Wednesday, April 28, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-TWITTER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, welcome back to my blog ah gittew~ Okay hari ini saya sambung lagi mengarang berkenaan dengan satu tugasan yang diberikan oleh Prof yang mana kami dituntut untuk menggunakan laman sesawang twitter untuk menghuraikan maksud estetika. Untuk pengetahuan semua bagi tugasan kali ini saya menggunakan akaun twitter ketiga saya iaitu @penabunganis. Saja saya buat begitu bagi membezakan antara hal peribadi dan juga tugasan universiti. Berbalik kepada tugasan, saya telah mengtweet berkaitan dengan makna estetika dan terdapat dua tweet secara keseluruhan yang mana kedua-dua tweet ini mempunyai jarak selang 5 hari iaitu tweet pertama di post pada 22 April dan tweet kedua di post pada 27 April. Dibawah saya ada sertakan screenshot tweet saya dan juga tweet rakan-rakan yang lain yang sempat saya retweet. 

TWEET 27 APRIL 2021


TWEET RAKAN-RAKAN BERTARIKH 27 APRIL YANG SEMPAT SAYA RETWEET DAN SCREENSHOT











TWEET PADA 22 APRIL



TWEET RAKAN-RAKAN BERTARIKH 22 APRIL YANG SEMPAT SAYA RETWEET DAN SCREENSHOT











Rasanya cukuplah sampai disini saja. Diharapkan apa yang telah dikongsikan oleh saya dan juga rakan-rakan yang lain berkenaan dengan apa itu estetika dapat menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kita. Sekian sahaja.

BBM3410-2021-MINGGU 5-INSTAGRAM

Assalamualaikum, hai semua! Apa khabar? Sihat tak tu. Tak lama lagi nak raya ni, so jaga diri semua <3. Haa harini bukan nak cerita pasal baju raya berapa pasang, kuih raya berapa jenis, lampu raya berapa meter... bukan... harini kita nak cerita sikit pasal kerja yang dititipkan oleh Prof. Haaaa untuk minggu 5, kami diberi beberapa kerja. Salah satunya yang saya nak cerita sekarang ni la.

Kami diarahkan untuk mengupload gambar berserta caption yang bertemakan ketenangan di laman sesawang instagram. Jadi saya pun dah upload gambar-gambar seperti yang diarahkan pada akaun instagram kedua saya iaitu penabunganis. Gambar pertama saya upload pada 22 april 2021 manakala gambar kedua saya telah upload pada 27 april 2021. Selang 5 hari seperti yang tercatat dalam arahan. Selain mengupload gambar di Instagram saya juga ada meninggalkan komen pada posting yang dibuat oleh kawan-kawan sekelas saya. 

Pada bahagian bawah ada saya lampirkan screenshot gambar yang di upload pada akaun saya dan juga komen-komen yang saya berikan pada posting kawan-kawan yang lain. Best sungguh kami berlumba untuk memberikan komen digambar masing-masing hahaha.


POST PADA 27 APRIL 2021



POST RAKAN-RAKAN YANG BERTARIKH 27 APRIL











POST PADA 22 APRIL 2021



POST RAKAN-RAKAN YANG BERTARIKH 22 APRIL 










Sekian sahaja daripada saya, harap semua suka melihat gambar-gambar yang telah dilampirkan oleh saya dan rakan-rakan yang lain. Harap juga mengikut tema ya hehe. Okay bye!

Wednesday, April 21, 2021

BBM310-2021-MINGGU 5-NOTA FLATLAY

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia

Yeorobun! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi menjengah blog saya. Hari ini saya ingin berkongsikan peta minda berkaitan dengan flatlay. Semoga memberi manfaat kepada semua ya!


PETA MINDA FLATLAY



RUJUKAN



BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA- (FAIRCLOUGH,1995)

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Fairclough, 1995 membahagikan teori analisis wacana kepada tiga elemen iaitu analisis tekstrual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial.


Analisis tekstrual dianalisis dari aspek tatabahasa yang berfokuskan kepada tema, leksikal yang juga berfokuskan kepada metafora dan kohensi iaitu mengenai pengulangan dan konjunsi. Analisis wacana praktif pula merangkumi analisis dari sudut intertektualiti seperti pra-andaian, wacana dan penafian manakala interdiskusi dianalisis berdasarkan naratif, perbahasan, ekspositori, dan luahan. Analisis praktis sosial pula meliputi analisis berdasarkan tiga aspek utama iaitu ekonomi, pendidikan dan politik.


BUKTI KEHADIRAN


RUJUKAN


BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1977)

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977) dapat dibahagikan kepada tiga elemen iaitu Struktur Makro, Superstruktur dan Struktur Mikro.



BUKTI KEHADIRAN


RUJUKAN



BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI-FLATLAY

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan buat mereka yang sudi menjengah coretan penabunga ini. Hari ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi daripada kelas multimedia. Ilmu yang hendak dikongsikan adalah berkaitan dengan flatlay. Adakah kalian tahu apa itu flatlay? Mari kita pelajari bersama.

