Monday, June 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-PERUBAHAN (INSTAGRAM)

Hai assalamualaikum semua, apa khabar hampa? baik dak? Okay harini nak terus jump into the topic, malas nak sembang qabung orang penang kata hahahahah. Okay, kita nak bercakap pasal tugasan yang seterusnya yang melibatkan posting di Instagram. Untuk kalini kami kena buat sebuah posting yang bertemakan perubahan. Macam menarik kan tema perubahan tu? Ya setiap orang akan lalui fasa perubahan tu. Tak kira lah perubahan apa sekalipun kan? dan harapnya perubahan itulah yang akan membawa kita kepada perkara yang benar. Hahahaha weh asal rasa macam sedih ni. Aigoooo sambung balik kepada fokus utama.


Macam posting sebelum-sebelum ni, sama juga macam posting kalini. Kami kena muatnaik gambar berserta caption yang bertemakan perubahan. Lepas dah post, kena bagi pandangan untuk lima orang kawan yang terpilih. Jadi komen dekat ig orang hehe. Kat bawah saya dah sertakan screenshot komen-komen saya pada posting kawan-kawan boleh lah intai-intai ahahhaha.

Anyeong ~

POST TUAN TANAH


POST KAWAN-KAWAN TUAN TANAH



BUKTI KEHADIRAN 


BBM3410-2021-MINGGU 10-TEKA TEKI-(FACEBOOK)

Assalamualaikum, hai hampa semua! Dah seminggu lebih tak update blog sebab baru keluaq dalam gua, hibernasikan diri selama 3 hari daripada assignment. Hahaha. Macam hampa semua tau, esok dah nak masuk week 11, jadi stress memang dah sampai lapisan langit ketujuh. Banyak assignment perlu dilunaskan ni. Jadi hadirnya saya harini sudah semestinya tidak lain dan tidak bukan nak melunaskan assignment.

Jadi pada entry sebelum ni saya ada berkongsikan tugasan berpantun. Betul tak? Jadi berpantun sudah, sekarang ni kita nak main teka teki pulak. Ha untuk teka teki ni kami dikehendaki untuk mencipta sendiri. Jadi memang haquuu jadinya, bak kata orang penang. Hampa mesti nak tengok kan macam mana rupa kami berteka-teki? Jadi aku kongsikan serba sikit kat bawah ni okay. Hat mana saya sempat jawab.


POST TUAN TANAH


POST KAWAN-KAWAN TUAN TANAH




Haaa macam mana? Meriah tak meriah kami dok berteka teki hahahaha. Dah macam pertandingan dah. Okay lah sampai ketemu lagi.


Anyeonggggg chingu yaaaa ~


BUKTI KEHADIRAN



BBM3410-2021-MINGGU 10- VIDEO TRAGEDI-DIEZ

Assalamualaikum semua! Salam penghujung semester, salam final exam tak lama lagi, salam dah ready ke tu hahahaha. Okay saya nak tanya ... setakat ni hampa dah tengok banyak sangat video yang Diez Production hasilkan antaranya vlog raya, one shot one layer, one shot two layer, one shot three layer, lepastu kita ada video seram, dan yang terbaru video fokus. Jadi saya nak tanya lah, hampa bosan dak asyik tengok video kami ja? Hahahahaa bukan apa ... kalau dak saya nak jamu lagi satu video yang dihasilkan video Diez. Nak tau dak video apa? VIDEO TRAGEDI! yes sumpah menarik. Hampa taudak video tragedi ni apa?

Video tragedi ni seperti namanya lah, dia melibatkan video yang ada scene-scene yang kita boleh anggap tragedi macam video accident, lepastu lemas, tercekik dan sebagainya. Jadi kalini Diez kembali dengan idea nak buat video tragedi yang terinspirasikan daripada sebuah filem tragedi iaitu Final Destination. Haaaa siapa ja kan tak pernah tengok final destination betul tak?

