Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN (DIEZ)

BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-INTERNET




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Ketenangan

RUJUKAN : (2020). Instagram: 9gag. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/CIaCt0CHhsQ/?igshid=hwox8jfxlibu

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan seorang kanak-kanak sedang meniup seruling di taman bunga. Kanak-kanak tersebut kelihatan sangat menghayati bunyi alunan seruling yang dialunkan olehnya tanpa sebarang gangguan. Taman yang dipenuhi dengan bunga berwarna merah dan ditambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa mewujudkan suasana yang harmoni. Sesiapa yang melihat gambar tersebut dapat merasa ketenangan kerana alam semula jadi tidak dapat dipisahkan dengan unsur ketenangan.







ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Sukan Dan Rekreasi

RUJUKAN : (2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada Ms.morefit.eu website:https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fimg.morefit.eu%2FFitness%2FTraining%2F454545784.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fms.morefit.eu%2Fkelebihan-berjoging-di-petang%2F&tbnid=XVJCeOWm7qsVJM&vet=12ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ..i&docid=iXCLt461Kb2kzM&w=630&h=420&q=GAMBAR%20ORANG%20BERJOGGING&ved=2ahUKEwjtiZu1_t_vAhVYgNgFHcgXCEYQMyglegUIARDsAQ

HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan wanita yang sedang berjoging di sebuah pantai. Gambar tersebut dapat dikategorikan sebagai elemen kesesuaian kerana ia bersesuaian dengan latar tempat pada ketika itu iaitu sebuah taman. Taman merupakan tempat yang bersesuaian untuk beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti antaranya adalah dengan larian setempat ataupun jogging. Wanita tersebut juga mengenakan pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan iaitu pakaian sukan. Latar masa yang digunakan juga bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan iaitu pada waktu petang. Oleh itu dapat disimpulkan, gambar berkenaan menepati elemen kesesuaian.






ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Pelajar

RUJUKAN : Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=pelajar+universiti&tbm=isch&ved=2ahUKEwj3w5rk39_vAhUeG7cAHYsnBVQQ2-cCegQIABAA&oq=pelajar+universiti&gs_lcp=CgNpbWcQAzICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAOgQIIxAnOgQIABBDOgUIABCxAzoICAAQsQMQgwFQm0ZYxGxguW9oAHAAeAKAAe0EiAGFJJIBCzEuOC40LjEuMi4ymAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=HCdnYPfFDp623LUPi8-UoAU#imgrc=W-g4I3wVMIguVM

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan seorang pelajar universiti perempuan sedang membaca buku di sebuah perpustakaan. Pelajar tersebut yang memakai baju casual, membaca buku di meja dan suasana di belakang menunjukkan rak-rak buku yang banyak, amat sesuai sekali situasinya.





ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Minuman

RUJUKAN:(2020). Diakses pada April 2, 2021, daripada Foodbusinessnews.net website: https://www.foodbusinessnews.net/ext/resources/2020/1/Starbucks2020Bevs_Lead.jpg?t=1578409533&width=1080

HURAIAN : Secara jujurnya, gambar di atas sangat menarik dan berjaya memukau audiens dengan penggunaan warna yang menarik. Namun gambar tersebut diletakkan di bawah elemen kesesuaian kerana pemilihan warna dan gambar latar yang digunakan adalah bersesuaian dengan apa yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, gambar pertama dengan latar berwarna merah jambu berserta kacang membawa maksud air berperisa Almondmilk Honey Flat, gambar kedua berperisa Coconutmilk Latte dan Oatmilk Honey Latte bagi gambar ketiga. Jadi elemen kesesuaian merupakan elemen pemberat bagi gambar di atas.





ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Keluarga

RUJUKAN :Internet, Redaksi. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/ZVuMVpQeaTmiqReB6

HURAIAN :Berdasarkan gambar di atas, sebuah keluarga sedang berkelah di taman. Hal ini menunjukkan ibu bapa sibuk melayan kerenah anak-anak. Terdapat makanan yang dihidang dan disertai barangan permainan seperti bola. Ini menunjukkan kesesuaian antara satu sama lain dalam gambar tersebut. Gambar ini jelas menunjukkan kegembiraan sebuah keluarga yang dapat meluangkan masa bersama pada waktu cuti.




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Pemandangan (Orang)

RUJUKAN : Emma. (2019, October 9). Emma's Edition. Retrieved from HOW TO POSE AT A PUMPKIN PATCH: https://www.emmasedition.com/2019/10/how-to-pose-at-a-pumpkin-patch.html

HURAIAN : Gambar grafik yang dilampirkan di atas menunjukkan tiga orang wanita di lading labu. Elemen-elemen dalam gambar tersebut daripada watak sehingga latar kawasan saling melengkapi antara satu dengan lain. Daripada gabungan elemen-elemen ini, audiens dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penyunting.




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Makanan

RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/723672233873486371/

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan tentang makanan yang sering dibawa untuk berkelah. Setiap bahan dalam gambar di atas seperti makanan dan bakul sangat bersesuaian antara satu sama lain untuk menaikkan lagi semangat berkelah. Selain itu, kedudukan makanan dan bakul sangat bersesuaian dengan latar tempat. Walau bagaimanapun, dalam gambar di atas juga jelas menunjukkan bahawa suasana pada waktu petang sangat sesuai untuk berkelah atau bersantai-santai.