Flatlay merupakan sebahagian daripada asas fotografi yang merujuk kepada cara gambar atau foto diambil oleh seseorang. Flatlay ini kemudiannya dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu yang mana perbezaan ini merujuk kepada posisi kamera yang diletakkan pada darjah berbeza.

  1. Full Flatlay: 90 Darjah
  2. Half Flatlay: 45 Darjah
  3. Quarter Flatlay: 22.5 Darjah
  4. Zero Flatlay: 0 Darjah
Berdasarkan tajuk flatlay ini saya telah menghasilkan video berkaitan empat jenis flatlay yang berbeza bagi memperlihatkan perbandingan antara flatlay ini. Berikut merupakan lampiran video tersebut.

 

Dalam video berkenaan saya telah mengambil 20 gambar makanan dan 20 gambar barangan mengikut posisi kamera yang berbeza berdasarkan empat jenis flatlay tersebut. Setiap jenis flatlay mengandungi 5 gambar makanan dan juga 5 gambar barangan. Banyak kan gambar yang perlu diambil? Biasalah lumrah dalam menuntut ilmu, kena banyak usaha baru berjaya, inshaallah. 

Saya harap dengan perkongsian video tersebut, bersama kita dapat sedikit ilmu dalam membezakan setiap jenis flatlay tersebut. Lepasni senanglah nak ambil gambar makanan dekat cafe! Boleh cuba semua jenis flatlay tu, mesti hasil gambar cantik boleh lah upload di instagram hehe.



BUKTI KEHADIRAN






BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

            

 KREDIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

LINK: https://youtu.be/bQCPNh8Es1o


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog saya ini. Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan dengan sebuah video live yang saya ikuti baru-baru ini di laman sesawang Facebook. Rancangan tersebut bertajuk 'Rancangan Sembang Tamu: Dilema Pengembara' Rancangan ini dihoskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan menerima tetamu iaitu Dr Siti Nur Aliaa Roslan atau turut dikenali sebagai Dr Alia. Beliau merupakan seorang pensyarah merangkap pengembara wanita yang telah menggembara pada usia yang sangat muda. Pada usia 16 tahun lagi, Dr Aliaa telah berjaya menjejakkan kakinya ke United Kingdom apabila mengikuti ibunya menyambung pelajaran disana. Disaat remaja lain sedang berada di bangku persekolahan, Dr Aliaa dah sampai UK! Wah hebat bukan ?

Dr Aliaa juga bukanlah hanya sekadar pengembara atas pengakuan sendiri sahaja, beliau membuktikan bahawa darah pengembara telah mengalir dalam dirinya apabila telah berjaya menjejakkan kaki ke hampir 21 buah negara secara berseorangan diri! Bukan calag-calang ya, sungguh kental jiwa Dr Aliaa. Disaat wanita-wanita lain mungkin takut akan keselamatan diri merantau ditempat orang tanpa sebarang peneman, tapi Dr Aliaa telah membuktikan bahawa hendak seribu daya taknak seribu dalih.

Dr Aliaa juga ada berkongsikan perkara yang paling beliau nikmati sepanjang proses mengembara adalah kepelbagaian jenis makanan yang mana kita takboleh perolehnya di negara sendiri. Benarlah, jauh perjalanan, luas penglihatan. Melalui pengembaraan ini lah kita boleh mengenali budaya luar dengan lebih mendalam, dan ini akan mengajar kita untuk lebih menghormati perbezaan itu. Antaranya makanan lah, siapa saja yang tak suka makanan betul? Makanan tu kan pengubat duka lara yang paling ampuh, hahaha. Dr Aliaa juga ada berkongsi mengembara ni membuka minda . Saya sangat bersetuju, ya lah kalau duduk terperap dirumah saja melihat benda yang sama macam mana otak kita nak berkembang kan? Itu sahaja sedikit rumusan daripada saya.


Doakan saya dapat mengembara juga ya ! <3


BUKTI KEHADIRAN



Thursday, April 15, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-CERITA SOSIAL


RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


1. BILANGAN KATA KERJA, KATA ADJEKTIF, KATA KATA NAMA, KATA GANTI NAMA, KATA SENDI, KATA ARAHAN DAN KATA TANYA

Kata/ Cerita Sosial

Cerita Sosial 1:

Nenek dan datuk

Cerita Sosial 2:

Saya yang istimewa

Cerita Sosial 3:

Keluarga saya

Cerita Sosial 4:

Hati

Cerita Sosial 5:

Jiran

Kata Nama

Alim - 46

Nenek dan datuk- 14

Ibu- 3

Bapa- 3

Kak Madinah- 3

Abang Imran- 3

Aisyah- 3

Melaka- 1

Reban- 7

Ayam dan itik- 10

Kampung- 5

Rumah- 5

Alim - 30

Ibu- 14

Bapa- 7

Kak Madinah- 3

Abang Imran- 3

Aisyah- 3

Sulaiman- 12

Jiran- 2

Rumah- 5

Buah-buahan - 5

Buah rambutan- 2

Buah manggis- 4

Buah duku- 1

Buah langsat- 1

Buah durian - 1

Pasar tani- 1

Alim - 43

Ibu- 16

Bapa- 6

Kak Madinah- 3

Abang Imran- 3

Aisyah- 4

Jiran- 2

Rumah- 5

Keluarga- 7

Alim - 40

Nenek- 1

Ibu-10

Bapa- 1

Kak Madinah- 1

Abang Imran- 1

Aisyah- 1

Guru besar- 1

Rakan- 6

Sekolah 5

Jiran - 1

Kek cawan- 5

Sayur bayam- 1

Alim - 36

Ibu- 5

Bapa- 2

Kak Madinah- 4

Abang Imran- 6

Aisyah- 4

Sulaiman- 7

Klinik- 1

Jiran- 3

Buku- 10

Kata Ganti Nama

Mereka- 3

Dia- 2

Kita- 4

Kamu- 1

-nya - 4

Dia- 2

Saya- 9

Kami- 1

Mereka- 2

-nya - 1

Tiada

Dia- 3

Saya- 1

Kamu- 1

Mereka- 5

-nya - 1

Kata Adjektif

Hairan- 1

Keliru- 1

Marah - 1

Sedih- 3

Sedih- 3

Tersenyum- 2

Gemar- 1

Baik- 8

Ketawa- 1

Tersenyum- 5

Baik- 1

Sayang- 3

Rindu- 2

Penyayang- 1

Rajin- 2

Tersengih- 1

Sabar- 1

 

Tersenyum- 1

Rajin- 1

Pandai- 5

Bangga- 1

Suka- 1

Baik hati- 1

 

Sedih- 2

Tersenyum- 1

Gembira- 1

Suka - 1

Pemurah- 2

Sakit- 3

Kaku- 1

Sembuh- 2

Sihat- 2

 

Kata Kerja

Pulang- 1

Bermain- 1

Mengeluarkan- 1

Menangis- 8

Mengangkat- 1

Berjalan- 1

Berdiri- 1

Menonton- 2

Menolong- 1

Menolong- 1

Membawa- 1

Membeli- 3

Panggil- 1

Melompat-lompat - 1

Berkongsi - 4

Mengasingkan- 1

Mengambil- 1

Memberikan- 1

Menyapu- 1

Memandang- 1

 

Bermain- 1

Berjalan- 1

Menolong- 6

Mengutip- 1 Mengemas- 1

Menyimpan- 1

Menyapu- 2

Memegang- 2

Memujuk- 1

Belajar- 2

Membawa- 3

Berkongsi- 2

Memberikan- 1

Mengemas- 1

Belajar- 1

Beritahu- 1

Mengusap-usap - 1

Memakai- 1

Mengajar- 3

Membeli-3

Membayar-2

Duduk-1

 

Menangis- 2

Membawa- 1

Berkongsi- 3

Memberikan- 1

Mengemas- 1

Menyusun- 2

Membaca- 2

Melambai-lambai - 1

Kata Sendi

Ke - 6

Di - 16

Untuk - 2

Dari - 3

Kepada - 1

Daripada - 1

 

Ke - 9

Di - 2

Dari - 2

Kepada - 4

Pada - 1

 

Ke - 7

Di - 6

Untuk - 9

Kepada - 2

 

Ke - 6

Di - 5

Untuk - 9

Kepada - 2

Daripada - 1

Pada - 1

 

Ke - 3

Di - 3

Kepada - 1

Pada - 1

Tentang - 1

Kata Arahan

Tiada

Mari - 1

Jangan - 1

Mari - 1

Tolong - 1

Tiada

Tiada

Kata Tanya

Kenapa - 1

Apa - 1

Di mana - 1

Kenapa - 1

Di mana - 1

Bagaimana - 3

Apa - 1

Kenapa - 1

Kenapa - 1

 

CERITA SOSIAL 1 : NENEK DAN DATUK

WATAK & PERWATAKAN

1. Alim

Merupakan seorang kanak-kanak yang penyayang yang sangat sayang akan keluarganya dan juga haiwan peliharaan atuk dan neneknya iaitu ayam dan itik.

2. Ibu

Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, seperti Alim, ibu juga merupakan seorang yang penyayang, lemah lembut dan mempunyai nilai keibuan yang tinggi. Ibu sangat sayang akan anak-anak serta keluarganya.

3. Ayah

Merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarganya. Ayah juga merupakan seseorang yang sangat menekankan nilai kekeluargaan yang tinggi.

4. Abang Imran

Merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut. Imran merupakan abang yang bertanggungjawab terhadap adik beradiknya. 

5. Kak Madinah

Merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik tersebut. Madinah merupakan seorang kakak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya dan adik-beradiknya

6. Aisyah

Merupakan anak bongsu dalam keluarga. Namun begitu aisyah merupakan seseorang yang sangat bertolak ansur.

7. Nenek

Merupakan seorang yang sangat lemah lembut dan penyayang terhadap anak dan cucunya.

8. Datuk

Merupakan seorang yang penyayang terhadap anak dan juga cucunya.