Filem final destination tu dia melibatkan sekumpulan individu yang bermain permainan yang ada sumpahan iaitu truth or dare. Selepas main permainan tu, satu demi satu daripada pemain tu akan ditimpa bala yang dahsyat.

So kami Diez, terinspirasi daripada cerita tu lah. Taknak tulis panjang-panjang, hampa pun mesti nak tengok kan video Diez tu? Jangan risau saya akan selitkan kat bawah okay? 

Anyeonggggg ~

VIDEO TRAGEDI DIEZ


BUKTI KEHADIRAN

Sunday, May 30, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS-DIEZ

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Assalamualaikum dan hai hampa semua, macam mana hampa, okay dak tu? 1 Jun ni nak start lockdown dah. Kalau ini yang terbaik untuk kita, kita akur dan patuh arahan. Marilah kita sama-sama doakan supaya kes dekat Malaysia ni berkurangan dan kita dapat kembali semula ke Kampus pada semester hadapan. Walaupun dah 3 kali semester mengharapkan perkara yang sama dan masih tiada rezeki tapi semoga kita tak berputus asa dalam percaya perancangan Allah. Inshaallah.

Walaupun negara nak lockdown tapi assignment dan hal-hal universiti tak lockdown yaaaa sentiasa ada dan akan ada. Jadi marilah kita sama-sama hadap ya. Sikit je lagi esok dah week 10. Hehe. Okay haritu kita dah bercakap pasal video seramkan? Okay sekarang kita nak bercakap pasal video fokus pula. Tahu tak video fokus tu apa? Video fokus tu video yang tak ada dialog dan hanya menunjukkan pergerakan ja. Tak ada mimik ataupun ekpresi muka sebab kamera hanya fokus pada bahagian badan dan juga pergerakan tangan dan kaki. Haa macam mana dah faham kan? 

Untuk video fokus ni, istimewa sikit bagi saya sebab saya sendiri yang berlakon dan sendiri juga yang edit hahaha. Allah je tahu penat nak buat video tu padahal video tiga minit je pun. Shoot video dari siang ke malam, tah berapa banyak take. Semua tu semata-mata nak figure out angle kamera ja okay. Untuk mengedit pula ada lah sampai ke lepas subuh semalam. hahaha. Tak apa yang penting siap dan puas betul tak? Thank you banyak-banyak kat sahabat zaman sekolah yang terpaksa jadi bidan terjun tolong saya berlakon. 

Selamat menonton ya semua, anyeongg ~



BUKTI KEHADIRAN

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO SERAM-DIEZ

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Assalamualaikum, hai semua! Pejam celik pejam celik eh dah siap video seram! kalau korang nak tahu lah video seram ni yang paling aku ambil tahu, sejak minggu pertama okay ahahah. Masa tu ada lah search dekat youtube sebab nak tengok hasil kerja senior-senior dulu lepastu nak tahu gambaran tugasan untuk subjek ni. Sekali hampa oi terjumpa video seram ni. Masa tu panik ahhhh aku kena jadi hantu ka apa ni hahaha. Tengok-tengok dah siap dan pun. Alhamdulillah tak kena jadi hantu tapi buli kawan jadi hantu hahahaha. 

Berkenaan dengan video hampa sendiri pun rasa dah tau kot apa tu video seram. Ya seperti namanya video ni berkenaan dengan benda mistik-mistik lah. Tapi takda lah kami sampai pi memuja atas busut ataupun main spirit malam-malam, itu syirik tu. Ouh sebelum tu nak bagitau yang ni tugasan berkumpulan jadi memang best lah berlakon ramai-ramai dengan Diez ahahaha. 

Untuk video seram ni kami memang sepakat nak buat cerita pasal kami tengok satu movie yang berhantu yang mana siapa tengok movie tu mesti kena kacau. Lepastu terjadilah satu persatu gangguan yang berbeza. Ada yang anak patung jatuh la, ada yang menari ulek mayang lah. Macam-macam hampa wei, sampai kadang tu confius ni seram ka komedi. Tapi anggap ja lah komedi seram okay! Sebab biasalah bila dengan kawan-kawan ni hantu pun takut hahaha. 