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Kegembiraan

RUJUKAN : Internet. Pinterest. Diakses pada 1 April 2021, 
https://www.pinterest.com/pin/313633561551317601/

HURAIAN : Gambar di atas menerangkan tentang tiga orang kanak-kanak sedang bermain di tepi pantai. Kanak-kanak tersebut berlari dengan berkaki ayam sambil menunjukkan riak wajah yang gembira. Langit yang cerah dan redup menunjukkan suasana waktu petang yang mendamaikan. Suasana waktu petang yang mendamaikan itu jelas menyebabkan kanak kanak tersebut sangat gembira bermain di tepi pantai.



ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Alam sekitar

RUJUKAN : Limau, S. (26 Januari, 2017). 5 Sebab Aktiviti Berkebun Bagus Untuk Kanak-Kanak. Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://siraplimau.com/5-sebab-aktiviti-berkebun-bagus-untuk-kanak-kanak/

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang sedang berkebun di lama rumah mereka. Seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan sedang diajar oleh ibu bapa mereka tentang cara untuk berkebun. Hal ini kerana aktiviti berkebun sangat bagus untuk kanak-kanak kerana mereka dapat belajar menghargai dan menikmati hasil tanaman sendiri. Gambar ini jelas menunjukkan bahawa keluarga tersebut berasa gembira dapat meluangkan masa melakukan aktiviti berkebun bersama-sama.




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Pemandangan

RUJUKAN : Bagiinfo. (2018). Diakses pada 2nd April,2021. daripada https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=j2sug9%2fu&id=8FA39DF73F1C6817FBBCCE8B8ECC6F26213AC001&thid=OIP.j2sug9_uyqGwleVnRgk-GgHaEV&mediaurl=https%3a%2f%2fi0.wp.com%2fbagiinfo.com%2fwp-content%2fuploads%2f2016%2f09%2fgambar-pemandangan-pantai-dengan-penginapan-unik.jpg%3fresize%3d1037%252C607&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR8f6b2e83dfeecaa1b095e56746093e1a%3frik%3dAcA6ISZvzI6Lzg%26pid%3dImgRaw&exph=607&expw=1037&q=pemandangan+pantai&simid=607997803880728795&ck=86AC6C5DB5CDD06F9ABAB4AA5FAFA7DF&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan pemandangan di pantai dengan beberapa rumah di atas air. Air yang sangat biru dapat menenangkan jiwa. Apabila rasa tertekan, tempat ini sangat sesuai untuk melepaskan tekanan. Apabila balik dari percutian, sudah pasti tidak dapat dilupakan pemandangan tersebut.


BBM3410-2021-MINGGU 2-KESESUAIAN-GAMBAR SENDIRI




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Pemandangan

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar pantai pada waktu malam. Gambar tersebut diambil di Tanjung Lipat, Sabah. Pemandangan pada waktu malam sangat cantik. Apabila menatap kembali gambar ini, saya akan berasa sangat tenang dan perasaan ingin kembali lagi ke sana sangat kuat.




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Alam semulajadi

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan lima orang remaja perempuan yang berada di Bukit Ekspo, UPM pada waktu pagi. Kelima-lima remaja perempuan tersebut sedang menikmati keindahan pancaran cahaya matahari. Hal ini dapat dilihat pada wajah mereka semua yang berasa gembira ketika menikmati sinaran matahari di waktu pagi. Gambar ini sesuai dikatakan yang mereka berasa seronok kerana pergi ke Bukit Ekspo pada hari tersebut dan keseronokan tersebut jelas terpancar di wajah mereka.




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Ketenangan

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas merupakan gambar dua orang perempuan sedang berkelah di tepi tasik. Terdapat perkelahan, makanan dan minuman yang diletakkan di atas tikar kecil. Mereka sedang Menyusun makanan dan minuman sebelum menikmati perkelahan mereka. Suasana yang redup menunjukkan mereka duduk di bawah pokok yang rendang. Keadaan ini memberi ketenangan kepada mereka untuk menikmati perkelahan tersebut.




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Gadis Melayu 

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas jelas menunjukkan gambar seorang gadis melayu yang anggun dan manis. Gambar gadis di atas yang berlatarbelakangkan alam semula jadi dan suasana kampung sangat bersesuaian. Selain itu, sesiapa yang memandang wajah gadis ini pasti akan berasa tenang dan selesa dengan mukanya yang manis. Gadis di dalam gambar di atas juga mengenakan pakaian yang sesuai iaitu baju kurung dan tudung yang sopan sesuai dengan perwatakannya.







ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Pemandangan 

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar grafik yang dilampirkan di atas merupakan gambar menampakkan elemen kesesuaian. Hal ini demikian kerana, daripada gambar tersebut, dapat dilihat bahawa latar tempat dan latar masanya mempunyai kaitan yang bersesuaian. Daripada gambar tersebut, audiens faham bahawa penyunting cuba menyampaikan mesej mengenai keadaan senja kawasan tersebut. Keadaan langit yang gelap dan dengan adanya cahaya matahari sewaktu petang memberikan gambaran yang jelas kepada audiens tentang keadaan tersebut.




ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Pendidikan

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sekumpulan pelajar yang lengkap berpakaian graduasi di sekolah. Ini menunjukkan mereka sedang menyambut Hari Graduasi setelah tamat pengajian di Tingkatan Enam. Kombinasi baju dan jambangan bunga menunjukkan kesesuaian dengan hari tersebut. Tempat dan masa mempunyai latar yang bersesuaian antara satu sama lain.



ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Alam semula jadi

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas jelas menunjukkan elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini dikaitkan dengan tema yang dibincangkan. Dengan latar belakang pokok nyior yang tinggi rampai dan banyak dapat menunjukkan keindahan alam semula jadi serta memukau audiens yang melihat gambar tersebut.





ELEMEN : Kesesuaian

TEMA : Pelajar

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan seorang pelajar perempuan yang sedang berada di makmal komputer. Gambar ini juga memfokuskan bahawa pelajar tersebut sedang tekun menelaah buku sambil jarinya menaip ini pad kekunci komputer. Gambar ini jelas menunjukkan seorang pelajar perempuan sedang tekun membuat kerjanya dan elemen kesesuaian dapat ditunjukkan dalam gambar ini.





ELEMEN : Kesesuaian
TEMA : Kehidupan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan seorang individu yang memakai pelitup muka. Hal ini dikatakan demikian kerana dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Bagi Langkah berjaga-jaga, individu tersebut telah memakai pelitup muka ketika berada di lokasi tumpuan orang ramai. Hal ini telah menunjukkan bahawa aksi atau tindakan individu tersebut adalah sesuai dengan latar tempat dan waktu.




ELEMEN    : Kesesuaian
TEMA         : Ketenangan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan orang ramai sedang duduk dan berbual sambil menikmati minum petang di sebuah kafe. Gambar berkenaan merangkumi elemen kesesuaian. Hal ini demikian kerana perbuatan minum kopi dan menikmati minum petang merupakan perbuatan yang bersesuaian untuk dilakukan dalam situasi diatas. Di mana situasi tersebut melibatkan latar tempat iaitu sebuah kafe yang merupakan tempat untuk bersantai dan menikmati minuman serta makanan. 


Carta Organisasasi Elemen Kesesuaian

Ketua : Akma 203935
Penolong : Hidayah 203937
Editor : Hapizah 2033936
Penolong Editor 1 : Nuradhlin 203308
Penolong Editor 2 : Anis 203012
Penolong Editor 3 : Adilla 201848
AJK Publisiti : Afiah 203943
AJK Multimedia : Hayati 203007
AJK Emel : Adreana 204113
AJK Semakan : Vivian 202967


BBM3410-2021-MINGGU 2-ASAS GRAFIK-TEKS (DIEZ)

BBM3410-2021-MINGGU 2-TEKS-INTERNET



ELEMEN : Teks

TEMA : Sukan

RUJUKAN : Faisal, m. (2012, october 7). Graphic design junction. Retrieved from 50 fresh examples of advertising posters: http://graphicdesignjunction.com/2012/09/50-fresh-examples-of-advertising-posters/

HURAIAN : Gambar grafik di atas merupakan sebuah poster iklan bagi sebuah jenama kasut yang terkenal iaitu nike. Grafik tersebut menampakkan penggunaan elemen teks yang sangat baik. Elemen teks dalam grafik tersebut digunakan untuk menyatakan moto jenama tersebut. Daripada teks tersebut, audiens dapat memahami bahawa penyunting sedang mempromosikan kasut yang berjenama nike.





ELEMEN : Teks

TEMA : Aksesori

RUJUKAN : Internet. Diakses pada 1 April 2021, 
https://www.google.com.my/search?q=apple+watch+promotion&tbm=isch&ved=2ahUKEwiI9ZGLq9_vAhUIK7cAHajZBvgQ2-cCegQIABAA&oq=promotion+watch&gs_lcp=

HURAIAN : Gambar di atas menerangkan satu iklan tentang tiga buah jam tangan pintar berjenama Apple. Iklan jam tangan pintar tersebut disertai dengan teks “Easy to give. Easier to use” memberi persepsi tentang jam tangan pintar tersebut. Terdapat juga teks “Save up to S$370 on Apple Watch Series 4” bagi mempromosikan harga jam tangan pintar berjenama Apple kepada pelanggan. Teks ini ditulis bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli jam tangan pintar berjenama Apple tersebut. Oleh itu, teks tersebut hendaklah ditulis menggunakan saiz font yang besar dan menarik bagi menarik minat pengguna untuk membacanya.





ELEMEN : Teks

TEMA : Makanan

RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/6Uv9XbHSFBeQLS5u9

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan iklan coklat yang dapat menarik minat pengguna. Jenis dan saiz font yang terdapat dalam iklan tersebut sesuai dan dapat dilihat dengan jelas. Kombinasi tumbuh-tumbuhan seperti bunga dan warna dalam font yang jelas dan tidak mengganggu pandangan pengguna untuk melihat.