LATAR MASA


- 30 Minit perjalanan pulang ke kampung

LATAR TEMPAT

 

Reban ayam : tempat Alim bermain dengan ayam dan itik peliharaan Datuk dan Nenek 

Ruang tamu rumah datuk dan nenek : tempat Alim dan adik beradiknya yang lain menonton televisyen 

Kereta : tempat Ayah, Kak Madinah, Abang Imran, mengambil beg dan Aisyah mencari mainannya 

Dapur : tempat Alim dan adik beradiknya bergelak ketawa


LATAR MASYARAKAT
- Masyarakat yang penyayang dan berkasih sayang

- Masyarakat yang bertanggungjawab

- Masyarakat yang tinggal di Kampung

- Masyarakat yang berkeluarga

SINOPSIS

Cerita sosial mengisahkan tentang Alim dan keluarganya yang pulang ke kampung halaman mereka yang terletak di Kajang, Selangor. Alim sangat teruja dengan perjalanan pulang ke Kampung ini kerana dia tidak sabar untuk bermain dengan itik dan ayam peliharaan datuk dan neneknya kerana Alim merupakan seorang yang sukakan haiwan. Setibanya di Kampung selepas 30 minit perjalanan, kegembiraan Alim berubah apabila dia mendapati reban ayam dan itik itu sudah tiada. Alim merasa begitu sedih sehingga dia tidak dapat menyorokkan kekecewaannya itu. Alim kemudiannya menangis teresak-esak. Nenek yang sedari akan kejadian itu, kemudiannya menenangkan alim dan memujuknya dengan memimpin tangan Alim dan mereka menuju ke suatu tempat. Tempat tersebut merupakan reban ayam dan itik yang baru. Ayam dan itik yang disangkakan telah hilang oleh Alim, rupanya telah dipindahkan oleh datuk dan nenek ke reban yang baru. Emosi Alim daripada sedih terus berbah menjadi gembira. Kegembiraan Alim kemudiannya dapat dilihat apabila dia bergelak ketawa Bersama adik beradiknya di dapur.


CERITA SOSIAL 2 : AKU YANG ISTIMEWA

WATAK & PERWATAKAN

1. Alim

Seorang kanak-kanak yang sayangkan keluarganya dan suka berkongsi sesuatu dengan semua orang.

2. Bapa 

Seorang yang bertanggungjawab dan sayang akan keluarganya.

3. Ibu

Seorang wanita yang baik hati, penyayang dan pembersih.

4. Abang Imran

Seorang abang yang bertanggunjawab dan sentiasa menjaga adik-adiknya dengan baik.

5. Sulaiman

Seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan rumah Alim, dan merupakan kawan baik Alim.

6. Mak Cik Timah

Ibu kepada Sulaiman dan seorang yang penyayang dan baik hati.

LATAR MASA
Pada hari Ahad yang lalu, …

- Bapa membeli buah-buahan di pasar tani pada hari Ahad yang lalu.

LATAR TEMPAT

 

Pasar tani : Bapa membeli buah-buahan dari pasar tani pada hari Ahad yang lalu.

Rumah : Bapa menyuruh Abang Imran memanggil Kak Madinah, Alim, Aisyah dan ibu untuk makan buah-buahan bersama-sama.

Rumah Sulaiman : Alim pergi ke rumah Sulaiman untuk berkongsi buah-buahan yang dibeli bapa.

LATAR MASYARAKAT

- Masyarakat yang suka berkongsi

- Masyarakat yang bertanggungjawab

- Masyarakat yang penyayang

- Masyarakat yang mementingkan kebersihan

SINOPSIS

Cerita sosial 2 ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim suka berkongsi apa sahaja yang dimilikinya dengan orang lain kerana dia belajar yang berkongsi itu adalah perkara yang baik. Pada hari Ahad yang lalu, bapa membeli buah-buahan dari pasar tani untuk dimakan bersama di rumah. Ketika sedang makan bersama, Alim meminta izin dari ibu untuk memberi buah-buahan kepada Sulaiman. Ibu membenarkan Alim untuk berkongsi buah-buahan kerana sifat berkongsi adalah sifat yang baik. Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah memberi buah-buahan kepada Sulaiman, Ali terserempak dengan Mak Cik Timah (ibu Sulaiman). Mak Cik Timah memuji sikap Alim yang baik hati dan suka berkongsi dengan orang lain. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kerana memberi buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Alim pulang ke rumah dengan rasa gembira kerana dia dapat berkongsi rezeki dengan orang lain. 


CERITA SOSIAL 3 : KELUARGA

WATAK  & PERWATAKAN

1. Alim

Seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun, periang, baik hati, suka menolong ibu bapa dan sayang akan keluarganya.

2. Bapa

Bapa bernama Ismail, seorang yang bertanggujawab dalam mendidik anak-anak dan penyayang.

3. Ibu

Ibu bernama Kamilah, seorang yang lemah-lembut, sopan-santun dan penyayang akan keluarganya.