Jadi takmau sembang panjang-panjang hampa tengoklah sendiri rupa apa video kami ahahaha. Selamat menonton dan semoga terhibur tau hahaha.

Haih untuk sejenis yang sentimental macam aku ni kan, tengok video seram pun nak nangis rasa. Lepas grad kalau tengok balik mesti rindu haih. okay anis stop hahaha.

Anyeongggg ~



BUKTI KEHADIRAN

BBM3410-2021-MINGGU 9-TAKSONOMI DAN STRATEGI PERANCANGAN KOMUNIKASI

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk keseribu kalinya harini. Weh penat sumpah ahahaha tapi tak apa dah nama pun student. Kita kena kuat yedokkk? Makin hampir minggu-minggu akhir ni makin banyak tugasan kena buat. Masa tidurnya entah berlari ke mana. Pengorbanan demi kejayaan semoga ada manisnya nanti ya. Inshaallah, aminkan please !

Okay kalau korang tengok tajuk mesti korang macam pelik en, apa benda lah taksonomi ni ahaha. Jangan risau anda tak keseorangan, minggu lepas saya macam anda, alhamdulillah hari ni dah tahu apa itu taksonomi. Korang nak tahu juga ke ? 

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka taksonomi ni merupakan kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Jadi boleh disimpulkan dekat sini, yang taksonomi ni mengelaskan sesuatu perkara pada tempat yang betul yang berlandaskan prinsip dan peraturan.

Back to topic, Taksonomi dan Strategi Perancangan Komunikasi ni merupakan sebuah topik yang berada pada bab 5 dalam buku Kajian Wacana yang telah ditulis oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Hehe. Di bawah topik ini kita akan mempelajari banyak strategi perancangan komunikasi yang diberikan melalui pandangan-pandangan para tokoh yang berbeza. Jadi banyak sebenarnya maklumat dan penerangan berkaitan dengan topik ini dapat kita perolehi dalam buku tersebut. 

Buat korang yang tak faham atau masih tertanya-tanya lagi berkenaan topik ini. Jangan risau sebab saya akan kongsikan nota yang saya buat dalam bentuk PPT untuk mudahkan pemahaman korang tentang topik ini ya.

Jemput tengok ya. Anyeongggg ~


BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN-TWITTER

Assalamualaikum, salam posting ketiga untuk minggu ni. Jemu dah ka tengok saya asyik post ja? Hahahahaha sabaq sat bagi lah peluang hahahah. Okay masih dengan assignment yang lebih kurang dengan entry yang lepas-lepas. Haritu dah berpantun dekat facebook, dah luah perasaan kat instagram jadi kalini kita berpindah pula ke Twitter. Nak kena buat apa? Haaa soalan yang bagus. 

Untuk twitter, kami dikehendaki mentweet (ya ka mentweet? astaga budak linguistik melayu ka niii) tweet yang memiliki tema kemanusiaan. Jadi seperti yang kita ketahui, sekarang ni kan hangat pasal isu peperangan di bumi Palestine. Jadi tema kemanusiaan memang betul-betul kena pada masanya. Tapi tema kemanusiaan ni luas. Tidak terbatas kepada hanya isu palestine. Jadi berbagai tweet yang telah dikarang oleh rakan-rakan yang lain yang pada saya cukup menarik. Saya juga tidak ketinggalan untuk quote tweet rakan-rakan saya yang lain dengan memberikan sedikit maklum balas dan juga pendapat seperti yang telah saya lampirkan di bawah.