ELEMEN : Teks

TEMA : Kemasyarakatan

RUJUKAN : (2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada sinar harian website: https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2019%2F08%2F02%2F414182.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Farticle%2F41065%2FEDISI%2FSabah-Sarawak%2FPapan-tanda-larangan-merokok-di-5206-premis-makanan-di-Sabah&tbnid=yfe-1xfd_5ueZM&vet=12ahUKEwjwrLHqg-DvAhWEXHwKHdmFCDgQMygdegUIARCDAg..i&docid=IuYM_0v8z1CrtM&w=600&h=450&q=gambar%20papan%20tanda%20amaran&ved=2ahUKEwjwrLHqg-DvAhWEXHwKHdmFCDgQMygdegUIARCDAg

HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan papan tanda amaran ‘Dilarang Merokok’ yang diletakkan disebuah restoran. Gambar tersebut menonjolkan elemen teks. Teks ditulis dengan menggunakan font yang besar, terang dan jelas agar dapat dilihat oleh orang ramai. Warna yang dipilih untuk font pula adalah warna merah. Hal ini demikian untuk menarik perhatian orang ramai untuk melihat papan tanda tersebut agar dapat mematuhi arahan untuk tidak merokok dalam premis.





ELEMEN : Teks

TEMA : Musik

RUJUKAN : (n.d.). Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://twitter.com/MnetMAMA/status/1335521034968190976/photo/1

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sekumpulan kpop idol Korea yang dikenali sebagai NCT 2020 menghadiri sebuah award (majlis penghargaan). Majlis pengahargaan tersebut dikenali sebagai 2020 Mnet Asian Music Awards (MAMA) yang mana teks tulisan nama majlis tersebut dapat dilihat dengan sangat jelas. Hal ini kerana penggunaan jenis font dan saiz yang sesuai dapat dilihat pada banner yang diletakkan di zon karpet merah tersebut. Sesiapa yang melihat gambar ini akan tahu bahawa kumpulan NCT 2020 mengahadiri sebuah majlis penghargaan (musik) berpandukan teks yang terpapar pada gambar tersebut.




ELEMEN : TEKS

TEMA : MAKANAN

RUJUKAN : (2021). Diakses pada April 2, 2021, daripada Gstatic.com website: https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTj_mm6GDAiDCwOXjTGPq96kgOGA1mT6voYBg&usqp=CAU

HURAIAN : Gambar di atas memfokuskan penggunaan teks. Penggunaan teks dengan saiz font yang berbeza dan jenis yang berbeza sebenarnya berdasarkan kepentingan tertentu seperti perkara yang ingin difokuskan. Jika dilihat berdasarkan gambar di atas, perkataan ‘BLACK FRIDAY’ menggunakan saiz font yang besar berbanding tarikh, ini kerana perkara yang hendak difokuskan adalah menu tersebut. Terdapat juga penggunaan lambang atau logo BR (baskin robbin) yang merujuk kepada jenama makanan tersebut.





ELEMEN : Teks

TEMA : Makanan

RUJUKAN : (2015). Diakses pada 1 April, 2021, daripada Eyeka.com website: https://blogen.eyeka.com/2014/12/19/show-us-how-pampering-yourself-with-kinder-bueno-changes-the-way-you-see-life

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan penggunaan teks pada grafik. Penggunaan warna dan saiz bagi teks tersebut adalah baik dimana teks tersebut akan jelas kelihatan jika dilihat daripada jarak yang jauh. Jenis font bagi twks tersebut adalah sesuai kerana mudah dan jelas untuk dibaca. Selain itu, teks tersebut menerangkan secara langsung berkenaan grafik tersebut dimana teks ‘kinder bueno’ tersebut merujuk kepada nama coklat yang dipaparkan.




ELEMEN : Teks

TEMA : Lambang

RUJUKAN : Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=shoppee&sxsrf=ALeKk03MZPSh_LJPJfywsoNyhHE2D34pkw:1617372908898&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwibxtDN39_vAhXq6XMBHb_eDkkQ_AUoAnoECAEQBA#imgrc=CytSeRBBGVhRSM

Huraian : Gambar di atas menunjukkan sebuah lambang aplikasi untuk online shopping yang dipanggil Shopee. Gambar di atas juga menfokuskan kepada lambang ‘S’ besar dan penggunaan teks ‘Shopee’ dan penggunaan warna berbeza. Hal ini dapat menunjukkan para pembaca dapat membaca teks yang ditulis dengan mudah.





ELEMEN : Teks

TEMA : Nasihat Kesihatan

RUJUKAN : Internet, Billboard Malaysia diakses pada 2 April 2021 daripada https://www.google.com/search?q=billboard+malaysia&tbm=isch&ved=2ahUKEwjS4aO01d7vAhVJ5jgGHeWrCMIQ2-cCegQIABAA&oq=billboard+malaysia&gs_lcp

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan sebuah billboard yang berbentuk nasihat kepada masyarakat. Gambar di atas jelas menunjukkan teks tulisan ‘Tak nak!’ dan sebelahnya terdapat gambar sebatang rokok. Teks yang terdapat dalam billboard di atas sangat ringkas dan tidak meleret-leret tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam. Penggunaan saiz dan jenis font juga sangat bersesuaian . walau bagaimanapun, teks yang terdapat dalam billboard itu juga tidak menghalang objek gambar sebatang rokok yang hendak difokuskan. billboard itu juga tidak menghalang objek gambar sebatang rokok yang hendak difokuskan.