4. Abang Imran

Abang bernama Imran, merupakan anak sulung, sangat bertanggujawab dan saling tolong-menolong

5. Kakak Madinah

Kakak bernama Madinah, rajin, selalu mengajar Alim untuk mengemas rumah, baik hati dan rajin.

6. Aisyah

Adik perempuan yang bernama Aisyah dan seorang periang.

LATAR MASA
- Setiap hari, adik-beradik Alim akan menolong untuk membuat kerja rumah

- Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah.

LATAR TEMPAT

 

Rumah :Tempat tinggal Alim dan keluarganya

Dapur :Tempat untuk makan dan memasak Alim dan keluarganya.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang rajin

Alim dan adik-beradiknya rajin membuat kerja rumah.

2. Masyarakat yang saling tolong-menolong

Alim sering menolong adik perempuannya untuk mengemas permainan setelah bermain.

3. Masyarakat yang bersabar

Ibu sentiasa bersabar ketika mengajar Alim untuk menggunakan penyapu dengan betul.

4. Masyarakat yang penyayang

Alim sangat sayang akan keluarganya.

SINOPSIS

Cerita Sosial 3 ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim dan keluarganya. Alim sangat sayang akan keluarganya. Pada setiap hari, Alim dan adik-beradiknya akan menolong ibu bapa untuk mengemas rumah. Abang dan kakak mengajar Alim untuk menyapu sampah dengan betul. Kadang-kala, Alim gagal untuk menggunakan penyapu dengan betul dan menyebabkan dia berasa sedih. Akhirnya, Ibu mengajar Alim dengan betul. Setiap hari, Alim cuba memahami kerja mengemas rumah dan belajar bersabar serta menjadi rajin. Kini, Alim pandai mengemas rumah dan dia sangat sayangkan keluarganya. 


CERITA SOSIAL 4 : HATI

WATAK & PERWATAKAN

1. Alim

Seorang kanak-kanak yang baik hati, ceria, sayang akan keluarganya dan bercita-cita tinggi.

2. Ibu

Seorang wanita yang baik hati, lemah lembut, penyayang dan bertanggungjawab.

3. Bapa

Seorang yang bertanggungjawab dan penyayang akan keluarganya.

4. Cikgu Anis

Seorang guru yang baik hati, penyayang dan prihatin.

 

LATAR MASA
- Semalam, ibu beritahu hari ini hari lahir Alim.

- Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri.

- Hari ini hari lahir Alim

- Minggu lepas Cikgu Anis membawa Alim dan rakan-rakan ke pasar tani.

LATAR TEMPAT

 

Sekolah : Tempat belajar bagi Alim dan rakan-rakan, serta tempat kerja bagi cikgu Anis dan guru-guru lain.

Kelas : Tempat Alim dan rakan-rakan belajar.

Pasar tani : Tempat Alim, rakan-rakan dan cikgu Anis melawat yang menjual sayur-sayuran dan makanan laut.

 

LATAR MASYARAKAT
- Masyarakat yang berkongsi

- Masyarakat yang baik hati

- Masyarakat yang hormat menghormati

- Masyarakat yang berterima kasih

- Masyarakat yang berkasih sayang

SINOPSIS

Cerita Sosial 4 ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Hari ini merupakan hari lahir Alim. Semalam, ibu sudah memaklumkan kepada Alim bahawa hari ini hari lahir Alim. Sebelum ke sekolah, Alim tidak lupa untuk bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Ibu bangga dengan Alim kerana Alim sudah pandai dan boleh menjaga diri sendiri. Hal ini kerana di sekolah Cikgu Anis selalu mengajar Alim dan rakan-rakannya untuk menjaga diri dan nilai-nilai murni yang lain seperti menghormati orang tua, menunduk apabila berjalan di hadapan orang tua, mengucapkan terima kasih dan mengucapkan selamat pagi kepada guru besar dan cikgu lain. Oleh kerana hari ini merupakan hari lahir Alim, Alim berkongsi kek cawan yang dibawa dari rumah kepada rakan-rakannya. Rakan-rakan Alim mengucapkan terima kasih dan Cikgu Anis mengucapkan selamat hari lahir kepada Alim. Alim suka Cikgu Anis kerana Cikgu Anis merupakan seorang guru yang baik hati dan Alim mahu belajar bersungguh-sungguh serta menjadi seorang guru seperti Cikgu Anis.


CERITA SOSIAL 5 : JIRAN
       

WATAK & PERWATAKAN

1. Alim

Seorang kanak-kanak yang sangat ceria, baik hati, pemurah dan penyayang.

2. Sulaiman

Seorang kanak-kanak yang merupakan jiran kepada Alim serta berperwatakan baik hati, pemurah dan suka berkongsi.

3. Ibu

Seorang wanita yang sangat penyayang dan bertanggungjawab menggalas tugas sebagai ibu serta merupakan ibu kepada Alim

4. Abang Imran

Seorang abang yang prihatin terhadap kesihatan adiknya.

5. Kakak Madinah

Seorang kakak yang prihatin terhadap kesihatan adiknya.

6. Aisyah

Seorang adik yang prihatin dan penyayang terhadap kesihatan abangnya.