Korang boleh lah cuci-cuci mata tengok tweet-tweet yang sempat saya screenshot dan berikan pandangan. Hihi anyeonggg ~


TWEET TUAN TANAH

Tweet tuan tanah sendiri hehe, boleh cari saya dekat @penabunganis


TWEET RAKAN SEKELAS

Tweet aida <3


Tweet Fatin <3


Tweet shahirah <3


Tweet aqilah <3


Tweet Tasnim <3

BUKTI KEHADIRAN

BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN-INSTAGRAM

Hai assalamualaikum semua, apa khabar hampa? baik dak? Okay harini nak terus jump into the topic, malas nak sembang qabung orang penang kata hahahahah. Okay, kita nak bercakap pasal tugasan yang seterusnya yang melibatkan posting di Instagram. Untuk kalini kami kena buat sebuah posting yang bertemakan kesilapan. Macam menarik kan tema kesilapan tu? Ya lah manusia mana ja yang boleh lari daripada melakukan kesilapan. Tak kira lah kesilapan tu baik ataupun tak. Eh? Kesilapan ada yang baik ke? nama pun silap ada ke silap yang baik? Hahahaha well ada ja kan kesilapan yang membawa kita kepada perkara yang benar, bergantung macam mana kita menilai perkara tu. Hahahaha weh asal rasa macam sedih ni. Aigoooo sambung balik kepada fokus utama.

Macam posting facebook sebelum ni, sama juga macam instagram ni. Kami kena muatnaik gambar berserta caption yang bertemakan kesilapan. Lepas dah post, kena bagi pandangan untuk lima orang kawan yang terpilih. Jadi komen dekat ig orang hehe. Kat bawah saya dah sertakan screenshot komen-komen saya pada posting kawan-kawan boleh lah intai-intai ahahhaha.

Anyeong ~

POSTING INSTAGRAM TUAN TANAH



POSTING INSTAGRAM RAKAN-RAKAN

Posting Mekyat <3


Posting Akma <3
Ada saya lah hehe. Demi Allah rindunya semua, rindunya UPM :(


Posting Dayah bebyyyy <3


Posting Anne <3


Last but not least Mun <3


BUKTI KEHADIRAN

BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT-FACEBOOK


Assalamualaikum semua, salam hujung minggu 9 hehe <3. Okay untuk harini nak minta hampa semua jangan boring dengan saya nah... sebab ada lebih kurang 6 entry nak post harini hahaha. Okay jom kita singkatkan topik kita harini. Macam yang hampa baca kat tajuk, harini kita nak pumpang pumpang pasal pantu 4 kerat. Haaa hampa semua pandai berpantun tak? Kalau tak pandai kita belajar okay? Bukan apa, kita sebagai orang Malaysia lagi-lagi orang melayu ni rugi kalau tak pandai berpantun. Hampa tau tak yang pantun tu adalah warisan orang Melayu? 

Prosa dalam bidang sastera ni ada banyak kita ada syair, kita ada sajak, gurindam, dan tak ketinggalan pantun. Untuk prosa seperti syair, gurindam dan sajak ni ada pengaruh daripada budaya luar iaitu kebanyakannya datang dari Arab. Hanya pantun satu-satunya lah yang benar-benar asli warisan melayu tanpa ada apa apa pencampuran daripada budaya luar. Sebab tu la kita ni kena belajar berpantun supaya adat dan budaya kita masyarakat Melayu terus terpelihara.

Okay sambung bab tugasan ~

Geng BLM diminta untuk post satu pantun 4 kerat yang bertemakan bebas dekat laman facebook, lepastu kami dikehendaki untuk memilih 5 post untuk kami balas pantun tersebut. Sumpah fun weh ! Lagi-lagi bab menggaru kepala cari idea nak sampaikan bunyi perkataan hujung tu hahahahha. Mula-mula tu terfikir mustahil lah nak cipta 6 rangkap pantun ni, sekali lepas! Terus rasa mcm sangat melayu ahahahahah. 

Okay-okay, tahu lah korang ni mesti nak tengok kan apa yang aku pantunkan dekat kolum komen kawan-kawan aku. So boleh tengok kat bawah ni okay.

Annyeong ~


PANTUN 4 KERAT TUAN TANAH


Kolum komen Anne <3


Kolum komen Akma <3


Kolum komen Dayah <3



Kolum komen culaya <3



BUKTI KEHADIRAN

Sunday, May 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT-DIEZ

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.