ELEMEN : Teks 

TEMA : Minuman

RUJUKAN : Salamadian. (2019). Retrieved March 25,2021, From https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=SQGJR9jo&id=5EED797FA0F7773AD78B879404859DA0B506D598&thid=OIP.SQGJR9jo3DGLmvQMq6eBpQHaEM&mediaurl=https%3a%2f%2fsalamadian.com%2fwp-content%2fuploads%2f2017%2f09%2fcontoh-iklanprodukminuman.jpg&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR49018947d8e8dc318b9af40caba781a5%3frik%3dmNUGtaCdhQSUhw%26pid%3dImgRaw&exph=396&expw=700&q=Contoh+Gambar+Iklan&simid=608033147163133688&ck=D2AEE67E19A954B8052706E36B60F452&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0

HURAIAN : Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat sejenis minuman susu fermentasi. Minuman ini sering diminati oleh kanak-kanak. Apabila kita melihat Yakult, kita pasti teringat zaman kanak-kanak kita dulu. Kita juga sering melihat iklan Yakult di televisyen kita.

BBM3410-2021-MINGGU 2-TEKS-SENDIRI




ELEMEN : Teks

TEMA : Produk makanan

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar grafik di atas merupakan gambar sebuah beg kertas daripada produk makanan iaitu frunchie. Grafik tersebut menunjukkan penggunaan elemen teks atas perkataan ‘frunchie’. Penggunaan elemen teks tersebut ditulis dengan besar dan memberikan gambaran yang jelas kepada audiens tentang produk makanan yang dijual dan menarik minat pengguna untuk membelinya.




ELEMEN : Teks

TEMA : Instrumen

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN :Gambar di atas merupakan gambar sebuah papan tanda tentang promosi jualan gitar. Papan tanda tersebut menunjukkan teks jualan “Sale!” bagi mempromosikan harga gitar yang dijual. Teks jualan pada papan tanda tersebut menggunakan saiz font yang besar dan warna yang terang. Ini menyebabkan pelanggan dapat melihat dengan jelas dan menarik minat mereka untuk membaca papan tanda tersebut. Papan tanda juga diletakkan di hadapan kedai dengan jelas bagi menarik perhatian pelanggan.




ELEMEN : Teks

TEMA : Makanan

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan aneka jenis makanan dan minuman seperti ayam goreng, kentang goreng serta minuman bergas. Penggunaan teks seperti “ 4 finger” menunjukkan nama restoran tersebut. Hal ini memudahkan dan memberi panduan kepada seseorang yang berkeinginan untuk mendapatkan makanan tersebut. Jenis dan saiz font yang digunakan sangat sesuai dan disampaikan dengan baik.





ELEMEN : Teks

TEMA : Perlengkapan

RUJUKAN : Gambar Sendiri

HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan sebuah kedai yang menjual perlengkapan rumah yang terletak ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Gambar tersebut ada menonjolkan elemen teks. Font yang digunakan mudah dilihat, jelas dan dapat menarik perhatian pelanggan. Pemilihan perkataan juga baik kerana mudah difahami oleh pelanggan bahawa kedai tersebut merupakan kedai yang menjual perhiasan dalaman rumah.




ELEMEN : Teks

TEMA : Makanan

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan aneka jenis makanan Korea yang dimakan di sebuah restoran yang terletak di Bangi. Teks tulisan happiness pada gambar tersebut menunjukkan rasa senang hati pemilik gambar. Tambahan pula, orang sering mengaitkan makanan dengan kegembiraan. Jadi, jelaslah disini bahawa teks hapiness tersebut mengambarkan rasa seronok dan bahagia kerana dapat makan makanan Korea bersama kawan-kawannya.




ELEMEN : Teks

TEMA : Makanan

RUJUKAN : Gambar Sendiri

PENERANGAN :Gambar di atas menunjukkan bahawa juru gambar ingin menunjukkan makanan yang dibeli iaitu Golden Salted Egg Peyek. Gambar ini turut menggunakan saiz dan jenis font yang berbeza dalam penulisan teks. Penggunaan saiz font yang besar dengan tulisan huruf besar dapat memberikan fokus terus terhadap jenama makanan tersebut. Kepelbagaian jenis font yang berbeza tetapi tidak terlalu rumit juga dapat menarik minat audiens melihat dan memahami dengan mudah mesej yang hendak disampaikan.







ELEMEN : Teks

TEMA : Kehidupan

SUMBER : Gambar Sendiri

HURAIAN : Gambar diatas menunjukkan penggunaan warna teks yang sesuai dengan latar grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana teks yang berwarna cerah akan kelihatan timbul jika disertai dengan gambar latar yang gelap. Selain itu, saiz dan jenis font juga adalah jelas dan mudah untuk dibaca. Teks tersebut menjelaskan bahawa kucing itu bernama Doggo.