 

LATAR MASA
- Pada waktu petang dan malam, Alim akan membaca buku.

- Selang beberapa minggu, Alim pun sihat.

LATAR TEMPAT

 

Klinik : Tempat Alim mendapat rawatan kerana Alim jatuh sakit.

Pagar rumah : Tempat Alim menyerahkan buku cerita kepada Sulaiman.

 

LATAR MASYARAKAT
- Masyarakat yang suka berkongsi.

- Masyarakat yang suka membaca buku.

- Masyarakat yang penyayang.

SINOPSIS

Cerita sosial 5 mengisahkan tentang Alim merupakan seorang kanak-kanak mengemari membaca buku. Buku tersebut diberi oleh bapa, ibu, kakak dan abang. Buku-buku tersebut akan disusun mengikut abjad. Alim berasa amat gembira mendapat banyak buku. Alim juga suka berkongsi buku ceritanya kepada jirannya, Sulaiman. Alim dan Sulaiman sering berkongsi apa yang mereka ada. Mereka tidak lokek antara satu sama lain. Pada suatu hari, Alim jatuh sakit dan dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Abang, kakak, adik berasa sedih apabila melihat Alim terlantar sakit. Mereka berdoa agar Alim segera sembuh. Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Alim pun hidup seperti sedia kala kembali membaca buku dengan abang, kakak, dan adiknya.


 

 

Kandungan dalam Cerita Sosial

 

Judul

 

 

Teks

 

Tema

 

Sampel/Bahan

 

Jenis

 

Nenek dan Datuk

 

Cerita pendek

 

Kekeluargaan

 

Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim

 

 

Penceritaan

 

Saya yang Istimewa

 

 

Cerita pendek

 

kekeluargaan

 

Nenek, datuk, ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim

 

 

Penceritaan

 

Keluarga

 

Cerita pendek

 

kekeluargaan

 

Ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim

 

 

Penceritaan

 

Hati

 

Cerita pendek

 

Kemasyarakatan

 

Ibu, cikgu, Alim, rakan-rakan

 

 

Penceritaan

 

Jiran

 

Cerita pendek

 

Kejiranan

 

Ibu, Madinah, Imran, Aisyah, Sulaiman, Alim

 

 

Penceritaa


Jadual di atas menunjukkan kandungan dalam cerita sosial yang Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak ( Normaliza Abd Rahim, 2018 ). Kandungan bermaksud teks/tulisan atau ucapan/interaksi dalam sesebuah konteks ( pendekatan analsiis wacana , rajah 5 dalam bab 2 ).

Cerita berjudul “ Nenek dan Datuk”, “ Keluarga Saya”, “ Saya yang Istimewa”, “ Hati” dan “Jiran” ialah cerita kanak-kanak. Setiap cerita mempunyai temanya iaitu  “ Nenek dan Datuk”, “ Keluarga Saya”, “ Saya yang Istimewa” bertemakan kekeluargaan, “Hati” bertemakan kemasyarakatan dan “Jiran” bertemakan kejiranan. Cerita sosial di atas menunjukkan kepelbagaian tema dalam kehidupan.

Setiap cerita terdiri daripada watak-watak ahli keluarga seperti watak ibu, bapa, datuk, nenek, abang Imran, kak Madinah, Aisyah serta Alim. Seterusnya, watak jiran pula terdiri daripada watak Mak Cik Timah dan anaknya Sulaiman (seorang kanak-kanak istimewa). Watak cikgu Anis dan rakan-rakan Alim pula watak di sekolah.

Kelima-lima cerita sosial di atas memaparkan bentuk penceritaan kerana terdapat jalan cerita (plot) bentuk penceritaan dan dialog. Tujuan dialog dalam penceritaan adalah untuk memperkuatkan lagi jalan cerita dan setiap watak berpeluang untuk memberikan ujaran.

 

 

Konteks dalam Cerita Sosial

 

Judul

Tatabahasa

Latar

Emosi

Nenek

dan

Datuk

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.

Kampung nenek dan datuk.

Gembira, rindu, sedih, marah, keliru, puas hati

Saya yang Istimewa

Penggunaan kata dan ayat yng mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.

Rumah ibu dan bapa

Gembira, puas hati, sedih

Keluarga

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.

Rumah ibu dan bapa

Gembira, resah

Hati

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.

Sekolah, rumah, jiran

Gembira

Jiran

Penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak istimewa.

Rumah ibu bapa dan jiran

Gembira, simpati, ambil berta, sedih

 

 

ANDAIAN

 

Tajuk Cerita Sosial

Andaian

Keluarga Saya

-       Cerita ini memerihalkan mengenai keluarga Alim, seorang budak lelaki berumur 9 tahun. Keluarganya terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik Alim. Keluarga Alim memastikan bahawa Alim kenal setiap ahli keluarga. Perkara ini jelas apabila Alim menyebut setiap ahli keluarga sambil menunjuk dengan jarinya ke arah gambar yang terletak pada dinding rumah. Alim sentiasa ingat nama mereka kerana nilai kasih sayang dalam keluarga Alim telah diterapkan sejak awal lagi supaya setiap ahli keluarga dikenali dengan nama dan wajah mereka.