Hai assalamualaikum, selamat malam semuanya, sihat? Masih dalam bulan syawal nampaknya kita. Pejam celik pejam celik esok dah week 9 guys! Wah cepatnya masa, dateline assignment makin dekat ya. Dah siap ka semua assignment yang bersusun tu? susun-susun juga jangan sampai berteraboq orang penang kata hahaha.

Okay harini kita nak sembang-sembang ilmiah macam biasa. Untuk topik harini kita nak bercakap pasal one shot. Haaa hampa taudak oneshot tu apa dia? Ni nak mai terang ni sat nah.

One shot merupakan video yang dirakamkan tanpa perlu menggerakkan alat perakam video seperti telefon atau kamera. Oleh itu, alatan ini berada dalam keadaan statistik. Pelakon yang membawa lakonan sahaja yang perlu bergerak sesuai keadaan dan jalan penceritaan. Video ini juga tidak memerlukan sebarang suntingan kecuali dibahagian akhir yang memerlukan penambahan kredit. Video oneshot ini haruslah memiliki sebuah lagu yang sesuai dan pelakon haruslah membuat mimik nyanyian. Video one shot yang menarik melibatkan individu atau kumpulan yang keluar masuk sepanjang dalam rakaman.

Terdapat 3 jenis video one shot yang dapat dirakam iaitu one shot one layer, one shot two layer dan one shot three layer. Ketiga-tiga jenis one shot ini dapat dibezakan dengan melihat jumlah lapisan yang ada dalam video. Video one shot one layer hanya terdiri daripada pelakon yang mempunyai mimik muka sahaja tanpa melibatkan apa-apa props atau pelakon lain di belakang. Bagi one shot two layer pula ia melibatkan pelakon tambahan yang menjalankan lakonan berdasarkan jalan cerita lagu. Oleh itu, video yang dihasilkan lebih menarik. Bagi one shot three layer pula ia sama seperti video one shot two layer namun mempunyai tambahan satu lapisan iaitu lapisan ketiga yang melibatkan pergerakan objek lain seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. 

Setakat itu sahaja perkongsian mengenai video one shot ini. Tapi takkan nak akhir macam tu ja kan? Mestilah ada sesuatu buat jamu mata betul? hahaha. Jaranglah terang sahaja tanpa buat video kan? Sudah semestinya DIEZ ada sediakan sesuatu untuk hampaaaa semua. Jadi terima lah video oneshot yang dirakam oleh Mekyat, Dayah, Alin dan Akma. Harap hampa semua terhibur okay?!

Anyeongggg ~


ONESHOT ONE LAYER


ONESHOT TWO LAYER


ONESHOT THREE LAYER

Wednesday, May 19, 2021

BBM3210-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Assalamualaikum~ Haluuuu jumpa lagi hehe. Macam kerap pula kan update blog lately ni. Okay untuk entry harini cukuplah pasal raya. Kita back to basic balik ya. Apa tu? ASSIGNMENT DAN KELAS yaaaaa sudah tentu! Cuti dah habis bro hahahaha. Jadi harini saya nak share sikit pasal topik ilmiah. Pasal apa? haaaa pasal strategi komunikasi. Pernah dengar tak? Kalau pernah, bagus. Kalau tak, tak apa boleh keep scrolling ya di bawah.


Okay yang warna-warni tu merupakan nota yang telah saya hasilkan dalam bentuk peta minda bagi memudahkan pemahaman kita berkenaan strategi komunikasi. Nota tersebut mencakupi bab 4 iaitu strategi komunikasi iaitu salah satu topik dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terdapat beberapa orang tokoh yang telah membuat kajian dalam bidang strategi komunikasi ini antaranya seperti Zerfass dan Werder. Setiap kajian itu menghasilkan pandangan yang berbeza dan ada juga yang hampir sama. Oleh itu, luangkan lah sedikit masa yang ada untuk membaca ya !

Oleh itu, selamat membaca dan diharapkan semua memperoleh manfaatnya okay !

ANYEONG ~


BUKTI KEHADIRAN






SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...