ELEMEN : Teks

TEMA : Minuman

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan bahawa secawan kopi bercorak bunga di atas meja dan di atasnya menunjukkan petikan teks tentang kopi. Petikan itu merujuk kepada keperluan kopi dalam kehidupan. Teks yang menggunakan warna yang terang juga dapat dibaca dengan mudah oleh para pembaca.





ELEMEN : Teks

TEMA : Persahabatan

RUJUKAN : Gambar Sendiri

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan lima orang sahabat yang sedang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah. Gambar tersebut juga jelas menunjukkan teks yang diedit oleh salah seorang daripada mereka berlima. Teks tersebut berisi By: US FRIENDS, BEST OF MEMORY . Teks tersebut sangat ringkas dan tidak meleret-leret serta tidak menghalang gambar objek yang hendak ditunjukkan. Saiz font yang dipilih juga sangat sesuai.






ELEMEN : Teks

TEMA : Makanan

RUJUKAN : Gambar sendiri

HURAIAN : Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat ice-cream yang sangat menyelerakan. Ice-cream tersebut hanya boleh didapati di Desa Cattle Dairy Farm. Tambahan pula, ice-cream tersebut segar yang membawa makna dibuat dari perahan susu di Desa Cattle Farm. Ice-cream ini tidak membawa kekecewaan kepada anda yang menikmatinya.



Ketua : Adreana 204113
Penolong : VIVIAN 202967
Editor : Hapizah 203936
Penolong Editor 1 : Anis 203012
Penolong Editor 2 : Nuradhlin 203308
Penolong Editor 3 : Adilla 201848
AJK Publisiti : Afiah 203943
AJK Multimedia : Hayati 203007
AJK Emel : Akma 203935
AJK Semakan : Hidayah 203937

BBM3410-2021-MINGGU 2-ASAS GRAFIK-WARNA (DIEZ)

BBM3410-2021-MINGGU 2-WARNA-INTERNET




Elemen : Warna

Tema : Muzik
 
Rujukan : [Digital image]. (n.d.). Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.pngegg.com%2Fen%2Fpng-etpbs&psig=AOvVaw3O5gnM-a8_PeBaGR6b5b8q&ust=1617372717436000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCIi0z6Sf3e8CFQAAAAAdAAAAABAP

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar peralatan musik seperti gitar, drum dan keyboard. Gabungan warna yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah warna putih, hitam dan kelabu. Kombinasi tiga warna ini amat sesuai dan tidak kelihatan serabut kerana mampu mempamerkan mesej gambar peralatan musik yang ingin disampaikan. Kombinasi yang terbaik bagi elemen warna adalah tidak melebihi daripada tiga warna.





Elemen : Warna

Tema : Muzik 

Rujukan : [Digital image]. (n.d.). Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.pngegg.com%2Fen%2Fpng-etpbs&psig=AOvVaw3O5gnM-a8_PeBaGR6b5b8q&ust=1617372717436000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCIi0z6Sf3e8CFQAAAAAdAAAAABAP

HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar peralatan musik seperti gitar, drum dan keyboard. Gabungan warna yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah warna putih, hitam dan kelabu. Kombinasi tiga warna ini amat sesuai dan tidak kelihatan serabut kerana mampu mempamerkan mesej gambar peralatan musik yang ingin disampaikan. Kombinasi yang terbaik bagi elemen warna adalah tidak melebihi daripada tiga warna.




Elemen : Warna

Tema : Pemandangan

Rujukan: Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021, 
https://www.pinterest.com/pin/118501033934972279/

HURAIAN : Gambar di atas menerangkan tentang sebuah ladang strawberi yang luas. Terdapat ladang yang luas berwarna hijau disertai beberapa pokok. Terdapat juga langit yang kebiruan bersama beberapa ketulan awan. Terdapat 3 bekas penuh dengan strawberi yang berwarna merah. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna utama yang menyerlah dan memfokuskan kepada ladang, awan dan strawberi.





Elemen : WARNA

TEMA : KECANTIKAN

RUJUKAN : Kuusniemi, E.-K. (2021). Agent Pekka. Retrieved from https://agentpekka.com/artist/eili-kaija-kuusniemi/\

HURAIAN : Gambar di atas menampakkan sebuah kombinasi warna yang sesuai. Grafik di atas juga menepati peraturan elemen warna, di mana ia mengandungi tidak lebih daripada 3 warna. Daripada gambar grafik tersebut, audiens dapat memahami mesej yang ingin disampaikan iaitu tekstur produk kecantikan yang berjenama Kiehl’s adalah seperti air atau menyegarkan.




Elemen :Warna

Tema : Minuman

Rujukan : Internet, Pinterest. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/PzDY3zFYzj8RTymz9

Huraian : Berdasarkan gambar di atas, terdapat iklan minuman yang dihasilkan oleh penyunting untuk dipromosi kepada pengguna. Kombinasi warna yang digunakan ialah biru, putih dan merah. Warna ini sangat sesuai dan tidak terlalu padat tanpa mengelirukan pengguna. Warna yang terdapat dalam iklan tersebut mempunyai mesej yang bertujuan untuk menarik minat pengguna supaya membeli.