-       Alim merupakan seorang anak yang suka menolong membuat kerja rumah kerana diajar sejak kecil untuk mengemas permainan. Bukan sahaja Alim, tetapi adiknya Aisyah juga diajar untuk mengemas setelah bermain walaupun kadangkala Aisyah terlupa, tetapi dia selalu melihat Alim membuat perkara tersebut dan mengikutinya. Alim seorang kanak-kanak istimewa tetapi mempunyai daya ingatan lebih kuat berbanding Aisyah.

-       Ibu selalu memuji Alim untuk memberikan motivasi kepada Alim dan untuk mengingatkan Alim untuk membuat perkara-perkara yang baik.

-       Alim bersifat selalu ingin belajar. Alim belajar menyapu sampah daripada Abang Imran dan Kakak Madinah. Kedua-dua kakak dan abang Alim menunjukkan nilai baik hati, bertanggungjawab dan tolong menolong kerana mereka tahu bahawa Alim seorang adik istimewa dan perlu diberikan contoh teladan yang baik.

-       Kasih sayang ibu terhadap Alim terserlah kerana ibu sentiasa menunjukkan nilai kasih sayang dalam diri Alim. Ibu selalu memujuk Alim apabila Alim berasa keliru, resah dan kecewa. Nilai kesabaran dalam diri ibu memberikan ruang kepada Alim untuk mencuba perkara baharu.

-       Alim sentiasa berusaha setiap hari walaupun kadangkala berjaya dan juga gagal. Alim berusaha dengan pertolongan ahli keluarganya. Walaupun Alim tidak tahu erti sabar dan rajin, dia telah menunjukkan nilai tersebut dalam dirinya

Nenek dan Datuk

-       Cerita ini memerihalkan mengenai Alim dan keluarganya yang pulang ke kampung. Alim kelihatan gembira dan tidak sabar untuk bermain dengan binatang ternakan nenek. Hal ini jelas apabila setiba di kampung, Alim pertama sekali mencari binatang ternakan neneknya itu namun, Alim kelihatan resah apabila tidak berjumpa dengan binatang yang dicari.

-       Alim tidak tentu hala emosinya. Alim sedih, marah dan menangis kerana tidak tahu mengapa ayam dan itik tidak ada di kampung.

 

“ Alim buat apa di sini?”

“Ayam dan itik tidak ada!”

Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tidak aada di dalam reban. Alim sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim sedih. Alim menangis

“ Alim, tengok tu,” kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.

“ kenapa ayam dan itik tinggal di sana?,” tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim.

 

-       Perbualan antara Alim dan nenek serta datuknya menunjukkan bahawa terdapat persoalan dan rujukan. Soalan “Alim buat apa di sini” dan “kenapa ayam dan itik tinggal di sana” kedua-duanya jelas menunjukkan bahawa nenek dan datuk serta Alim menginginkan kepastian

-       Soalan yang ditanyakan oleh nenek adalah untuk mendapatkan kepastian tentang mengapa Alim menangis kerana mungkin mereka beranggapan bahawa Alim sakit ataupun lapar sehingga menangis.

-       Alim pula masih tidak faham dan masih sedih dengan keadaan tersebut dan beranggapan bahawa ayam dan itik sudah mati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Alim sangat  menyayangi binatang tersebut lalu dia menangis kerana kecewa. Namun, setelah mendapat jawapan tentang ayam dan itik, Alim gembira semula dan pergi bermain dengan ayam dan itik dan meninggalkan datuk dan nenek yang berdiri di sebelahnya.

-       Alim mempunyai kedaan dan perasaan yang tidak stabil, iaitu dia akan keliru pada bila-bila masa sahaja. Dia tidak akan berpuas hati jika satu-satu perubahan itu berlaku. Sebagai contohnya, Alim keliru apabila keadaan dan susunan perabot dirumah nenek dan datuk tampak berlainan daripada sebelumnya. Perasaan Alim menjadi sedih dan dia terus menangis.

-       Nenek dalam cerita ini berperwatakan lemah lembut dan penyayang. Nenek akan cuba memujuk alim dengan bercerita secara terperinci tentang setiap perabot dalam rumah tersebut. Sejajar dengan itu, ibu bapa Alim juga turut membantu Alim dalam setiap keadaan.

-       Cerita ini jelas menujukkan kasih sayang dalam keluarga Alim. Buktinya, walaupun emosi Alim kadangkalanya tidak menentu, mereka tetap melayan gelagat Alim dan mereka senytiasa kelihatan gembira.

 

Saya yang Istimewa

-       Dalam cerita ini, jelas sekali dapat dilihat bahawa bapa Alim merupakan seseorang peribadi yang sangat sayang akan anak-anaknya. Bapa tahu akan buah-buahan kesukaan anak-anak lalu dia membeli banyak buah-buahan tersebut di pasar tani. Peranan seorang bapa jelas menunjukkan bahawa dia mempunyai nilai sosial bertanggungjawab dan penyayang.

