RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim, (2019). Multimedia Dalam Bahasa, Serdang: Universiti Putra Malaysia
NOTA : Mugshot merupakan gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. Tujuan mugshot adalah untuk mempamerkan raut wajah dengan cara yang terperinci dan wajah itu mudah dikenali oleh orang ramai. Mugshot juga digunakan sebagai gambar atau foto untuk kad pengenalan. Cara ini juga digunakan semasa membuat passport. Walaubagaimanapun, teknik mugshot ini tidak sesuai digunakan untuk video kerana akan berlaku pergerakan seseorang dalam rakaman tersebut.
MODEL : Nur Anis Syazwani Bt Muhammad Masulan (203012)
1. EMOSI GEMBIRA
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan model memberikan reaksi muka yang gembira. Hal ini dapat dilihat melalui senyuman yang diukirkan oleh model, setiap senyuman tersebut mempamerkan reaksi yang berbeza yang dapat dibezakan melalui kelebaran mata dan senyuman yang diberikan.
2. EMOSI KETAWA
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan model sedang ketawa. Terdapat perbezaan dalam reaksi ketawa yang cuba dipamerkan iaitu kelebaran mulut dan juga saiz mata yang cuba dikecilkan. Semakin luas mulut ketawa, semakin kecil mata disepetkan.
3. EMOSI TAKUT
HURAIAN: Gambar tersebut menunjukkan model sedang ketakutan. Hal ini dapat dilihat daripada reaksi yang berbeza yang diberikan oleh model iaitu dengan membuka sedikit mulut, menjatuhkan kening, mengerutkan dahi, menutup muka dan juga mata.
4. EMOSI GERAM
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan reaksi model yang sedang geram. Hal ini dapat dilihat menerusi reaksi yang cuba ditonjolkan oleh model iaitu dengan mengetapkan gigi, mengerutkan dahi, menjegilkan mata dan memuncungkan bibir.
5. EMOSI MARAH
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan model yang sedang menahan kemarahan. Hal ini dapat dilihat menerusi jelingan mata yang diberikan dan juga ekspresi yang menjengkelkan yang dipamerkan sebagai tanda protes dan kemarahan.
6. EMOSI TERKEJUT
HURAIAN: Gambar tersebut menunjukkan model sedang dalam keadaan terkejut. Hal ini dapat dilihat menerusi reaksi yang diberikan iaitu mata dan mulut dibundarkan serta kening berada dalam keadaan lurus.
7. EMOSI SEDIH
HURAIAN: Gambar tersebut menunjukkan model sedang menzahirkan perasaan sedih. Hal ini dapat dilihat menerusi reaksi sedih yang cuba ditonjolkan iaitu kening dan mata berada dalam keadaan melekung, mata juga dipejamkan serta tangan digunakan untuk menghentikan tangisan.
GAMBAR KEHADIRAN (5/4/2021)
Mantap
ReplyDelete❤️
Delete😍😍
ReplyDelete❤️
Deletecantik laaaa..knapa cantik sangat.marah pon cntikk
ReplyDeleteSebab you pun cantik 🤪❤️
Deletetengok emosi gembira terus rasa 🥰🥰
ReplyDeleteAuchhh 🥺❤️
Delete