Elemen : Warna

Tema: Automobil/ Pengangkutan

Rujukan : (2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada autoevolution website: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.autoevolution.com%2Fnews%2Fjust-how-expensive-is-the-2020-jeep-gladiator-compared-to-other-mid-size-trucks-133426.html&psig=AOvVaw224wK-WWgAxeG7ROmETJ7q&ust=1617468352266000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJCBjLCB4O8CFQAAAAAdAAAAABAV

HURAIAN: Gambar tersebut menunjukkan sebuah kereta jeep berwarna merah sedang parkir di kawasan pergunungan. Gambar tersebut mengandungi elemen warna. Hal ini demikian kerana, terdapat tiga warna utama yang cuba ditonjolkan. Warna tersebut ialah warna merah iaitu warna yang terdapat pada badan kenderaan tersebut, warna keperangan pada bahagian rumput dan bukit yang menunjukkan ketibaan musim luruh atau sejuk. Akhir sekali, warna kebiru-biruan yang terdapat pada langit di bahagian belakang gambar.




Elemen : Warna
Tema : Bunga
Rujukan : Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=bunga+&tbm=isch&ved=2ahUKEwi7j9u14d_vAhW-23MBHWobC2oQ2-cCegQIABAA&oq=bunga+&gs_lcp=CgNpbWcQAzIECCMQJzIECCMQJzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDUIKRAViCkQFgv5MBaABwAHgAgAF_iAF_kgEDMC4xmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=0yhnYPvZJL63z7sP6ras0AY#imgrc=ZnpNkgMEC2IijM
Huraian : Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat dengan jelas penggunaan warna yang difokuskan iaitu warna kuning bunga matahari. Gambar di atas juga menunjukkan warna lain iaitu warna hijau untuk dedaun dan warna biru untuk langit. Tetapi yang difokuskan adalah warna kuning, dan gambar ini menunjukkan penggunaan tidak melebihi tiga warna dan memberi kefokusan kepada warna kuning.






Elemen: Warna

Tema: Minuman

Rujukan: Yukampus. (2020). Retrieved 2nd April,202. From https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=utxojhFk&id=4594943D4055DF2B3B7526A121151E35FEC04264&thid=OIP.utxojhFkc0imqiE0sMNGzAHaD9&mediaurl=https%3a%2f%2f1.bp.blogspot.com%2f-GXMH1zlPZgI%2fXXtveKKtwdI%2fAAAAAAAAJVc%2flx7xVlTLF6AXLdrUOL5_sfT1uVQN8gtngCLcBGAsYHQ%2fs1600%2fiklan%252Bminuman%252Bcoca%252Bcola.jpg&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fRbadc688e11647348a6aa2134b0c346cc%3frik%3dZELA%252fjUeFSGhJg%26pid%3dImgRaw&exph=554&expw=1035&q=iklan+cola&simid=608035324714554298&ck=8FCE361309955EA66A2134233E39BA66&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0

Huraian: Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat iklan Coca-Cola. Dalam gambar tersebut kita dapat melihat dua tin perasa Coca-Cola. Kita juga dapat melihat iklan tersebut dengan teks. Gambar ini jelas membuat orang tertarik kerana hanya memfokuskan kepada tiga warna utama iaitu merah, hitam dan putih.






Elemen : Warna

Tema : Keluarga

Rujukan : Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021 daripada    https://id.pinterest.com/pin/75013150030722835/

Huraian : Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang berkelah di bawah pokok hijau yang rendang. Warna latar belakang yang berwarna hijau terang mencantikkan lagi latar tempat dan ini dapat memfokuskan kepada keluarga tersebut. Pakaian yang berwarna cerah yang dipakai oleh keluarga tersebut juga sangat bersesuaian. Warna hijau juga sangat sesuai untuk situasi sekeliling di dalam gambar di atas. Kombinasi warna yang terdapat dalam gambar di atas juga sangat sesuai dan tidak melebih-lebih.






Elemen: Warna

Tema: Pemandangan

Rujukan: (2020). Instagram: Arts of Visuals. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/B_XNll8nXDU/?igshid=1wzb13q2lrmzv

Huraian: Gambar pemandangan tersebut menunjukkan kombinasi antara tiga warna iaitu warna hijau, biru dan koko. Gambar tersebut menggambarkan dua buah rumah berwarna koko dan disertai dengan rumput yang berwarna hijau serta awan berwarna biru di belakang. Gambar ini menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada rumah, rumput dan awan. Hal ini dikatakan demikian kerana grafik yang sempurna mempunyai tiga warna agar mesej yang disampaikan adalah jelas.


BBM3410-2021-MINGGU 2-WARNA-SENDIRI



Elemen            : Warna

Tema               :  Alam

Rujukan           : Gambar sendiri

Huraian           : Gambar di atas menunjukkan gambar bunga daisy yang bewarna putih dan kuning yang dikelilingi dengan daun bewarna hijau. Kombinasi warna putih, kuning dan hijau dalam gambar ini kelihatan sangat cantik dan menenangkan. Gambar ini juga menunjukkan kecantikan bunga daisy yang ditangkap pada hari yang mendung. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan pada bunga daisy tersebut. 