-       Persoalan “di mana beli buah-buahan ini bapa?” oleh abang Imran merujuk kepada buah-buahan yang dilihat olehnya. Bapa pula memberikan jawapan yang jelas iaitu di pasar tani. Bapa menunjukkan nilai keadilan apabila dia menyuruh Imran untuk memanggil ibu serta adik-adiknya yang lain untuk menikmati buah-buahan itu bersama-sama. Imran juga menunjukkan nilai ingin berkongsi.

-       Mereka sekeluarga menikmati buah-buahan yang dibeli oleh bapa. Alim ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jiranya Sulaiman. Ini jelas sekali menunjukkan bahawa ibu pernah mengajar Alim tentang nilai berkongsi. Alim juga jelas masih ingat tentang nasihat ibu dan bapa untuk berkongsi apa juga makanan atau barang dengan orang lain. Nilai baik hati terserlah dalam perbuatan Alim.

-       Alim seorang yang baik hati. Dia telah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Sulaiman kelihatan sangat gembira lalu mengucapkan terima kasih kepada Alim. Hal ini jelas membuktikan bahawa Sulaiman mempunyai pekerti yang baik. Sifat Alim yang suka berkongsi dan tidak tamak merupakan nilai sosial yang diperlukan untuk mengeratkan hubungan antara jiran.

-       Alim dan adik-beradiknya mempunyai nilai tolong-menolong. Nilai ini jelas terserlah dalam diri Alim apabila dia juga membantu membuang sampah ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Nilai yang diterapkan oleh ibu bapa dalam keluarga ini boleh dilihat sebagai satu nilai yang amat berharga supaya mereka menolong orang lain jika diperlukan.

-       Alim juga diajar untuk bertegur sapa dengan orang yang lebih dewasa. Perbuatan ini baik dan menunjukkan sikap hormat menghormati dengan orang yang lebih tua. Sebagai contohnya, semasa Alim membuang sampah, dia telah bertegur sapa dengan ibu Sulaiman. Perbualan mesra antara mereka berkemungkinan kerana mereka sudah lama kenal.

-       - alim menunjukkan nilai ambil berat apabila Alim bertanya kenapa mak cik Timah sedih selepas melihat raut wajah sedih mak cik Timah. Malah, Alim juga bertanyakan hal ini supaya dia dapat membantu mak cik Timah tersenyum semula.

Hati

-       Alim mempunyai hubungan dengan orang lain selain keluarganya. Ibu dan bapa menghantarnya ke sekolah supaya dia pandai bersosial dengan orang lain.

-       Cerita tentang Alim meyambut hari lahirnya di sekolah telah memberikanya ruang untuk bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Walaupun Alim tidak faham makna hari lahir, dia tetap berterima kasih kepada ibu kerana menyediakan kek cawan tersebut.

-       Tindakan ibu menunjukkan bahawa ibu mengambil berat akan diri Alim. Nilai tanggungjawab dalam diri ibu Alim memberikan Alim peluang untuk mempelajari segala sesuatu dengan baik.

-       Cerita ini juga memerihalkan penglibatan guru yang mengajar Alim. Guru tersebut kelihatan pakar dalam kanak-kanak istimewa kerana dia lebih tahu cara da strategi pembelajaran yang baik. Nilai tanggungjawab seorang guru terpapar apabila guru tersebut kelihatan sabar dan bertanggungjawab mengajar dengan ikhlas.

-       Cikgu Anis juga memberikan kesedaran tentang nilai menghormati orang tua. Beliau merupakan seorang guru yang ikhlas dan jujur dalam memberi pengajaran yang jelas.

Jiran

-       Cerita ini memerihalkan Alim, keluarga dan jiranya, Sulaiman. Alim gemar berkongsi dengan Sulaiman. Misalnya, Alim berkongsi bukunya dengan Sulaiman. Perbuatan ini jelas menunjukkan bahawa Alim jelas sekali menggambarkan nilai baik hati, ikhlas dan jujur dalam dirinya. Alim menjelaskan kepada sulaiman tentang pengisian buku tersebut dan memberikan buku itu kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim setelah mendapat buku tersebut.

-       Alim tidak sihat dan jatuh sakit namun tidak tahu cara untuk memberitahu ibu dan bapanya dan hanya berdiam diri dan tidak pernah merungut. Hal ini menimbulkan kerisauan dalam keluarga mereka. Mereka semua sedih dengan keadaan Alim. Kemungkinan juga mereka tertanya-tanya bilakah Alim akan sihat dan mengapakah Alim selalu sakit.

-       Nilai kasih sayang dalam keluarga ini membuatkan mereka menangis setiap kali Alim jatuh sakit.

-       Cerita ini diakhiri dengan Alim semakin sihat. Semua ahli keluarga gembira semula kerana Alim sudah mula membaca buku cerita. Ahli keluarga yakin bahawa Alim akan sembuh juga. Malah Alim kelihatan melambai-lambai tanganya kearah Sulaiman.




BUKTI KEHADIRAN (15/4/2021)



SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...