangkalanya tidak menentu, mereka tetap
melayan gelagat Alim dan mereka senytiasa kelihatan gembira. |
Saya yang Istimewa |
- Dalam cerita ini, jelas sekali dapat dilihat bahawa
bapa Alim merupakan seseorang peribadi yang sangat sayang akan anak-anaknya.
Bapa tahu akan buah-buahan kesukaan anak-anak lalu dia membeli banyak
buah-buahan tersebut di pasar tani. Peranan seorang bapa jelas menunjukkan
bahawa dia mempunyai nilai sosial bertanggungjawab dan penyayang. - Persoalan “di mana beli buah-buahan ini bapa?” oleh
abang Imran merujuk kepada buah-buahan yang dilihat olehnya. Bapa pula
memberikan jawapan yang jelas iaitu di pasar tani. Bapa menunjukkan nilai
keadilan apabila dia menyuruh Imran untuk memanggil ibu serta adik-adiknya
yang lain untuk menikmati buah-buahan itu bersama-sama. Imran juga
menunjukkan nilai ingin berkongsi. - Mereka sekeluarga menikmati buah-buahan yang dibeli oleh
bapa. Alim ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jiranya Sulaiman. Ini
jelas sekali menunjukkan bahawa ibu pernah mengajar Alim tentang nilai
berkongsi. Alim juga jelas masih ingat tentang nasihat ibu dan bapa untuk
berkongsi apa juga makanan atau barang dengan orang lain. Nilai baik hati
terserlah dalam perbuatan Alim. - Alim seorang yang baik hati. Dia telah memberikan
buah-buahan kepada Sulaiman. Sulaiman kelihatan sangat gembira lalu
mengucapkan terima kasih kepada Alim. Hal ini jelas membuktikan bahawa
Sulaiman mempunyai pekerti yang baik. Sifat Alim yang suka berkongsi dan
tidak tamak merupakan nilai sosial yang diperlukan untuk mengeratkan hubungan
antara jiran. - Alim dan adik-beradiknya mempunyai nilai
tolong-menolong. Nilai ini jelas terserlah dalam diri Alim apabila dia juga
membantu membuang sampah ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Nilai yang
diterapkan oleh ibu bapa dalam keluarga ini boleh dilihat sebagai satu nilai
yang amat berharga supaya mereka menolong orang lain jika diperlukan. - Alim juga diajar untuk bertegur sapa dengan orang yang
lebih dewasa. Perbuatan ini baik dan menunjukkan sikap hormat menghormati
dengan orang yang lebih tua. Sebagai contohnya, semasa Alim membuang sampah,
dia telah bertegur sapa dengan ibu Sulaiman. Perbualan mesra antara mereka
berkemungkinan kerana mereka sudah lama kenal. - - alim menunjukkan nilai ambil berat apabila Alim
bertanya kenapa mak cik Timah sedih selepas melihat raut wajah sedih mak cik
Timah. Malah, Alim juga bertanyakan hal ini supaya dia dapat membantu mak cik
Timah tersenyum semula. |
Hati |
- Alim mempunyai hubungan dengan orang lain selain
keluarganya. Ibu dan bapa menghantarnya ke sekolah supaya dia pandai
bersosial dengan orang lain. - Cerita tentang Alim meyambut hari lahirnya di sekolah
telah memberikanya ruang untuk bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Walaupun
Alim tidak faham makna hari lahir, dia tetap berterima kasih kepada ibu
kerana menyediakan kek cawan tersebut. - Tindakan ibu menunjukkan bahawa ibu mengambil berat
akan diri Alim. Nilai tanggungjawab dalam diri ibu Alim memberikan Alim
peluang untuk mempelajari segala sesuatu dengan baik. - Cerita ini juga memerihalkan penglibatan guru yang
mengajar Alim. Guru tersebut kelihatan pakar dalam kanak-kanak istimewa
kerana dia lebih tahu cara da strategi pembelajaran yang baik. Nilai tanggungjawab
seorang guru terpapar apabila guru tersebut kelihatan sabar dan
bertanggungjawab mengajar dengan ikhlas. - Cikgu Anis juga memberikan kesedaran tentang nilai
menghormati orang tua. Beliau merupakan seorang guru yang ikhlas dan jujur
dalam memberi pengajaran yang jelas. |
Jiran |
- Cerita ini memerihalkan Alim, keluarga dan jiranya,
Sulaiman. Alim gemar berkongsi dengan Sulaiman. Misalnya, Alim berkongsi
bukunya dengan Sulaiman. Perbuatan ini jelas menunjukkan bahawa Alim jelas
sekali menggambarkan nilai baik hati, ikhlas dan jujur dalam dirinya. Alim
menjelaskan kepada sulaiman tentang pengisian buku tersebut dan memberikan
buku itu kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim
setelah mendapat buku tersebut. - Alim tidak sihat dan jatuh sakit namun tidak tahu cara
untuk memberitahu ibu dan bapanya dan hanya berdiam diri dan tidak pernah
merungut. Hal ini menimbulkan kerisauan dalam keluarga mereka. Mereka semua
sedih dengan keadaan Alim. Kemungkinan juga mereka tertanya-tanya bilakah
Alim akan sihat dan mengapakah Alim selalu sakit. - Nilai kasih sayang dalam keluarga ini membuatkan mereka
menangis setiap kali Alim jatuh sakit. - Cerita ini diakhiri dengan Alim semakin sihat. Semua
ahli keluarga gembira semula kerana Alim sudah mula membaca buku cerita. Ahli
keluarga yakin bahawa Alim akan sembuh juga. Malah Alim kelihatan
melambai-lambai tanganya kearah Sulaiman. |
No comments:
Post a Comment