Elemen  : Warna

Tema : Kegembiraan 

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Juru gambar menggunakan teknik asas yang baik ketika mengambil gambar. Elemen yang digunakan adalah elemen warna bagi memfokuskan gambar individu tersebut. Dengan latar belakang awan yang kebiruan muda dapat menaikkan seri individu tersebut. Tambahan pula dengan pemakaian baju berwarna merah menaikkan lagi serlah individu itu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian audiens untuk melihat gambar yang diambil.






Elemen : Warna

Tema : Minuman

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar di atas merupakan gambar dua cawan minuman yang diletakkan di atas meja kayu. Cawan dan piring minuman yang digunakan adalah berwarna hijau emerald. Terdapat juga pokok kecil berwarna hijau cair yang diletakkan sebagai hiasan diatas meja bersebelahan dengan minuman tersebut. Minuman dan pokok kecil itu diletakkan diatas meja kayu berwarna coklat. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna utama yang menyerlah dan memfokuskan kepada minuman didalam cawan, piring, pokok kecil dan meja kayu.







Elemen: Warna

Tema: Pemandangan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar grafik yang dilampirkan di atas merupakan gambar yang diambil di sebuah tempat peranginan di Sabah. Terdapat lebih daripada tiga kombinasi warna dalam grafik tersebut, walau bagaimanapun sesuai dengan keadaannya. Daripada gambar grafik tersebut, audiens dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penyunting iaitu pemandangan flora dan fauna.







Elemen : Warna

Tema : Alam

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Gambar ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di dinding dengan pantulan cahaya matahari. Cahaya matahari dapat membantu meningkatkan kecerahan sesuatu gambaran. Kertas yang ditampal di dinding dapat mengisi ruang yang kosong. Kombinasi warna hijau, putih dan coklat sangat sesuai dan menarik.





Elemen: Warna

Tema: Kegembiraan

Rujukan: Gambar Sendiri

Huraian : Gambar tersebut menunjukkan seorang gadis sedang melalui sebuah rumah yang dimiliki oleh keluarga berbangsa cina di Lebuh Armenian, Pulau Pinang. Gambar tersebut menonjolkan elemennya yang utama iaitu elemen warna. Hal ini demikian kerana terdapat tiga warna utama dalam gambar itu. Antara warnanya ialah biru yang menunjukkan bingkai tingkap, pintu, topi dan juga baju gadis itu, warna putih pula memperlihatkan warna dinding, jejari tingkap dan juga kasut. Manakala terdapat juga warna hitam yang terselit pada tudung dan seluar gadis tersebut.




Elemen : Warna

Tema : Makanan

Rujukan : Gambar sendiri

Huraian : Juru gambar menggunakan teknik gambar atas sebagai teknik baik untuk mengambil gambar kek tersebut. Elemen yang dikategorikan sebagai elemen warna dapat difokuskan dalam gambar ini. Hal ini kerana dengan berlatarkan warna putih dan objek lain hanya mambawa tiga warna dapat menarik perhatian ramai. Warna merah jambu untuk kek, hitam untuk pinggan dan hijau untuk pokok hiasan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik fokus ramai dengan pemilihan warna yang sesuai.






Elemen : Warna

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian : Gambar di atas menunjukkan makanan Waffle yang disaluti cheese. Bagi peminat cheese dan waffle, mereka boleh menikmati gabungan antara Waffle dan cheese pada masa yang sama. Rasanya juga tidak sangat pelik walaupun tidak pernah mencuba gabungan tersebut. Gambar ini akan membuat orang tertarik kerana hanya memfokuskan kepada warna hitam, krim dan warna hijau.




Elemen : Warna

Tema: Haiwan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan gambar seekor kucing yang berwarna oren cerah atau lembut yang berlatar belakangkan langit dan awan putih. Warna kucing yang berwarna oren sangat menonjol dan ini sangat jelas bahawa gambar tersebut ingin memfokuskan kepada kucing tersebut. Kombinasi warna dalam gambar tersebut sangat cantik iaitu gabungan warna oren, putih, biru dan sedikit warna hijau. Gambar di atas juga tidak Nampak serabut kerana pemilihan warnanya yang cerah.




Tema: Pemandangan

Rujukan: Gambar Sendiri

Huraian: Gambar pemandangan tersebut menunjukkan kombinasi warna hijau, biru dan putih. Warna-warna tersebut telah menghasilkan suatu kombinasi warna yang menarik dan harmoni. Warna-warna tersebut adalah sinonim bagi alam semula jadi. Pulau yang terletak di tengah-tengah lautan yang membiru jelas menampakkan kemegahannya. Awan-awan putih yang menghiasi langit menambahkan lagi keindahan pemandangan tersebut.



Ketua : VIVIAN 202967

Penolong : Adreana 204113

Editor : Hapizah 203936

Penolong Editor 1 : Nuradhlin 203308

Penolong Editor 2 : Anis 203012

Penolong Editor 3 : Adilla 201848

AJK Publisiti : Afiah 203943

AJK Multimedia : Hayati 203007

AJK Emel : Akma 203935

AJK Semakan : Hidayah 203937


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

ASSALAMUALAIKUM BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TUGASAN MULTIMEDIA DALAM BAHASA YANG TELAH DISIAPKAN SEPANJANG KULIAH 14 MINGGU. 1.  BIODATA DIRI ...